KADAR Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) baharu ditetapkan kerajaan 8.0 peratus berbanding 6.0 peratus sebelum ini, bermula 1 Mac lalu secara langsung turut memberi kesan kepada peningkatan harga barangan dan perkhidmatan.
Ini sekali gus pengguna juga perlu membayar lebih untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan, selain kenaikan SST boleh menyebabkan peningkatan inflasi.
Justeru, beberapa tip disarankan bagi menjimatkan kos perbelanjaan anda ketika membeli-belah untuk barangan keperluan rumah di pasar raya.
1. Merancang perbelanjaan dan sediakan senarai barang
Merancang perbelanjaan penting dalam usaha menjimatkan wang. Justeru, anda perlu menyediakan sediakan senarai berbelanja bagi membantu mengelakkan pembelian impuls yang mungkin meningkatkan kos.
Hanya membeli barangan yang tiada dalam simpanan bahan-bahan di rumah bagi mengikut senarai disediakan bagi mengelakkan berbelanja barang yang tidak perlu sekali gus dapat mengurangkan kos serta mengelak pembaziran.
Penyelidik menganggarkan, secara purata isi rumah membuang kira-kira 30 peratus makanan yang mereka beli.
Selain itu, disaran memasak di rumah terutama pada hari cuti bagi mengelak berbelanja makan di premis luar seperti restoran atau kafe yang lazimnya lebih mahal.
2. Teliti memilih produk makanan
Makan sayur-sayuran dan buah-buahan memang amat digalakkan untuk diet seimbang yang baik. Makanan itu mungkin kelihatan mahal, tetapi ada cara anda untuk menguruskan wang dan masih mendapat nutrisi yang diperlukan daripada produk itu.
Justeru, pilih buah-buahan dan sayur-sayuran yang dibekukan atau yang dikeringkan adalah antara cara untuk menjimatkan wang, tetapi anda masih boleh mendapatkan vitamin, mineral, serat dan antioksidan ke dalam diet anda.
Cari yang lebih rendah gula tambahan dan garam.
Selain itu, pastikan anda benar-benar makan apa yang dibeli. Jika sebelum ini membeli buah atau sayur lebih mahal, kini seharusnya beralih kepada yang lebih murah, namun hanya pastikan ia yang berkualiti.
Contohnya, gunakan bawang biasa sebagai pengganti bawang besar dalam resipi sup.
Anda juga boleh mencuba membekukan produk segar atau menambahkan apa sahaja ke dalam sup, nasi goreng atau telur.
3. Beli masa jualan murah
Sesetengah daripada kita sudah mahir menggunakan kupon dan melihat risalah jualan mingguan. Tetapi jika anda belum melakukannya, masih belum terlambat untuk memulakan.
Kebanyakan kedai runcit menawarkan diskaun di seluruh kedai. Gabungkan itu dengan kupon dan anda boleh menjimatkan wang.
Jika anda membeli secara dalam talian juga boleh lakukan perkara sama kerana ada barangan yang dipesan boleh menggunakan kupon ketika khidmat penghantaran atau belian barangan terbabit.
Jika terdapat kedai runcit yang anda sering kunjungi, pastikan anda mendaftar untuk mata ganjaran.
4. Periksa harga unit
Jika anda tidak tahu apa itu harga unit, anda patut tahu. Ia terletak di rak sebelah harga barang dan membolehkan anda membandingkan saiz dan jenama yang berbeza dengan lebih baik.
Contohnya, jika gemar makan bijirin, lebih baik membeli yang kotak besar, walaupun nampak lebih lebih mahal, tapi lebih murah dari segi kandungan beratnya berbanding yang kecil.
Harga unit menunjukkan kos berdasarkan berat, dan saiz yang lebih kecil akan lebih mahal.
Mengimbas harga unit juga boleh membantu anda membandingkan jenama berbeza yang mungkin menawarkan produk makanan mereka dalam bungkusan saiz yang berbeza dan mencari yang paling sesuai dengan bajet anda.
5. Fikir semula tentang protein anda
Makanan kaya protein seperti daging dan makanan laut mungkin lebih mahal. Terdapat cara untuk menjimatkan belanja dengan bijak tanpa menolak daging (jika anda tidak mahu).
Benar bahawa banyak protein berasaskan tumbuhan, seperti kacang dan tofu, lebih murah daripada daging.
Mencuba beberapa hidangan tanpa daging mungkin membantu anda menjimatkan wang.
Memilih daging yang lebih murah juga membantu. Memilih daging cincang atau paha ayam (berbanding dada) adalah cara untuk membantu mengurangkan kos lebih jimat.
Anda boleh mencampurkan hanya sedikit daging dengan sayur-sayuran dan bijirin ketika memasak, juga sebagai satu cara membantu menjimatkan kos perbelanjaan harian.
6. Lihat tarikh luputt
Periksa tarikh luput makanan dibeli untuk memastikan ia segar dan boleh menggunakan untuk tempoh lebih lama mengikut tarikhnya.
Tarikh luput boleh membantu anda memastikan yang masih boleh digunakan dan tidak membuang sewenang-wenangnya ketika mengemas rumah.
Mengambil inventori (pengurusan inventori yang betul untuk memastikan jumlah stok yang tepat tersedia), jadi mengingatkan anda untuk menggunakan atau memasaknya sebelum ia rosak.
7. Beli secara pukal
Membeli lebih banyak di pasar raya besar yang menawarkan tawaran hebat pada barang runcit.
Jika mempunyai anak ramai ia lebih menjimatkan kerana anda boleh membeli pada kadar barangan yang banyak atau secara pukal.
8. Tukar kedai anda
Ramai setia kepada sesuatu kedai runcit. . Sebenarnya boleh kunjungi kedai lain dan buat perbandingan harga kerana boleh membantu anda menjimatkan bil anda.
Jadi, lebih elok pergi beberapa kedai lain untuk membandingkan harga dan barangan lain yang hendak dibeli.
Ada kedai yang hanya mempunyai makanan tertentu dengan harga yang lebih murah.
-BH Online
No comments:
Post a Comment