Nama penuhnya ialah Tuan Guru Haji Abdul Somad Bin Ahmad dan beliau dilahirkan di Tumpat, Kelantan pada tahun 1866.
Mendapat pendidikan awal di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan juga di Kedah sebelum berangkat ke Mekah. Diantara gurunya di Mekah ialah Cher Pak Ya al-Ramani.
Setelah selesai menuntut ilmu, beliau pulang ke kampung halaman lalu membuka sebuah pondok pengajian di Kampung Geting, Tumpat.
Diantara anak muridnya ialah :
1. Tuan Guru Haji Daud Meranti
2. Tuan Guru Haji Yusuf Ibrahim Kedondong
3. Tuan Guru Haji Daud Geting
4. Tuan Guru Haji Che Wil Kubur Meranti Besar
5. Tuan Guru Haji Ali Pondok Meranti Kechik
6. Tuan Guru Haji Che Him Masjid Meranti
7. Tuan Guru Haji Pak Su Haji Yaakob Yunus Kedondong
Beliau terkenal sebagai seorang tok guru pondok yang alim dalam ilmu usuluddin serta menjadi rujukan masyarakat setempat.
Ayahanda kepada Tuan Guru Haji Muhammad Geting dan Tuan Guru Haji Abdullah Geting ini kembali ke Rahmatullah pada 29 Muharram 1360 bersamaan 25 Februari 1941 sewaktu berusia 75 tahun.
Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin
*Sumber - Buku Tokoh Ulamak Semenanjung Melayu Jilid 1
No comments:
Post a Comment