Pendedahan Latar Belakang Kristian Zionist Hannah Yeoh
— Jauhari Johar (@jauhari_johar) June 10, 2024
Isu nepotisme yang melibatkan wakil rakyat DAP, Hannah Yeoh dan suaminya baru-baru ini seolah-olah menjemput rakyat Malaysia untuk mengkaji latar belakang beliau.
Salah seorang yang tampil adalah saudara Firdaus Wong,… pic.twitter.com/KLmSPAmJq8
Isu nepotisme yang melibatkan wakil rakyat DAP, Hannah Yeoh dan suaminya baru-baru ini seolah-olah menjemput rakyat Malaysia untuk mengkaji latar belakang beliau.
Salah seorang yang tampil adalah saudara Firdaus Wong, beliau telah menaikkan satu posting yang mendedahkan bahawa paderi untuk gereja yang disertai Hannah Yeoh, iaitu Kingdomcity KL, adalah seorang Zionist Kristian.
Paderi yang bernama Mark Varughese itu, telah menaikkan satu posting yang terang-terang memberi sokongan kepada Israel. Ini jelas tidak selari dengan pendirian rasmi negara Malaysia.
Selain daripada itu, penelitian terhadap syarikat Asia Mobility milik suami Hannah Yeoh juga mendedahkan rakan kongsinya, Premesh Chandran, merupakan salah seorang pengasas kepada portal berita kontroversi MalaysiaKini.
MalaysiaKini ini adalah satu portal berita pro Pakatan Harapan yang banyak menaikkan artikel-artikel yang berunsur provokatif dan mengelirukan rakyat yang seakan mahu mengundang kepada perbalahan kaum.
Setelah penelitian yang lebih mendalam mengenai latar belakang Premesh di laman web 'Linked In', kita dapati beliau juga terlibat dengan organisasi yang bernama Open Society Foundations.
Open Society Foundations ini adalah satu organisasi yang diasaskan oleh seorang Yahudi Zionist bernama George Soros.
George Soros ini jugalah antara dalang utama yang mencetuskan krisis kewangan Malaysia pada tahun 1997 yang lalu.
Seiring dengan pendedahan ini, saya ingin menyeru kepada rakyat Malaysia untuk berwaspada dengan pergerakan Kristian Zionist di Malaysia ini dan juga mana-mana institusi yang mempunyai kaitan dengan mereka.
Jauhari Johar
9 Jun 2024
Sumber : X Jauhari Johar
Pendedahan Latar Belakang Kristian Zionist Hannah Yeoh
— Jauhari Johar (@jauhari_johar) June 10, 2024
Isu nepotisme yang melibatkan wakil rakyat DAP, Hannah Yeoh dan suaminya baru-baru ini seolah-olah menjemput rakyat Malaysia untuk mengkaji latar belakang beliau.
Salah seorang yang tampil adalah saudara Firdaus Wong,… pic.twitter.com/KLmSPAmJq8
No comments:
Post a Comment