"Saya berkahwin semula antara sebabnya nak jaga suami sakit yang sakit kanser dalam keadaan terjaga aurat."
Kata-kata ini yang terpacul dari mulut Kiah Propa seorang selebriti yang meminang bekas suaminya selepas 3 hari disahkan menghidap Kanser Limfoma. Mereka berpisah 8 tahun lalu.
Ustaz jumpa Kiah dan suaminya dalam Wanita Hari Ini TV3.
Kuasa Allah swt, bila dengar suami kena kanser dia sedih. Kanser Limfoma bermula di tengkuk sebelah kirinya.
Memang sakit.
Pesakit kanser ni memang kena ada support system yang kuat. Itu pun salah satu terapi dan rawatan emosi sebenarnya.
Kena selalu bagi kata-kata semangat dan harapan supaya benda yang berat dapat diringankan.
Ustaz teringat waktu kisah Datuk Sri Sham seorang kenalan Ust yang menjaga ibu dan ayah menghidap kanser.
Katanya,
"Ustaz, orang yang sakit kanser ni dia tak tahu sakitnya di bahagian mana. Sakit diperut ke? Sakit dilutut ke? Tak tahu! Mereka hanya akan mengerang, mengeluh, bergulung."
Betul, tak tahu nak terangkan. Kadangkala sakit dekat tulang belakang, sakit tengkuk dan beralih-alih. Itulah sakit kanser. Setiap orang mungkin pengalaman berbeza. Sebab itu ada masa mereka jadi pemarah. Penjaga memang kena betul-betul sabar.
Kisah ini mungkin boleh diambil pengajaran oleh pihak hospital.
Ayahnya dihantar ke hospital HUKM atau UKM macam tu dan para penjaga.
Jadi dia dah berpakat dengan doktor supaya jangan berutahu ayahnya sakit kanser. Sebutlah sakit lutut atau lain-lain.
Tiba-tiba dapat tahu, pelajar-pelajar di hospital buat amali tidak sengaja beritahu kepada ayahnya.
"Pakcik, pakcik sebenarnya kena penyakit kanser."
Bila ayahnya tahu, MasyaAllah terkejutlah dia. Jadi down dan putus asa.
Kemudian selepas 2 bulan meninggal dunia, ibunya pula kena kanser.
Juga di hosptal yang sama, doktor pelatih tanya,
"Makcik tahu ke makcik sakit apa?"
"Oh saya diberitahu cuma sakit kaki, bisa-bisa sakit orang tua."
"Tak Makcik, Makcik kena kanser."
Lepas tu, ibunya down dan sedih. Semangatnya jatuh dan jadi kemurungan.
Penyakit menjadi lebih teruk.
Begitulah pesakit kanser, tak boleh down.
Kalau tidak, sel kanser lebih aktif.
Pesakit menjadi bertambah lemah dan seperti kanser itu berjaya menakluki sel badan dan pemikiran kita.
Selepas itu peluang nak sihat menjadi semakin tipis.
Begitulah.
Jadi pada pandangan Ustaz, doktor-doktor memang perlu cakap perkara yang benar cuma boleh tak lapik perkara yang benar itu dengan baik?
Jadi geng, pengajarannya sampaikanlah kebenaran itu dengan cara paling baik. Contohnya kalau belum sampai masa yang sesuai baru cakap.
Ada yang berani terus cakap,
"Pakcik kalau ikut pengalaman saya sebelum ni kanser macam ni tak sampai sebulan dah mati ni."
Jangan macam tu. Mungkin boleh guna ayat lain.
"Oh Pakcik, insyaAllah tak apa sama-sama kita doa ya pakcik ni ada harapan ni. Kuat semangat ya Pakcik!"
Harapan ni tak semestinya harapan untuk sembuh.
Harapan untuk terus berjuang.
Harapan untuk Allah sembuhkan.
Bila Datuk Sri Sham cerita tu, Ustaz rasa sebak sebab lalui pengalaman yang sama.
Contohnya guna ayat macam ni.
"Pakcik, jangan risau. Kanser zaman dulu dengan zaman sekarang lain. Zaman dulu tak jumpa kaedah rawatan yang berkesan. Pakcik jangan risau nak lalui kimoterapi dan radioterapi. Zaman sekarang rawatan ni nak kurangkan side effect. Keberkesanannya lebih kurang 90% Pakcik. Saya nampak kalau Pakcik ikut rawatan doktor betul-betul insyaAllah akan sembuh cepat."
Ustaz tahu doktor pun stress, sibuk dan banyak pesakit lain nak dirawat.
Ini sekadar cadangan.
Nak ikut tak apa, tak ikut pun tak apa.
Ustaz suarakan sebab Ustaz pesakit kanser.
Ini juga yang Ustaz sampaikan kepada pesakit kanser yang Ustaz ziarah.
Rawatan kanser sekarang lebih baik berbanding 10-20 tahun dahulu.
Hari ini rawatan radioterapi, transplant atau targeted kimo semua ni lebih baik daripada dulu. Percayalah.
"InsyaAllah Pakcik kita usaha, jangan menyerah kalah."
Saya tengok orang yang lebih tua daripada Pakcik boleh sembuh.
Bila kena caranya, bila dapat jumpa skrew yang longgar dan kita ketatkan cara betul memang menjadi.
Semangat yang hilang kita kembalikan.
Kita bagi teknik dan panduan.
Akhirnya mereka ready to fight.
Bila pada mula dah down pemikiran, akhirnya apa pun rawatan tak menjadi.
Berapa ramai yang lari daripada kimoterapi.
Apa-apa pun kita kena hadap kalau nak sembuh.
Kimoterapi ni memang sakit, badan jadi lesu dan letih.
Sebab tu ada doktor yang bijak.
Lepas rawatan dia akan bagi sedikit steroid menyebabkan tak boleh tidur.
Mereka bagi ubat tidur untuk rasa rehat.
Bagilah kalau dia down sangat, doktor lebih tahu perkara ini mana yang sesuai.
Jom geng, take home note hari ini:
1. Kisah Kiah Propa dan suami, menunjukkan tindakan Kiah adalah daripada doa suaminya makbul dengan izin Allah. Nampak lebih positif walau sakit.
2. Doktor atau penjaga cuba cakap atau sampaikan kebenaran dengan bahasa yang betul dan berlapik. Beri harapan.
3. Jangan down dan ingat kalau down sel kanser aktif.
Jom bantu Maybank 014271323157 whaap 0197557529
Sama-sama kita gembirakan pesakit kanser dan pesakit kronik lain.
Memang orang sakit ni mereka akan mudah marah, jadi kita yang sihat cuba kawal diri kita dan bantu semampu yang boleh ya.
Tolong Ustaz share posting ini ya, supaya lebih ramai dapat manfaat.
#UstazHanafiMalek #kanser #cancer
No comments:
Post a Comment