Selain mengumumkan nama perkhidmatan robotaxi mereka sebagai Cybercab, Tesla juga mengesahkan mereka kini dalam proses membangunkan satu model baharu EV yang akan mula dijual pada tahun 2025.
Ia akan menggunakan platform baharu yang akan mengurangkan kos sekaligus menjadikan model baharu ini EV paling mampu milik pernah mereka hasilkan.
Sejak dari awal penubuhan syarikat, Tesla menjanjikan EV mampu milik pada harga sekitar $30,000 sebuah.
Kenderaan yang diuar-uarkan bakal menggunakan nama “Model 2” ini adalah lebih kecil, mempunyai jarak operasi lebih pendek dan tidak dilengkapi sistem lebih canggih yang wujud pada model lain yang ditawarkan Tesla.
Dengan jualan kenderaan mereka terjejas disebabkan oleh persaingan daripada syarikat seperti BYD dan Kia, model baharu ini diharap dapat mengubah nasib syarikat.
Turut disahkan Cybercab akan menggunakan platform yang sama dengan model baharu ini.
Besar kemungkinan model baharu akan dilancarkan pada penghujung tahun ini dan akan mula dijual pada penghujung 2025.
Langkah ini perlu diambil kerana pendapatan syarikat merosot lebih 50% pada suku lalu berbanding suku sama tahun lalu.
-amanz.my
No comments:
Post a Comment