Kita dengar cerita pasaĺ tugas atok yang pertama dalam Special Branch...
Oleh: Shahriman Alias
Atok mendapat arahan untuk melapor diri ke Ibu Pejabat Cawangan Khas Bukit Aman mulai 25 Sep 69. Sehari sebelum lapor atok tumpang rumah kakak atok di Seksyen 17 Petaling Jaya....dia menyewa rumah teres 1 tingkat kepunyaan pelukis terkenal Latiff Mohidin. Kakak atok pegawai MCS di Kementerian Kesihatan, Jalan Young K Lumpur. Pagi tu atok tumpang kereta dia sampai Jalan Young, kemudian jalan kaki melimpasi British Council pergi ke Bukit Aman...dengan pakaian seragam, kasut kilat, bertopi dan bertongkat...wah bukan main hayun lagi kaki dan tangan...maklum baru lepas latihan PI di Maktab Polis Kuala Kubu Bharu.
Sampai Bukit Aman tengok pejabatnya....alamak, bangùnan kayu yang sangat buruk dan usang. Memang tersangat buruk mungkin elok sikit dari reban kambing je...
Atok pergi ke pejabat pentadbiran Cawangan Khas dan berjumpalah kawan2 atok yang ĺain yang telah diarah lapor diri di tempat sama pagi tu, 17 orang semuanya kalau tak salah....kemudian kami ramai2 masuk ke pejabat pegawai bahagian pentadbiran, DSP Ahmad Khusasi namanya. Dia tengok kami pakai uniform dia pun tercengang2...dia kata, sape suruh pakai uniform. Korang dalam SB...SB tak pakai unifoŕm....
Ish2...manalah aku tau, fikir atok. Siap meĺapor, kami diberitahu apakah Bahagian masing2 yang kami akan bertugas. Atok ditempatkan Bahagian E1 iaitu berkaitan ancaman Komunis. Seksyen tempat atok ditempatkan pula ialah E1A3 iaitu mengenai ancaman sabversif Komunis di kalangan belia dan pelajar, juga mengenai kegiatan Barisan Bersatu Komunis (CUF)
Bos atok orang Melayu pangkat DSP. Dia ada bilik khas. Atok masuk ke pejabat besar kongsi ramai2....Bangunan pejabat atok bangunan kayu 2 tingkat sebelah atas...kena naik tangga kayu macam tangga kambing. Pejabat tu pun tersangat buruk macam reban kambing. Lantainya papan, kalau berjalan, terutama kalau perempuan pakai tumit tinggi, bunyi tung-tang2 sebatu boleh dengar...pejabat tak ada ekon, yang ada kipas burok bunyì kruk-krek2...hadoi. Tapi bagi atok dah elok sangatlah tu...kami dari kampung manà pernah pmerasa duduk berkipas...
Kedudukan pejabat atok betul tepi lereng bukit, jika selak tingkap akan nampak Selangor Club, Bangunan Sultan Abdul Samad dan Straits Trading...dan boleh nampak jugak bangunan paling tinggi di Kuala Lumpur ketika itu...bukan KLCC...tapi bangunan Federal House....Dayabumi pun belum wujud. Ituĺah bangunan paling tinggi ketika itu, bangunan 7 tingķat menempatkan antara lain RTM.
Pegawai dan staff dipejabat atok ada lebih kurang 8 orang je....Melayu, Cina, India semua ada...kerjanya semata2 desk work...Hari2 handle fail...sana sini penuh fail. Semua fail tu adalah mengenai individu termasuk belia dan pelajar yang terlibat dengan Komunìsme....tak ada yang mencabar kerja situ, tiap detik, tiap masa bermain dèngan fail...
Di pejabat itu atok berkenalan dengan seorang Inspekter yang satu pejabat dengan atok. Umur kami lebih kurang sama tapi dia masuk kerja awal sikit dari atok. Nama dia Inspekter Abdul Razak Idris (kemudian Dato Razak Idris). Atok geng dia sejak first day...dan akrab sampai sekarang. Pada hari pertama tu, Razak tanya atok tinggal di mana. Atok kata belum ada tempat...dia pun ajak balik ke rumah dia di Jalan Puchong berhampiran Jalan Kelang Lama. Balik tu atok bonceng motor Vespa dia BV 8186, tak pakai topi keledar sebab masa tu belum ada Undang2 topi keledar...pergiĺah ke rumah dia...rumah banglo besar jenis kayu tepi jalan besar arah ke Puchong.
Dia ajak atok kongsi satu bilik dengan dia sebab ada satu katil kosong, siap tilam dan bantal. Atok tanya sape punya katil tu...dia kata arwah Inspektor Rashid, ďia baru seminggu mati eksiden motor Vespa jugak di Federal Highway Petaling Jaya...
Seram bulu tengkuk atok mendengarnya...
Petang tu jugak atok pergi rumah kakak, ambil barang atok, malam tu tidur rumah baru, katil seorang yang baru meninggal. Memang malam tu tidur rasa seram sejuk kt tengkuk...mungkin juga di sebab bilik tu open air, dindingnya hanya jaring besi...angin dari luar bebas masuk ke tempat tidur.
Ada 8 orang termasuk atok berkongsi duduk rumah tu, 5 darinya Inspektor, yang lain orang awam. Sewanya rm80 sebulan, jadi kami kongsi rm10 setiap orang...murah sara hidup masa tu. Gaji masa tu ciput sangat...kalau kerani gaji mula rm137. Gaji atok rm295, masuk elaun pelbagai dapatlah rm400...tapi masa tu kalau gaji rm400 dan boleh pakai kereta tau...
