Tesla hari ini mengumumkan pelancaran stesen Tesla Supercharging terbesar di rantau Asia Tenggara, yang terletak di Gamuda Cove, Selangor. Untuk menjayakan perkara ini, Tesla bekerjasama dengan Gamuda Land dalam pembangunan stesen pengecasan terbesar di rantau ini.
Stesen ini mempunyai sebanyak 6 Supercharger, selain turut dilengkapi dengan 18 Destination Charger. Dengan penawaran ini, pengguna Tesla boleh ke Gamuda Cove dan menggunakan pengecasan ini dengan mudah bersama-sama pengguna Tesla lain.
Berkongsi pada pelancaran ini juga, Tesla menyatakan akan membuka lebih banyak lokasi pengecasan Tesla di Malaysia tidak lama lagi. BUat masa ini, Tesla menawarkan dua model kenderaan di Malaysia, iaitu Tesla Model 3 pada harga bermula RM189,000, selain Tesla Model Y pada harga bermula RM199,000.
-amanz.my
No comments:
Post a Comment