"Trump Mahu Jumpa Xi Jinping, Tapi China Buat Diam: Siapa Sebenarnya Terdesak?"
Donald Trump baru je balik dari Arab. Tapi yang menarik, dia bercakap secara terbuka bahawa dia "bersedia terbang ke China" untuk bertemu Presiden Xi Jinping demi berbincang soal dasar luar dan ekonomi. Nampak macam terdesak, kan?
Tapi yang membuatkan berita ini jadi tular dan jadi bahan sindiran. Beijing langsung tak memberi sebarang respon, hatta sepatah.
Menurut beberapa penganalisis, sikap mendiamkan diri China adalah disengajakan. Ini bukan kali pertama Xi dan partinya mengambil pendekatan “diam” sebagai mesej.
Dalam budaya politik China, bila seseorang pemimpin diam terhadap pelawaan secara terbuka, itu isyarat bahawa mereka belum lupa atau belum maafkan.
Pada 2018, ketika Trump dalam penggal pertamanya, beliau menyambut Xi Jinping dengan penuh megah di AS. Mereka berbual, bergambar, makan malam bersama.
Tapi tak lama selepas itu, Trump melancarkan perang dagang terbesar dalam sejarah moden antara dua kuasa ekonomi dunia. Tarif demi tarif dikenakan ke atas barangan China, manakala syarikat seperti Huawei dan TikTok disekat keras.
Bagi China, itu bukan sekadar serangan ekonomi. Ia adalah tikaman dari belakang.
Kini, luka itu belum sembuh. Malah, naratif China kini lebih berhati-hati terhadap AS. Mereka tidak lagi mudah percaya pada senyuman diplomatik Washington, terutama dari individu yang pernah menggunakan diplomasi sebagai perangkap.
Trump mungkin sedar bahawa hubungan AS-China sangat penting untuk kelangsungan ekonomi negaranya. Inflasi domestik, ketidaktentuan pasaran, dan tekanan pelabur adalah beban yang dia perlu tangani.
Dan dia tahu, tanpa sokongan atau setidaknya stabiliti hubungan dengan China, pelabur akan terus lari, pasaran akan terus goyah.
Tapi dari sudut Beijing, Trump bukan faktor yang perlu diraikan. Mereka kini fokus kepada projek ekonomi dalaman, pengukuhan Belt and Road Initiative, serta hubungan lebih erat dengan negara Selatan Global termasuk BRICS.
AS, dalam banyak aspek, kini hanya dianggap sebagai bekas pelanggan yang sukar diramal.
Ini membuatkan kenyataan Trump untuk terbang ke China kelihatan seperti nampak "desperado". Jika dahulu presiden AS menjadi simbol eksklusif yang hanya menerima pelawat, kini Trump pula perlu menawarkan dirinya untuk datang dan ditolak secara senyap.
Kedudukan geopolitik dunia juga sudah berganjak. Ketika Trump pertama kali menjadi presiden, dunia masih menganggap AS sebagai kuasa tunggal.
Kini, kita berada dalam dunia multipolar. China, Rusia, India dan blok BRICS sedang memecut, sementara Eropah kelihatan lemah dan AS pula sibuk menguruskan konflik yang meletihkan.
Dan di sinilah ironi besar terjadi. Seorang Presiden AS, dari parti Republikan, yang terkenal dengan slogan "Make America Great Again", kini perlu tunggu panggilan dari pemimpin China.
Ia bukan sekadar sindiran. Ia realiti bahawa perimbangan kuasa telah berubah.
Media China juga tidak memberi liputan utama terhadap kenyataan Trump. Tiada sambutan di CCTV, tiada respon rasmi dari Kementerian Luar, tiada spekulasi pun dari mulut penasihat dasar luar China.
Yang ada hanyalah senyap yang panjang, yang bagi mereka sudah cukup keras.
Trump kini berada dalam kedudukan di mana dia perlu buktikan bahawa dirinya relevan, bukan sahaja kepada rakyat Amerika, tetapi kepada kuasa-kuasa dunia yang sudah lama melangkah ke hadapan.
Apa yang sedang berlaku ini bukan sahaja mencerminkan hubungan dua hala antara China dan AS. Ia mencerminkan perubahan global yang lebih besar: era dominasi mutlak Amerika semakin hilang taringnya.
MasyaAllah. Dalam dunia yang makin kacau oleh ego kuasa besar, kita diajar satu perkara penting iaitu kekuatan sebenar bukan terletak pada siapa paling lantang, tapi siapa paling bijak membaca diam.
___
No comments:
Post a Comment