ISU BABI DI SELANGOR: SINGAPORE SUDAH BERSEDIA SEJAK 1986… KITA PULA BERDEGAR SEMBANG DAN KETINGGALAN 40 TAHUN !
Ramai rakyat Malaysia mungkin tidak pernah dengar tentang Pulau Bulan.
Malah mungkin ramai rakyat Singapore dan Indonesia sendiri tidak tahu apa sebenarnya berlaku di pulau kecil berhampiran Batam itu sejak puluhan tahun lalu.
Pulau ini bukan pulau biasa.
Ia dikatakan antara “senjata food security” paling rahsia milik Singapore.
Dan yang menariknya…
Hampir tiada maklumat lengkap mengenainya di internet.
Tiada dokumentari besar.
Tiada liputan media meluas.
Tiada gambar operasi sebenar yang mudah ditemui.
Namun melalui beberapa individu yang pernah bekerja di sana, gambaran yang muncul memang luar biasa.
SEJAK 1986, SINGAPORE SUDAH MEMIKIRKAN BEKALAN MAKANAN MEREKA
Ketika ramai negara lain masih selesa bergantung kepada import, Singapore dikatakan sudah mula “memajak” beberapa pulau milik Indonesia untuk membangunkan projek penternakan berskala besar.
Tujuannya hanya satu:
FOOD SECURITY.
Mereka tahu negara mereka kecil.
Tiada tanah luas.
Tiada padang ragut besar.
Tetapi mereka tidak mahu rakyat mereka bergantung sepenuhnya kepada negara luar untuk bekalan ayam, babi dan ternakan hidup.
Maka lahirlah projek mega seperti Pulau Bulan.
Difahamkan di sana terdapat:
• Ratusan ribu ekor babi
• Jutaan ekor ayam
• Ratusan ribu ekor kambing
• Ribuan ekor buaya
Dan semuanya diurus menggunakan sistem moden bertaraf dunia.
TAPI semua data ini anda sangat sukar jumpa di internet , dan tiada rakyat Indonesia boleh masuk ke pulau tanpa kebenaran tentera Singapore berkawal di sini !
Lebih mengejutkan…
Walaupun jumlah ternakan terlalu besar, kawasan tersebut dikatakan hampir tiada bau busuk.
Bagaimana?
Kerana najis ternakan diproses menjadi BIOGAS untuk menjana elektrik.
Sisa pula diproses menjadi baja organik.
Mereka bukan sekadar menternak.
Mereka membina satu EKOSISTEM lengkap.
INI BUKAN SOAL KAYA ATAU MISKIN.
INI SOAL KESIAPSIAGAAN NEGARA.
Singapore kecil.
Penduduk mereka jauh lebih sedikit.
Tetapi mereka sanggup melabur billion demi memastikan bekalan makanan sentiasa terjamin.
Kita pula?
Malaysia mempunyai:
• Tanah luas
• Ladang sawit berjuta ekar
• Cuaca sesuai
• Air mencukupi
• Tenaga kerja
• Pasaran besar
Namun untuk daging lembu dan kambing…
Kita masih terlalu bergantung kepada import.
Kadar sara diri ruminan negara masih rendah.
Sedangkan permintaan rakyat semakin meningkat setiap tahun.
Banyak projek mega diumumkan.
Banyak pelancaran dibuat.
Banyak angka dibentangkan.
Tetapi hasil sebenar masih belum cukup untuk mengubah industri secara besar-besaran.
Persoalannya…
KENAPA NEGARA KECIL BOLEH BERFIKIR JAUH, TETAPI KITA YANG BESAR MASIH TERKEJAR-KEJAR?
Pulau Bulan membuktikan satu perkara:
Food Security bukan sekadar slogan.
Ia perlukan visi jangka panjang.
Keberanian.
Pelaburan besar.
Dan kesungguhan politik yang betul.
Kalau Singapore boleh membina “pulau ternakan” demi masa depan rakyat mereka…
Kenapa Malaysia masih belum benar-benar serius membina empayar ruminan sendiri?
Mungkin sudah tiba masanya kita berhenti bercakap tentang potensi…
Dan mula membina sesuatu yang benar-benar besar untuk generasi akan datang
Wassalam.










No comments:
Post a Comment