Setuju atau tidak, perlu diakui tabiat merokok ini merupakan tabiat yang tidak elok dan membawa lebih mudarat buat tubuh badan manusia.
Ini disebabkan asap yang mengandungi lebih daripada 6,000 bahan kimia dengan hampir 100 daripadanya dikenal pasti sebagai punca atau punca yang berpotensi untuk penyakit berkaitan merokok.
Namun, tatkala para perokok ini ingin melakukan perubahan positif terhadap tabiat mereka itu, mereka sering berhadapan dengan banyak kekangan, baik dari tekanan daripada rakan sebaya mahupun kurangnya pengetahuan dan sumber untuk mereka berubah.
Sebagai contoh, saranan yang diberikan oleh KKM bagi mereka yang ingin berhenti merokok adalah dengan menjalani Terapi Gantian Nikotin (NRT) dan produk NRT boleh diperolehi dalam beberapa bentuk dan kekuatan untuk menyesuaikan keperluan dan tahap kerbergantungan terhadap nikotin dalam kalangan perokok.
Pun begitu, saranan produk yang diberikan agak sukar untuk diperoleh selain harganya agak mahal berbanding sekiranya mereka kekal merokok.
Jadi, tidak hairanlah mengapa sesetengah perokok yang memilih untuk menggunakan produk yang kurang memudaratkan berbanding rokok tradisional yang dibakar tetapi tetap memberikan kepuasan yang sama.
Kalau diikutkan, ada beberapa yang sering menjadi pilihan para perokok yang ingin meninggalkan tabiat mereka dengan menggunakan produk alternatif, antaranya menggunakan e-rokok, tampalan nikotin, gula-gula getah nikotin atau produk pemanasan tembakau (HTP) seperti IQOS dan lain-lain.
Perbezaan Ketara Vape vs HTP
Walaupun dari segi rupa bentuk, dua peranti ini seakan-akan tidak banyak berbeza, namun perbezaannya amat besar terutamanya dari segi produk yang dihasilkan.
Sebagai contoh ketara, cecair vape tidak mengandungi tembakau tetapi mungkin mengandungi nikotin dan biasanya mengandungi campuran bahan seperti air, gliserin sayuran (VG), propilena glikol (PG) dan perasa.
Lebih membimbangkan, ada antara pengeluar cecair ini hanya melakukan perniagaan mereka di rumah atau kilang yang mana tiada peraturan yang boleh memastikan bahan atau bahan kimia yang digunakan mendapat kelulusan KKM.
Walaupun nikotin tidak terdapat dalam sesetengah cecair, bahan kimia lain dalam cecair seperti Formaldehid (terdapat dalam banyak produk isi rumah), Akrolein (dicipta apabila gliserol dibakar), dan Benzene (digunakan dalam pelincir), masih boleh memberi kesan negatifpada badan.
Tidak seperti e-rokok dan vape, peranti HNB (pemanasan bukan pembakaran) adalah peranti yang menyerupai rokok biasa, tetapi ia tidak melalui proses pembakaran tembakau.
Perlu diketahui bahawa rokok tradisional terbakar pada 600 darjah Celsius atau lebih tinggi dan disebabkan proses inilah terhasilnya asap yang mengandungi ribuan jenis bahan kimia yang berbahaya.
Manakala, peranti HNB hanya memanaskan tembakau pada suhu maksimum 350 darjah Celsius selain ia mendapat kebenaran FDA, Amerika Syarikat untuk menggunakan tuntutan pemasaran ‘pendedahan berkurangan’ apabila sesorang bertukarr sepenuhnya daripada rokok kepada IQOS.
Memandangkan kebanyakan bahan kimia penyebab kanser hanya boleh didapati apabila sebatang rokok dibakar, kajian menunjukkan bahawa peranti HNB kurang berbahaya berbanding rokok mudah terbakar namun, perlu diingatkan, ianya juga bukanlah suatu alternatif yang bebas risiko.
-Lobak Merah
No comments:
Post a Comment