DrAA ada baca kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam dalam satu wawancara. Kesimpulan DrAA, Tan Sri sudah terpengaruh dengan politik dendam Azmin Ali dan Ketua Ceplos.
Tan Sri ada sebut Bersatu masih kukuh. Tan Sri sedar tak bahawa lebih 100 bahagian Bersatu bubar? Lebih 50% bahagian bersatu dah lumpuh. Kukuh tang mana tu Tan Sri?
Tan Sri juga sebut DS Hamzah dilantik oleh Bersatu sebagai Ketua Pembangkang. Tan Sri, let me refresh your memory. Lepas PRU15, Bersatu serah kepada PAS untuk lantik Ketua Pembangkang sebab kerusi PAS paling banyak. PAS yang kemudiannya lantik DS Hamzah.
Tan Sri nak halang parti baru DS Hamzah masuk Perikatan Nasional. Tan Sri, cukup cukuplah dengan dendam politik. PN nak bergerak menjuarai nasib rakyat. Takde masa nak layan dendam politik. Siapa sahaja yang boleh tarik sokongan pengundi, sepatutnya diterima oleh PN.
Lastly, Tan Sri cakap DrSam tiada jaminan jadi calon PM. DrAA tak pasti apa niat Tan Sri cakap macam tu. Tapi Tan Sri, please read the room. Selepas DrSam diangkat Pengerusi PN, terdapat lonjakkan sokongan kepada PN. Rakyat kembali yakin kepada PN.
Tak caya Tan Sri boleh tanya mana mana institut kajian yang buat kajian. Tapi jangan tanya MASA. Kalau tanya MASA dia akan cakap PN hilang sokongan lepas Tan Sri berundur. hehe
Cukuplah Tan Sri, jangan sekat progress PN. Ada baiknya Tan Sri ambil back seat dan biar DrSam memandu. Tan Sri boleh fokus tubuhkan balik organisasi di lebih 100 bahagian Bersatu. Ajak Azmin Ali sekali, tu kerja dia sebagai SU Agung Bersatu.
Akhirnya Tan Sri, berlapang dadalah. Semoga Tan Sri terus Istiqamah.










No comments:
Post a Comment