Boeing merupakan salah satu nama yang tidak asing lagi dalam penawaran kapal terbang pada hari ini.
Selain daripadanya, kini Boeing berkongsi menyasarkan untuk memasuki perniagaan kereta terbang di Asia menjelang tahun 2030 kelak.
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia, yang sering sesak dengan kenderaan.
Melalui penggunaan kereta terbang, ia akan membantu dalam bergerak dengan pantas untuk jarak perjalanan antarabandar yang pendek berbanding kapal terbang.
Boeing sedia mempunyai sebuah subsidiari yang memfokuskan pembangunan kereta terbang ini, dinamakan Wisk Aero.
Disamping Boeing, terdapat sejumlah syarikat lain yang turut memfokuskan kepada pembangunan kereta terbang.
Di Jepun sendiri, terdapat beberapa syarikat yang kini menyasarkan untuk menawarkan perkhidmatan kereta terbang menjelang tahun 2025 kelak.
No comments:
Post a Comment