Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir seluruh negara terus meningkat kepada 85,625 orang, setakat 2 petang ini.
Berdasarkan maklumat dikemaskini dalam portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semua mangsa itu daripada 26,301 kekuarga kini ditempatkan di 528 pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan di sembilan negeri terjejas bencana itu.
Jumlah mangsa di Kelantan terus meningkat kepada 64,173 orang membabitkan 19,946 keluarga dari 10 daerah terjejas masih berlindung di 234 PPS.
Terengganu juga mencatatkan peningkatan 16,584 mangsa daripada 4,857 keluarga yang terjejas di lapan daerah dan kini ditempatkan di 231 PPS di negeri itu.
Pada masa sama, sebanyak 37 PPS dibuka di Kedah bagi menempatkan 2,694 mangsa daripada 912 keluarga yang terjejas di lima daerah.
Negeri Sembilan merekodkan 1,358 mangsa daripada 359 keluarga berlindung di 14 PPS manakala Perlis pula mencatatkan 415 mangsa daripada 123 keluarga dari tiga daerah terjejas yang kini ditempatkan di empat PPS.
Selain itu, 312 orang daripads 77 keluarga masih kekal ditempatkan di dua PPS di Selangor manakala 48 orang daripada 17 keluarga di Perak berlindung di dua PPS negeri itu.
Melaka pula, negeri terbaharu yang terjejas banjir hari ini membuka dua PPS bagi menempatkan 41 orang daripada 10 keluarga.
Sementara itu, jumlah sebenar mangsa terjejas Johor pula masih belum direkodkan setakat ini, namun dua PPS di Tangkak sudah dibuka sejak tengah hari tadi.
-myMetro
No comments:
Post a Comment