Beberapa gambar Menteri tersebut menghantar makanan dari rumah ke rumah dengan basikal di sekitar bandar menjadi tular di media sosial dan rata-rata orang terkejut melihatnya bekerja sebagai penghantar makanan.
Dahulu beliau merupakan seorang menteri, kini bekerja sebagai penghantar makanan.
Lelaki yang dikenali sebagai Syed Ahmad Shah Saadat pernah mengetuai sebagai menteri komunikasi Dan Informasi di Afghanistan dan menjabat jawatan tersebut selama dua tahun sebelum mengundurkan diri akibat perselisihan faham.
Syed Ahmad Shah Saadat, yang juga pemegang dua ijazah sarjana dalam bidang komunikasi dan kejuruteraan elektronik dari Universiti Oxford, meninggalkan negaranya pada hujung tahun lepas kerana kebimbangan akan keselamatannya.
Beliau memilih untuk pergi ke Jerman untuk meneruskan kehidupannya.
Demi mencari nafkah, Syed Ahmad Shah bekerja sebagai penghantar pizza di Leipzig, Jerman. Beberapa gambar bekas pemimpin itu sedang menghantar makanan dari rumah ke rumah dengan menggunakan basikal di sekitar bandar telah menjadi viral di media sosial, dan ramai yang terkejut melihatnya bekerja sebagai penghantar makanan di Jerman.
Setelah berita tersebut menjadi viral, Syed Ahmad Shah mengesahkan kebenaran berita tersebut kepada Sky News Arabia. Wartawan di Jerman mendedahkan bahawa mereka telah bertemu dengan bekas menteri itu di jalanan dan berkongsi mengenai pertemuan mereka.
Dalam perbualan mereka, wartawan bertanya tentang pekerjaan Syed Ahmad Shah di Leipzig, dan beliau memberitahu bahawa kini bekerja dengan Lieferando, sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan di Jerman, yang serupa dengan GrabFood dan FoodPanda. Syed Ahmad Shah telah berada di Jerman sejak Disember 2020.
Beliau telah dilantik ke dalam kabinet menteri Afghanistan dan mengetuai jawatan sebagai menteri komunikasi dan Informasi dari tahun 2018 hingga 2020, sebelum kemudiannya berpindah ke Jerman.
Sebelum ini, beliau juga pernah menjadi pegawai penasihat kepada Kementerian Komunikasi dan Teknologi Informasi Afghanistan dari tahun 2005 hingga 2013.
-Info Rakyat
No comments:
Post a Comment