Paris: Amerika Syarikat (AS) mengungguli pungutan pingat di Olimpik Paris dengan 40 emas, mengatasi China dengan kelebihan kutipan 44 pingat perak.
China, satu-satunya negara yang berjaya mengungguli kutipan pingat selain AS ketika di Beijing 2008, turut mengumpul 40 emas tetapi hanya 27 perak untuk berada di tangga kedua.
Pasukan bola keranjang wanita AS memastikan emas terakhir negara itu di Olimpik Paris dengan menewaskan tuan rumah, Perancis.
AS turut memenangi pingat terbanyak di Paris dengan 126 berbanding 91 oleh China.
Perancis memenangi 16 emas untuk berada di tangga kelima dan keseluruhan 64 pingat - catatan terbaik mereka sejak lebih seabad lalu.
Dengan berakhirnya sukan, perhatian beralih kepada Olimpik seterusnya di Los Angeles dalam empat tahun akan datang.
-myMetro
No comments:
Post a Comment