السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبِ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ (وَبَلِّغْنَا) لَنَا فِي رَمَضَانَ
Maksudnya: “Ya Allah, Kau berkatilah kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau berkatikanlah (pertemukan kami dengan bulan Ramadhan) kepada kami pada bulan Ramadhan”.
Iktibar Kisah Israk Mikraj Di Sebalik Perintah Kewajipan Solat
Israk Mikraj adalah suatu peristiwa besar dalam Sirah Rasulullah SAW. Pelbagai tribulasi ditempuh oleh baginda sepanjang menyampaikan dakwahnya. Baginda dan para sahabatnya dizalimi oleh golongan Musyrikin Quraisy, dilontar dengan batu oleh para pemuda Taif sehingga berdarah kaki baginda. Kesedihan yang menimpa Rasulullah s.a.w inilah yang menjadi penyebab baginda diisrak dan dimikrajkan, peristiwa yang berlaku pada 27 Rejab tahun kesepuluh baginda diutuskan.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Maha Suci Allah yang menjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(Surah al-Israa’ 17:1)
Perkara paling utama yang kita boleh ambil iktibar dalam kisah Israk dan Mikraj ini adalah mengenai perintah kewajipan melaksanakan solat lima waktu.
Kita hendaklah melaksanakan ibadat solat wajib ini dengan bersungguh-sungguh kerana ia adalah merupakan satu-satunya amalan pertama yang akan dihitung oleh Allah SWT terlebih dahulu ketika kita berada di padang Mahsyar kelak.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya perkara pertama yang dihitung terhadap seseorang hamba pada hari Kiamat daripada amalannya adalah solatnya. Jika solatnya baik, maka sungguh beruntung dan berjayalah dia dan jika solatnya rosak, maka kecewa dan rugilah dia”.
Jika amalan solat tersebut mendapat pahala yang sempurna, maka amalan lain barulah dihitung kemudiannya.”
(Hadis Riwayat Imam Tirmizi).
Oleh kerana pentingnya ibadah solat ini, marilah kita menjaga solat fardhu pada setiap hari dengan menepati waktunya, menjaga segala rukun, syarat dan sunatnya.
Perbaikilah setiap bacaan dan doa dalam solat kita agar kita menjadi orang yang berjaya dan beruntung pada Hari Akhirat kelak.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى
وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى
اللهم إنا نعوذ بك من البرص والجنون والجذام ومن سيئ الأسقام.
ربنا آتنا فى الدنيا حسنة وفى الأخرة حسنة وقنا عذاب النار.
وصل الله على سيدنا محمد وعلى ءاله وصحبه أجمعين.
والحمد لله رب العالمين.
الحمد لله الذي احيانا بعد ما اماتنا واليه النشور 9⃣6⃣8⃣
Hazrat Atin RA berkata Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya marah itu daripada syaitan, dan syaitan diciptakan daripada api, dan api dipadamkan dengan air, oleh itu apabila marah salah seorang daripada kamu, maka hendaklah berwuduk"
(HR Abu Daud)
Semoga dirahmati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan..
No comments:
Post a Comment