Telekom Malaysia, bersama-sama dengan syarikat tele-perubatan Teleme hari ini telah merasmikan perkhidmatan e-Farmasi yang bukan sahaja akan memanfaatkan kedai-kedai farmasi berskala kecil dan sederhana, tetapi juga para pelanggan yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan ubat preskripsi mereka.
Didatangkan bersama pelan jalur lebar tetap Unifi Business dengan kelajuan 100Mbps
sehingga 2Gbps, dan dengan kerjasama platform tele-perubatan Teleme Technologies, penyelesaian ini menawarkan akses kepada lebih 500 profesional penjagaan kesihatan berlesen untuk telekonsultasi, e-preskripsi, Tandatangan Digital tersuai, bahan bacaan e-kesihatan, dan penyimpanan rekod perubatan pesakit.
Perkhidmatan ini boleh diakses melalui aplikasi Teleme yang boleh dimuat-turun di gudang aplikasi Google Play Store dan juga Apple App Store, dimana pengguna kemudiannya boleh digunakan untuk memasukkan permintaan untuk membeli ubat preskripsi daripada farmasi.
Untuk mereka yang memerlukan preskripsi ataupun surat doktor baru, aplikasi ini juga hadir dengan ciri tele-konsultasi dimana panggilan video boleh dilakukan dengan pesakit untuk mendapatkan preskripsi ubat baru. Pihak farmasi kemudiannya akan memasukkan permintaan tersebut, dan selepas mendapat pengesahan daripada pihak doktor ataupun klinik, ia kemudiannya boleh dijual kepada pesakit yang memerlukannya.
Penyelesaian ini bertujuan membantu ahli farmasi membekalkan ubat-ubatan penting dan
perkhidmatan farmaseutikal, terutamanya di kalangan masyarakat luar bandar dan yang sukar
mendapat perkhidmatan. Melalui e-preskripsi, komuniti ini akan mendapat akses yang lebih
lancar kepada ubat-ubatan dan menambah baik penjagaan kesihatan pesakit.
Untuk pihak farmasi, untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan e-Farmasi ini, mereka hanya perlu melanggan pelan internet jalur lebar Unifi Business 100Mbps sehingga 2Gbps dan mereka boleh bertanya dengan perunding Unifi Business untuk cara-cara bagaimana mendaftar untuk perkhidmatan ini.
Tawaran ini juga layak untuk memanfaatkan Geran Digital PMKS Madani (GDPM) Kerajaan, memastikan ahli farmasi daripada segmen perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) menerima sokongan yang mereka perlukan untuk menerima pendigitalan dan membolehkan sistem penjagaan kesihatan yang lebih inklusif untuk semua rakyat Malaysia.
Ciri-ciri utama perkhidmatan e-Farmasi Unifi Business termasuklah:
- Pemprosesan Preskripsi Diperkemas: Pesakit yang menerima e-preskripsi daripada telekonsultansi dengan ahli perubatan profesional berlesen, yang membolehkan ahli farmasi membekalkan ubat yang diperlukan kepada pesakit.
- Penambahbaikan Pengalaman: Pesakit mendapat manfaat daripada akses fleksibel kepada ubat-ubatan yang perlu dipreskripsi, yang membawa kepada pematuhan dan hasil kesihatan yang lebih baik, yang penting terutamanya dalam kalangan masyarakat yang sukar mendapat perkhidmatan atau di luar bandar.
- Penambahbaikan Pengurusan Ubat-ubatan: Aplikasi ini menawarkan pengurusan ubat yang baik, membolehkan ahli farmasi memantau inventori mereka dan menghantar peringatan kepada pesakit untuk membeli ubatan
- Pengurusan Pesakit Secara Selamat: Aplikasi ini mengutamakan privasi pesakit dan keselamatan data, memanfaatkan infrastruktur awan yang selamat.
- Berkelayakan untuk Geran Digital PMKS Madani (GDPM): Farmasi yang layak berhak menuntut rebat Geran sehingga 50% diskaun daripada harga pakej komersial Unifi Business selama 12 bulan.
No comments:
Post a Comment