"Trump Guna Air Force One Sementara Qatar Bernilai USD400 Juta. Adakah Amerika Sedang Tenat?"
Pada pandangan pertama, ia mungkin hanya isu logistik. Tapi bila Presiden Amerika Syarikat sendiri, Donald Trump, mempertimbang untuk guna pesawat dari Qatar sebagai Air Force One sementara, itu petanda ada sesuatu yang lebih besar sedang berlaku.
Kita tahu bahawa Air Force One bukan sekadar kapal terbang. Ia simbol kuasa. Ia juga lambang teknologi, keselamatan dan dominasi Amerika di langit. Tapi sekarang, pesawat rasmi Presiden itu sedang tenat. Projek pembaharuan pesawat Boeing 747-8 yang sepatutnya menggantikan model VC-25A (beroperasi sejak 1990) lewat dari jadual.
Kos pula membengkak dari AS$3.9 bilion ke hampir AS$5.3 bilion. Boeing, syarikat penerbangan kebanggaan Amerika, nampaknya terhuyung-hayang dengan tekanan politik, inflasi bahan mentah dan kegagalan pengurusan dalaman.
Trump, yang kembali berkuasa selepas menang semula pilihan raya, tidak sabar menunggu. Beliau mahu pesawat yang melambangkan "greatness" Amerika. Tapi Boeing lambat. Maka muncul cadangan: gunakan pesawat milik keluarga diraja Qatar yang telah diserah kepada AS. Jet itu, Boeing 747-8i milik Qatar Amiri Flight, sudah pun dinaiktaraf ke tahap VVIP dengan sistem komunikasi dan pertahanan canggih.
Langkah ini bukan sekadar praktikal. Ia juga ironik. Negara yang kononnya penguasa dunia kini mungkin terpaksa bergantung kepada negara Teluk bagi pesawat presidennya sendiri. Ini cermin kepada kemerosotan dalaman Amerika, di mana ekonomi, industri dan kepercayaan terhadap keupayaan sendiri sedang goyah.
Dalam pada itu, Trump juga tidak mahu Air Force One hanya nampak gah dari luar. Beliau mahu sistem kawalan peperangan, komunikasi rahsia dan kemampuan pertahanan udara dipertingkatkan. Isu keselamatan kini menjadi lebih mendesak, khususnya dalam konteks ancaman siber, EMP dan peperangan elektronik yang menjadi semakin lazim.
Pentagon sendiri mencadangkan agar pesawat sementara ini diiring jet pejuang dalam misi rasmi. Itu bukan perkara biasa. Tapi dalam era dron dan misil hipersonik, langit bukan lagi zon selamat.
Dari sudut lain, pemilihan pesawat Qatar ini juga isyarat halus. Dunia sedang berubah. Kuasa ekonomi minyak dan pelaburan dari Teluk semakin penting dalam struktur kekuasaan global.
Bila Washington sanggup terima jet dari Doha, itu petanda bahawa unipolar Amerika sudah lama retak, dan sekarang, ia sedang bertahan dengan wajah baharu: bergantung, berstrategi dan terpaksa tunduk kepada realiti geopolitik semasa.
Inilah yang dibongkar dalam buku Amerika: Penguasa Dunia Baharu. Bahawa di sebalik imej gergasi tentera, Amerika sebenarnya sedang berubah dari dalam. Dulu, mereka gagah kerana keupayaan industri sendiri. Hari ini, mereka masih berkuasa, tapi dengan cara yang berbeza iaitu melobi, berunding, dan kadangkala, berhutang imej dengan negara lain.
Dan dalam kisah Air Force One ini, kita tak sedang lihat sekadar masalah Boeing. Kita sedang lihat simbol sebuah empayar yang sedang cari cara baru untuk terus kekal di takhta langit.
Dapatkan buku Amerika: Penguasa Dunia Baharu di PBAKL 2025 bermula 23 Mei ini. Lokasi: Patriots Asia, No. 8-18, Dewan Tun Razak 4 (S8), Aras 4, PWTC.
___
No comments:
Post a Comment