Bahaya-Ibu Bapa Jangan Bergaduh Depan Anak2
Oleh:Mohd Faisal
1. Seolah-olah negara kita ketandusan orang tua atau orang berpengalaman untuk menjadi jururunding bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku.
2. Alasan yang sering diguna pakai, ohhh ini N9 adatnya lain, sistemnya lain, orang luar jangan campur. N9 Adat Perpatih dan bla..bla..bla…
3. Bukan soal hendak campur, masalahnya apa yang berlaku boleh memberi kesan yang tidak baik kepada imej Raja-Raja negeri lain yang mengamalkan Adat Temenggung.
4. Negara luar akan melihat sistem beraja di Malaysia bermasalah. Mereka bukan faham sepenuhnya sistem kita, dan boleh membuatkan mereka pukul rata kepada semua Raja.
5. Dalam masa yang sama, kita juga sedang menanam pemikiran negatif kepada generasi2 baru tentang sistem beraja kita. Mereka boleh buat kesimpulan, ohhh raja pun berebut kuasa. Ini yang bahaya.
6. Seperti di rumah, kita laki bini bergaduh, bertekak, tengking menengking, tidak boleh dilakukan di depan anak2.
7. Akan memberi kesan yang tidak baik kepada anak2. Itu yang berlaku kes anak tak respek bapa, dan ada anak yang tidak sayang ibu. Penghujungnya, di usia tua, ibu duduk di rumah kebajikan.
8. Sedangkan anak2 tidak faham masalah kita laki bini. Ada kala kita bergaduh dan bertekak itu kerana isu yang melibatkan mereka (anak2).
9. Samalah dalam situasi ini….terlalu lama dibiarkan berlarutan. Tidak tahu bila dan apa penghujungnya….
10. Masa DUN N9 hendak dibubarkan tempohari, saya ada menulis. Saya katakan pembubaran DUN tidak akan menyelesaikan masalah pokok yang dihadapi.
11. Ternyata kini benar….
12. Masalah bumbung bocor sehingga merosakkan lantai, kemudian kita baiki lantai. Maka lantai itu akan molek sekejap ja, lepas tu rosak balik. Yang perlu dibaiki dulu adalah bumbung.
13. Benda ini sebenarnya telah lama selesai jika kaedah rundingan perdamaian digunakan.
14. Itu yang saya kata di atas, negara kita seolah2 sudah tidak ada orang tua atau orang berpengalaman untuk menjadi orang tengah bagi perdamaian.
15. Sedangkan Malaysia ini dikenali sebagai sebuah negara yang hebat dalam bab berunding.
16. Kita pernah menjadi perunding damai di Mindanao dalam kes Bangsamoro.
17. Kita pernah menjadi perunding dalam kes di Selatan Thai.
18. Kita pernah menjadi orang tengah dalam kes Kemboja dan Thailand.
19. Kita pernah berunding dengan pengganas Abu Sayaf dalam kes penculikan rakyat kita satu masa dulu, hingga mereka semua bebas.
20. Malah kita pernah berunding dengan pengganas Ukraine dalam kes MH 17 untuk akses ke kawasan itu bagi mengeluarkan mayat2 penumpang serta ambil kotak hitam pesawat.
21. Hebat Malaysia ni…..bukan cap ayam…..
22. Tapi yang menghairankan dalam kes di N9 tidak ada pihak yang sanggup menjadi perunding damai bagi menyelesaikan masalah.
23. Berunding adalah kaedah terbaik dari berlawan, dalam menyelesaikan sesuatu masalah . Jimat masa, jimat tenaga, jimat kos, dan keadaan tidak akan menjadi kelam kabut.
24. Ini bukan soal hendak mencampuri urusan atau adat negeri orang. Jika semua orang berfikiran begitu, rosak dan jahanam negara ini.
25. Nampak orang bergaduh tepi jalan, semua pakat lari dan tidak ada seorang pun hendak tolong leraikan.
26. Kerana alasan tidak mahu campuri hal orang. Jadi apa tanggungjawab kita sebagai umat kepada Muhamamad SAW dan sebagai rakyat kepada negara…..
27. Kalau orang yang bergaduh itu salah seorangnya meninggal dunia, bagaimana dengan famili yang dia sara….kita yang membiarkan pergaduhan itu tidak merasa bersalah ke…










No comments:
Post a Comment