53 Orang Askar Ditinggalkan Di Baitulmuqaddis Tahun 1917.
Selepas 55 Tahun, Wartawan Terkejut Jumpa Seorang Masih Hidup & Berdiri Tegak Jaga Masjid Al-Aqsa.
Tarikh 9 Disember 1917 adalah tarikh hitam yang merobek jiwa umat Islam.
Pada hari itu, Kota Suci Baitulmuqaddis (Jerusalem) jatuh ke tangan tentera British pimpinan Jeneral Allenby selepas beratus tahun berada di bawah naungan Khilafah Uthmaniyah.
Tentera Uthmaniyah terpaksa berundur dengan air mata darah.
Tapi sebelum mereka pergi, pihak pimpinan Uthmaniyah tak sanggup membiarkan Masjid Al-Aqsa tidak bertuan.
Mereka takut kalau askar British atau perompak masuk menjarah masjid suci itu ketika fasa peralihan kuasa.
Jadi, satu keputusan berat dibuat.
Satu unit kecil "Pengawal Belakang" (Rearguard) yang terdiri daripada 53 orang askar mesingan dipilih untuk tinggal di situ.
Arahan komander mereka, Kapten Musa,Askar-askar itu mengangguk taat. Pasukan utama pun berundur pulang ke Turki.
Dunia terus berputar laju.
Empayar Uthmaniyah runtuh. Negara Turki moden lahir. Perang Dunia Kedua meletus.
Isbiol menjajah P pada 1948 dan 1967.
Semua orang lupa tentang 53 orang askar tadi.
Hinggalah pada tanggal 12 Mei 1972.
Seorang wartawan dan sejarawan Turki bernama Ilhan Bardakci sedang melawat perkarangan Masjid Al-Aqsa.
Mata beliau tiba-tiba tertangkap pada satu kelibat manusia di satu sudut sunyi di 'Courtyard' masjid.
Seorang lelaki tua, kurus kering, kulitnya kerepot dimamah usia.
Pakaiannya sangat pelik. Dia memakai uniform askar lama yang sudah lusuh, penuh dengan tampalan jahitan tangan, tetapi masih kelihatan kemas dan bersih.
Dia berdiri tegak, memandang ke satu arah seolah-olah sedang berkawal.
Orang tmpatan di situ tak ambil peduli. Mereka kata itu cuma orang tua gila yang dah berpuluh tahun berdiri di situ.
Tapi naluri wartawan Bardakci kuat mengatakan ada sesuatu yang tak kena.
Dia memberanikan diri mendekati orang tua itu dan menegur dalam bahasa Turki:
"Selamun Aleykum Baba (Ayah).".
口Orang tua itu tersentak. Matanya yang layu tiba-tiba bersinar. Dia menjawab salam itu dengan bahasa Turki Anatolia yang pekat.
Bardakci terus bertanya: "Siapa ayah ni? Apa ayah buat kat sini?"
Jawapan yang keluar dari mulut orang tua itu membuatkan Bardakci menggigil satu badan. Dengan suara bergetar menahan sebak, dia memperkenalkan diri:
"Aku adalah Koperal Hasan. Dari Kor ke-20, Batalion ke-36, Skuadron ke-8, pasukan mesingan berat.".
"Kami ada 53 orang yang ditinggalkan di sini pada hari Al-Quds jatuh, untuk menjaga Al-Aqsa."
Allahurabbi!
Bardakci hampir rebah. Di depannya bukan orang gila.
Tetapi satu "fosil hidup". Seorang perwira yang setia menunggu arahan komander yang tak kunjung tiba selama 55 tahun!
Koperal Hasan kemudian menyambung cerita dengan nada sedih:
"Kawan-kawan aku yang lain semua dah meninggal dunia. Hanyut ditelan masa. Tinggal aku seorang saja di sini."
"Aku tak pernah tinggalkan pos ini sebab Kapten Musa belum panggil aku balik. Aku takut kalau aku balik, aku dikira khianat pada amanah Nabi Muhammad S.A.W."
Bayangkan kesetiaan jenis apa yang ada dalam dada lelaki ini?
Kerajaan dah bertukar ganti, peta dunia dah berubah, tp dia masih setia pada arahan terakhir komandernya setengah abad yang lalu.
Sebelum berpisah, Koperal Hasan memegang tangan Bardakci dan berikan satu wasiat:
"Anakku, kalau kau balik ke Turki, tolong cari komander aku, Kapten Musa. Bagitahu dia, Koperal Hasan masih di sini. Hasan tak pernah lari dari tugas.".
Bardakci pulang ke Turki dan berjaya menjejaki rekod Kapten Musa.
Malangnya, Kapten Musa sdh lama meninggal dunia.
Apabila berita itu sampai, seolah-olah tugas Koperal Hasan sudah selesai.
Pada tahun 1982, sepuluh tahun selepas pertemuan itu, "Penjaga Terakhir Uthmaniyah" itu menghembuskan nafasnya yg terakhir di bumi Al-Quds.
Kita hari ini, kena uji sikit, dah merungut dan lari dari tanggungjawab.
Sedangkan Koperal Hasan, berdiri tegak lebih 60 tahun tanpa gaji, tanpa pingat, tanpa pujian, semata-mata kerana satu perkataan: AMANAH.
Al-Fatihah










No comments:
Post a Comment