Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin, telah disahkan meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada hari Isnin.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 74 tahun, lapor Astro Awani.
Raja Petra bin Raja Kamarudin (lahir 27 September 1950) adalah seorang penulis blog berbangsa Melayu yang mengasaskan laman Malaysia Today dalam bahasa Inggeris.
Di laman tersebut, beliau menerbitkan satu siri rencana berbentuk komentar mengenai politik Malaysia.
Beliau telah ditahan buat kali kedua mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada pukul 1.10 petang 12 September 2008.
Raja Petra telah menjalani tahanan selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dihantar ke Kem Tahanan Kamunting, Taiping.
Dilahirkan pada 27 September 1950, Raja Petra menerima pendidikan awal di Sekolah Alice Smith. Pada usia 13 tahun, beliau melanjutkan pelajarannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar dan kemudiannya menyelesaikan pendidikan di Victoria Institution.
Raja Petra pernah bekerja sebagai penjual motosikal dan pengedar beras, serta mempunyai minat yang mendalam terhadap motosikal sejak kecil.
Pada 14 April 1973, ketika berusia 23 tahun, beliau berkahwin dengan Marina Lee binti Abdullah yang pada masa itu berumur 18 tahun. Marina Lee Abdullah, yang berdarah kacukan Siam-Cina, merupakan seorang penerbit buku.
Raja Petra dan Marina mempunyai lima orang anak (Raja Suraya, Raja Azman, Raja Shahril, Raja Azmir, dan Raja Sara) serta dua orang cucu.
Raja Petra adalah seorang ahli kerabat DiRaja Selangor. Beliau merupakan anakanda saudara kepada Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Yang di-Pertuan Agong Malaysia kesebelas, dan Sultan Selangor yang ketujuh. Ibunya pula berasal dari Wales.
-Info Rakyat
No comments:
Post a Comment