DULU "LAWAN TETAP LAWAN", SEKARANG "TANGGUHLAH DULU"
Hari ni ada perkembangan menarik kat Mahkamah Tinggi. Ketika seluruh negara menantikan perbicaraan kes saman sivil oleh Yusoff Rawther keatas PMX, tiba-tiba PMX failkan satu lagi permohonan baru dimahkamah dan memohon saman Yusoff Rawther ditangguh.
Bagi yang tak faham Yusoff Rawther saman PMX kat mahkamah pada tahun 2021, mendakwa dia telah diserang di rumah PMX di Segambut pada Oktober 2018. Serangan apa, korang carilah sendiri. Aku malas nak komen lebih.
Anwar nak Mahkamah Persekutuan memutuskan sama ada Perkara 39 (Kuasa Eksekutif Persekutuan), 40 (Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat) dan 43 (Jemaah Menteri) Perlembagaan Persekutuan memberi dia KEKEBALAN bersyarat daripada saman difail Yusoff Rawther.
Wah banyak cantik kau punya muka. Kau ingat kau tu sapa nak KEKEBALAN.
Selain tu PMX minta mahkamah tentukan adakah saman Yusoff Rawther akan jejaskan hak PMX untuk dilayan sama-rata seperti diperuntukkan oleh Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan.
PMX juga nak minta mahkamah tentukan sama ada dia, sebagai Perdana Menteri semasa, berhak menurut Perkara 5(1) yang jamin kebebasan diri seseorang mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Okey sekarang aku nak tanya pakar undang-undang apa kaitan semua ni dengan saman Yusoff Rawther keatas PMX? Korang terfikir tak apa yang aku terfikir?
Perdana Menteri lain sebelum ni biasa je berhadapan dengan kes saman sivil. Elok je mahkamah bicara dan dapatkan keadilan. Yang dia ni sorang apesal gelabah tak tentu pasal?
Punya lama Yusoff Rawther tunggu dari 2018 untuk mendapatkan keadilan tetiba PMX boleh buat permohonan baru dan tangguhkan kes saman dia.
Camnilah PMX aku bagi cadangan mudah, kalau kau pening-pening sangat, kau bercuti je daripada jadi Perdana Menteri sehingga kes kau dengan Yusoff Rawther ni selesai.
Selesai segala masalah "kekebalan", "hak sama rata" dan "kebebasan diri". Kau hadaplah Yusoff Rawther sebagai rakyat biasa.
Dulukan kau macam singa, gegar dewan bila kau laung "lawan tetap lawan", sekarang apesal dah jadi macam kucing bisu, bisik pun perlahan, "tangguh lah dulu...".
Kalau kau tak bersalah, kau sepatutnya berani berhadapan dengan muka pengadilan. Dulu kau kata kangaroo court dan kau dizal1mi dengan pendakwaan politik oleh Kerajaan.
Sekarang kau adalah kerajaan kot. Perdana Menteri. Kuasa tertinggi eksekutif bawah tangan kau. Apa yang takut sangat dengan seorang Yusoff Rawther?
Ingatlah wahai PMX, "Justice delayed is justice denied".
Kesian kat Yusoff Rawther.
Salam Hormat,
No comments:
Post a Comment