10 kebaikan Cikgu Shaari Suleiman berbanding satu keburukan yang sering kita perkatakan...
1. Walaupun Cikgu Shaari pernah tertidur dalam kelas tetapi dia masih memberi tugasan kepada murid. Ada org kini bukan saja takat tidur tapi kadang² terus ponteng kerja. Ngulor kata org Pahang
2. Walaupun guru besar memarahi Cikgu Shaari tetapi dia tidak memarahinya di hadapan murid sebaliknya di bilik guru besar. Sekarang kita sering mendengar anak buah dimarahi oleh bos depan org ramai.
3. Guru besar dan Cikgu Shaari saling hormat menghormati antara satu sama lain. Ada org sekarang ni tidak saling menghormati antara satu sama lain akibat pengaruh, harta, kuasa dan ego masing².
4. Cikgu Shaari sanggup meninggalkan kerjaya sambilan sebagai pemuzik demi tanggungjawab sebagai guru. Ada org sekarang ni sanggup abaikan kerjaya demi mencari pendapatan lebih (side income).
5. Cikgu Shaari sentiasa berdisiplin dan kemas semasa berada di sekolah. Ada org sekarang ni tidak lagi menghiraukan etika berpakaian semasa bekerja.
6. Semasa meninggalkan bilik mesyuarat dia sempat berpesan bahawa dia akan akur apa keputusan mesyuarat. Ada org sekarang ni akan membantah membuta tuli sekiranya sebarang keputusan tidak disukainya.
7. Cikgu Shaari merupakan seorang yang setia dan menghormati masa. Ada org kini tidak pentingkan masa dan setia pada tugas.
8. Sebelum pergi ke sekolah dia hanya minum secawan kopi dan sebiji pisang sarapan yang seimbang pada waktu pagi. Ada org sekarang ni suka mengambil sarapan yang berat di waktu pagi dan banyak menghabiskan masa ngopi di warung @ ngeteh kat kantin.
9. Cikgu Shaari tidak pernah membawa masalah rumahtangganya ke sekolah. Ada org sekarang ni terbawa² masalah di rumah ke tempat kerja... yg jadi mangsanya adalah stakeholders.
10. Akhirnya Cikgu Shaari menjadi guru yang berjaya... mana tidaknya di akhir cerita dia menjadi guru besar.
Walaupun satu keburukan yang hanya kita nampak... tetapi banyak pengajaran yg blh kita ambil. Itulah mesej sebenarnya yang hendak disampaikan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee kepada generasi kini.
Itulah dia Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Falsafah dan karyanya mendahului zamannya..
Kredit: Masam Manis 17 May 2017
Tajuk: Cikgu Sha'ari Suleiman Terlelap
Media campuran atas kertas A4 300gsm
Tarikh: 16 Julai 2025 | 20 Muharram 1447
Cc: Mohd Zaki Ramli
No comments:
Post a Comment