MALAYSIA DUDUK ATAS ‘HARTA’ RM1 TRILION. TAPI KALAU SILAP JUAL, ANAK CUCU KITA TETAP JADI KULI
Baca pelan-pelan sampai habis. Lepas baca baru kau faham kenapa kerajaan ketat sangat jaga 'tanah' ni. Dan kenapa lori kena tahan tengah malam.
1. Cerita dia senang je
Kat Gebeng, Pahang ada satu kilang. Kilang ni proses sejenis 'pasir' khas. Dah siap, 1 beg kecik harga dia sampai RM395,000.
'Pasir' tu nama dia nadir bumi. Tanpa benda ni, phone tak boleh gegar, skrin tak warna, kereta letrik tak jalan, barang askar pun tak siap.
Kilang tu antara yang paling besar dunia luar China. Sebab tu satu dunia tengok Malaysia.
2. Kenapa harga dia gila-gila
Sebab susah nak buat. Kena korek, basuh asid, tapis banyak kali. China pegang 70% pasaran dunia. Tahun lepas dia ketatkan jualan sikit je, harga terus naik. Kilang kereta kat Eropah ada yang stop.
Nasib baik Malaysia ada kilang ni. Kita jadi 'plan B' dunia kalau China batuk.
3. Kita ni sebenarnya kaya
Pakar UMPSA dah kira. Malaysia ada 16.1 juta tan 'nadir bumi' dalam tanah. Kalau jual lepas proses, nilai dia boleh cecah RM1 TRILION.
RM1,000,000,000,000. Kosong dia 12 biji.
Tempat paling banyak Terengganu, Kelantan, Perak, Pahang, Kedah. Dulu atuk kita gali bijih timah. Sekarang cucu dia boleh gali benda lagi mahal.
Tapi masalah sama macam dulu kalau kita jual tanah mentah, harga murah. Macam jual kelapa biji RM2. Orang lain buat santan kotak jual RM8. Kita yang rugi.
4. Sebab tu lori kena tahan
Barang ni mahal. Ada orang cuba seludup 'tanah' mentah keluar. Satu lori untung juta-juta.
Sebab tu kerajaan dah haramkan eksport bahan mentah. Nak jual kena proses dalam Malaysia dulu. Baru untung 40 kali ganda masuk negara.
Bila buat kat sini, kerajaan dapat cukai. Kilang buka kerja untuk anak Malaysia. Jurutera, juruteknik, operator. Gaji bukan kaleng-kaleng. Duit tak lari keluar.
5. Apa kena mengena dengan kau dan aku
Kau pakai phone? Tengok TV? Naik Grab? Semua ada nadir bumi dari Malaysia.
Kalau kita pandai jaga, 10 tahun lagi anak kita kerja kilang teknologi gaji RM8k hingga RM15k. Duit royalti masuk negeri, jalan kampung elok, sekolah ada aircond.
Kalau kita leka, jual mentah, bagi orang luar kaut semua, 20 tahun lagi anak cucu kita kerja kilang sama, tapi bos orang luar. Gaji cukup-cukup makan. Jadi kuli kat tanah sendiri.
6. Kita nak jadi macam Arab Saudi ke tak
Arab ada minyak, dia jaga betul-betul. Sekarang kaya. Kita tak ada minyak banyak. Tapi Allah bagi 'nadir bumi' RM1 trilion.
Beza kita dengan Arab dia proses minyak sendiri. Zaman dulu kita jual bijih timah mentah, orang putih kaya. Kali ni jangan ulang silap sama.
Last nak tanya
RM1 trilion tu kau nak masuk poket Malaysia ke poket penyeludup? Kau nak anak kau jadi bos kilang ke jadi kuli kilang?
Kalau rasa benda ni kena jaga betul-betul, tekan SHARE. Bagi pakcik kau, jiran kau, bos kau baca.
Biar satu Malaysia sedar kita bukan miskin. Kita cuma baru sedar kita duduk atas harta.
Sumber dari laporan awam Malay Mail, Reuters, Bernama, kajian UMPSA 2023-2025. Status kilang dan projek ikut kenyataan rasmi semasa. Kita sokong pembangunan ikut undang-undang, jaga alam sekitar, dan tolak aktiviti haram.
Olahan dan Susunan: Mohammad Alif Zabri










No comments:
Post a Comment