Pada tahun 2021, dunia dikejutkan dengan kisah seorang wanita muda dari Mali bernama Halima Cissé.
Wanita ini telah melahirkan sembilan orang bayi sekaligus, satu kejadian yang sangat jarang berlaku dalam sejarah perubatan moden. Lebih mengejutkan, kehamilan ini berlaku secara semulajadi tanpa sebarang rawatan kesuburan.
Kerana risikonya yang sangat tinggi, Halima telah diterbangkan khas ke Maghribi untuk mendapatkan rawatan pakar.
Di sana, pasukan doktor melakukan pembedahan “caesarean” dan berjaya menyelamatkan kesemua bayi yang terdiri daripada lima perempuan dan empat lelaki.
Kesemua bayi ini dikenali sebagai “nonuplets”, dan kisah Halima diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai kelahiran paling ramai bayi yang selamat hidup dalam satu kelahiran.
Pada awalnya, ramai yang meragui sama ada kesemua bayi itu boleh bertahan kerana tubuh manusia biasanya tidak mampu ‘menyokong’ kehamilan sebesar itu.
Namun, dengan rawatan intensif dan penjagaan rapi, sembilan cahaya mata itu berjaya dilahirkan ke dunia. Hari ini, kesemua anak Halima membesar dengan sihat dalam jagaan keluarga yang penuh kasih sayang.
Sesungguhnya, kuasa Allah tiada batasnya dan setiap kehidupan adalah anugerah yang tidak ternilai.
#HalimaCisse #nonuplets #kembar #twins #kisahbenar #morocca #mali #triplets #Maghribi #caesarean #GuinnessWorldRecords
No comments:
Post a Comment