Atok mula2 tumpang Razak je pergi kerja. Kalau dia tak ada atok naik bas dari Jalan Puchong turun kt Jalan Silang. Dari jalan Silang jalan kaki pergi Bukit Aman....pada hujung tahun 1969, housemate atok Inspekter Othman Talib (kemudian Dato Othman) nak jual motor, dia dah beli kereta Fiat 850 Coupe JG 917. Motor dia jenis Vespa Sprint BU 9768 jual kt atok...huh, ligat sakan lah atok selepas tu...
Vespa Atok
Pasal kerja atok malas nak cerita banyak sebab tak ada apa yang menarik di peringkat awal...kerja pejabat je. Apa pun, pada tahun 1971 pejabat atok yang usang tu dirobohkan untuk bina bangunan baru yang sekarang ñampak macam sub marine atas Bukit Aman tu.. Dan atok dipindah ke pejabat baru berhampiran Lake Garden...bangunan kayu jugaķ, tapi eloklah sikit dari bangunan yang lama...
Ada eloknya atok cerita sedikit sebanyak tentang kegiatan Komunis di kalangan belia dan pelajar supaya korang faham. Anak2 orang cina memang dari kecil lagi ramai terdedah kepada ideologi Komunis. Di sekolah rendah Cina budak2 darjah 3 dah mula diasuh dan dihasut minda mereka. Ia tidak dilakùkan oleh pihak sekolah... tapi dilakukan oleh kader2 Komunis dari luar sekolah...mereka masuk ke sekolah2, mengenal pasti murid2 yang ada inklinasi untuk diasuh...budak2 itu dimasukkan dalam kumpulan2 kecil tiap satu mengandungi 5-6 orang murid. Kumpulan ini dipanggil Xue-xi Group...pada zahir kumpulan ini nampak saperti bertujuan mentelaah pelajaran...perkataan Xuexi itu pun membawa makna mentelaah. Namun sebenarnya apa yang berĺaku kumpulan tersebut didedah kepada ideology Komunis berlandaskan ajaran Mao Tse Tong. Apabila menamatkan persekolahan mereka sudah bersedia untuk menjadi kader Komunis.
Seseorang kader Komunis mempunyai 2 fungsi utama...mereka boleh bertindak untuk mengasuh dan menghasut budak2 baru pula...atau kedua, mereka boleh memain peranan membantù Pengganas Kominis yang beroperasi dalam hutan...Bantuan ialah dalam bentuk logistik dan maklumat.
Pengganas Komunis dalam hutan perlukan logistik untuk melancarkan perjuangan...mereka perlu wang, makanan perubatan, pakaian, dan segalanya...benda2 tersebut tidak diperolehi dalam hutan...maka kader Komunis di luar termasuk yang dibandar memain peranan menyediakannya. Mereka tidak beroperasi cara individu, tapi melalui pertubuhan sulit mereka...pertubuhan itu dipanggil Pertubuhan Bawah Tanah Komunis, atau Communist Underground Organization...Underground Organization ini adalah dibawah arahan Parti Komunis Malaya. Ada beberapa pertubuhan bawah tanah Komunis termasuk MNLF, MPLL dan MPLF.
Ada ramai anggota Underground yang beroperasi secara rahsia...harian mereka mungkin berkerja sebagai mekanik, tukang rumah, peniaga, penjual air tebu...tapi sebenarnya mereka adalah kader Komunis yang terlatih. Sebahagian dari mereka juga dilatih dan dibekal dengan senjata api...mereka jugak memain peranan membunuh musuh mereka...pada tahun 1970an bilangan anggota bawah tanah komunis di Kuala Lumpur dan Selangor saja berjumlah 5000 orang, ketuanya bernama Chye Kah Leong.
Siapa yang menjadi sasaran mereka untuk dibunuh...orang yang membocorkan rahsia mereka, orang yang menjadi talibarut Polis, anggota dan pegawai Cawangan Khas yang banyak mengganggu operasi mereka dan sebagainya. Untuk rekod...Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahman Hashim telah mati dibunuh oleh ahli Komunis Underground dalam satu serang hendap di bandar Kuala Lumpur pada tahun 1972.
Kader2 Komunis yang identity mereka telah dikenali oleh Special Branch, mereka terpaķsa melarikan diri...kemana. ...ke dalam hutanlan menjadi Pengganas Komunis...
Di sini kita dapat lihat bagaimana anak2 yang masih kecil telah dihasut dan diidoktrinasikan...kemudian mereka dibentuk jadi kader Komunis, seterusnya menjadi ahli Underground, dan akhirnya boleh diserap menjadi Pengganas Kominis dalam hutan....
Dalam masyarakat sekarang ada ramai orang yang telah terdedah dengan ideology Komunis semasa kecil...walau mereka tidak berlagak sebagai Komunis, tapi dalam otak dan jiwa mereka ada terpendam sentimen pro Komunis. Namun kita tak boleh kata semua orang cina adalah Komunis atau penyokong Komunis...sebenarnya yang terlibat dengan Komunìsme hanya segelintir....kebanyakan orang cina adalah anti Komunis. Dalam Special Branch misalnya, kebanyakan pegawai kami adalah keturunan cina, dan sumbangan mereka lah yang paling banyak menghasilkan kejayaan menghancurkan perjuangan Komunis.
Sekian buat sementara waktu.












No comments:
Post a Comment