Kisah YB Cikgu Shukri Dikhianati
1. Beliau berasal dari seorang guru ko kurikulum….
2. Beliau bergiat dalam politik dengan PAS di Perlis ketika masih guru lagi.
3. Waktu itu tidak ramai pun orang pandang PAS.
4. Kalau PAS ceramah masa itu, nyamuk lebih ramai dari orang.
5. Waktu itu juga tidak ramai guru yang berani menglibatkan diri dalam politik. Masa itu UMNO kuat. Mereka akan tukar cikgu2 pergi ke Sabah dan Sarawak.
6. Hasil dari cikgu2 yang mereka tukar ke Sabah dan Sarawak, cikgu2 itu menubuhkan pula cawangan2 PAS di sana.
7. Setelah berpuluh tahun, akhirnya PAS dapat kerusi pertama di Sabah dalam PRN lepas atas tiket Perikatan Nasional.
8. UMNO di Perlis pun kuat masa itu yang diketuai oleh Datuk Seri Shahidan Kassim. Geng gerak gempur gedebe2 mereka pun boleh tahan.
9. Kawan saya bekas Ketua Pemuda PKR Selangor, SD Johari Yassin (Allahyarham) pernah kena pukul dengan geng2 gedebe UMNO semasa kempen PRK Indera Kayangan 2002.
10. Lembik kawan itu kena belasah dan habis rosak keretanya dipukul. Orang2 lama PKR dan PAS akan kenal SD Johari kerana tanahnya di Jalan Kebun Shah Alam sering digunakan sebagai tempat ceramah. Di situlah tempat membiaknya PKR di Selangor.
11. Hanya orang2 yang kental saja yang berani berlawan dengan UMNO ketika itu. Kena ludah atas muka itu perkara biasa…
12. Cikgu Shukri boleh dikira golongan yang beranilah kerana boleh berhadapan dengan UMNO yang kuat ketika itu.
13. Orang ramai hanya kenal Cikgu Shukri selepas beliau dilantik menjadi MB Perlis.
14. Orang ramai tidak tahu tentang liku2 perjalanan dan perjuangannya dalam PAS sebelum itu. Beliau telah memegang banyak jawatan dari zaman Pemuda lagi.
15. Sebelum itu juga beliau telah memegang jawatan ADUN dua penggal. Beliau pernah menewaskan Ustaz Fathul Bahri. Penggal ketiga beliau menang, barulah PAS menang di Perlis dan beliau dilantik menjadi MB.
16. Kebetulan dalam masa yang sama beliau berbesan dengan Presiden PAS. Anak lelakinya berkahwin dengan anak perempuan Tan Sri Haji Hadi.
17. Entah dimana silapnya kita pun tidak pasti, beliau sebagai MB Perlis, Pesuruhjaya PAS Perlis dan Pengerusi PN Perlis, telah kalah dalam pertandingan merebut jawatan YDP PAS Kawasan Arau.
18. Atas alasan apa ahli2 PAS Kawasan Arau menolaknya, kita pun tidak pasti. Misteri hingga kini. Dalam PAS biasanya jarang orang yang rapat dengan Presiden akan kalah. Apatah lagi itu adalah besan kepada Presiden. MB pula tu….
19. Misteri di sebalik kekalahan itu tidak berakhir di Arau, ianya dibawa sampai ke peringkat pusat.
20. Bagai luka yang dititiskan limau purut, beberapa bulan selepas itu, Cikgu Shukri sekali lagi kalah dalam pemilihan PAS di peringkat pusat sebagai AJK PAS Pusat.
21. Jawatan itu untuk 18 orang, tidak logik dan tidak munasabah perwakilan PAS tidak boleh beri satu kerusi kepada beliau selaku MB dari PAS.
22. Bukan setakat MB, beliau juga adalah pejuang lama dalam PAS. Tidak pernah mengkhianati perjuangan PAS. Besan Presiden pula tu…..
23. Sebaliknya Fadhli Shaari yang masih muda dan baru beberapa hari dalam PAS, bukan MB, bukan pesuruhjaya negeri, diberi undi tertinggi dan menang di nombor satu.
24. Akibat penolakan berganda dari ahli2 PAS terhadap Cikgu Shukri, beliau digugurkan sebagai Pengerusi PN Negeri dan digantikan oleh Shahidan Kassim, dan digugurkan juga sebagai Pesuruhjaya PAS negeri, digantikan oleh Ustaz Ahmad Ali.
25. Jika kita berada di tempat dia, tidakkah kita merasa tidak dihargai dan dikhinati oleh rakan2 sendiri.
26. Aku MB kot….tak kan korang tak boleh beri aku satu kerusi AJK walaupun di tempat ke 18….dah lah sebagai YDP Pas Kawasan di negeri yang aku MB pun dah kalah.
27. Mungkin…saya kata mungkin…..mungkin kerana itu membuatkan beliau merasa stress dan kesihatannya menjadi kurang baik.
28. Akhirnya beliau menghantar surat kepada Tuanku Raja Perlis untuk meletak jawatan kerana masalah kesihatan. Beliau terpaksa berundur kerana kesihatan tidak mengizinkan.
29. Itulah harga yang perlu dibayar oleh seorang perintis atau pejuang. Apabila telah membuahkan hasil, dianya tidak akan dihargai lagi.
30. Bak kata Mr Os dalam lagu Durian Dah Berbunga;
“Bila musim durian ramai saudara mara, bila menebas sekor tak nampak muka”.
31. Selamat menunaikan Haji kepada YB Cikgu Shukri, dan Insyallah akan dapat Haji yang mabrur.










No comments:
Post a Comment