Sebelum aku menjawab persoalan tersebut, mari kita belajar tentang maksud 'Laporan Indeks Video' atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai "Video Indexing Report".
Apa itu Laporan Indeks Video?
Laporan Indeks Video (Video Indexing Report) ini memberikan maklumat tentang berapa banyak halaman di blog yang mempunyai video yang boleh muncul dalam hasil carian Google. Ia membantu korang untuk memahami sejauh mana kandungan video dapat dilihat.
Halaman yang Diindeks (Indexed Pages)
Halaman yang diindeks merujuk kepada berapa banyak pos atau halaman blog yang telah diindeks oleh Google dan mengandungi sekurang-kurangnya satu video. Sekiranya korang telah menambah video dalam posting laporan ini akan menunjukkan halaman mana yang diakui oleh Google.
Video yang Boleh Diindeks (Videos that Could be Indexed)
Tidak semua video di halaman yang diindeks akan muncul dalam hasil carian. Jika sebuah video memenuhi kriteria ia lebih berkemungkinan untuk layak diindeks dan mempunyai peluang yang lebih baik untuk muncul dalam hasil carian apabila orang mencari kandungan yang berkaitan. Untuk sebuah video diindeks, ia perlu menjadi fokus utama halaman atau sangat relevan dengan kandungan bertulis.
Mengapa Ini Penting Memahami Laporan Indeks Video?
Mengetahui berapa banyak halaman dengan video yang diindeks dapat membantu korang menilai prestasi kandungan video korang dalam enjin carian.
Bilangan Halaman yang Diindeks Tinggi
Ini bermaksud bahawa banyak pos atau halaman blog korang telah diakui dan diindeks oleh enjin carian. Ini adalah tanda baik kerana ia menunjukkan bahawa kandungan bertulis sedang di-crawl dan disimpan dalam hasil carian.
Lebih Sedikit Video yang Boleh Diindeks
Bahagian ini bermaksud bahawa, walaupun blog korang mempunyai banyak halaman yang diindeks, hanya sebilangan kecil video yang layak diindeks. Ini boleh berlaku jika video tidak menjadi fokus utama halaman atau jika video tersebut tidak memberikan nilai yang substansial berhubung dengan teks.
Lakukan Pengoptimuman
Sekiranya korang mendapati banyak video tidak layak untuk diindeks, ini adalah peluang baik untuk menyemak semula dan memperbetulkan halaman-halaman tersebut. Caranya adalah dengan memperbaiki kandungan teks posting avideo, menambah keterangan yang lebih baik, atau memastikan video tersebut relevan dengan topik utama halaman.
Video yang diindeks mempunyai potensi untuk muncul dalam hasil carian Google, yang dapat meningkatkan keterlihatan blog dan menarik lebih banyak trafik. Semakin banyak video yang diindeks, semakin baik peluang blog untuk menarik pembaca yang mencari kandungan video berkaitan dengan topik.
Apakah yang dimaksudkan dengan "Why videos in pages aren't indexed" di Google Search Console?
Video Bukan Fokus Utama
Apabila korang membuat pos blog atau halaman yang termasuk video, ini tidak bermakna video adalah tarikan utama. Sebaliknya, teks (seperti kandungan bertulis) adalah poin penting dalam artikel blog. Video itu hanyalah sebagai medium untuk menyokong atau meningkatkan mesej yang disampaikan melalui penulisan.
Contoh Jenis Kandungan:
- Blogpost: Sebagai contoh korang menulis artikel tentang "Tips berkebun." Jika korang menyertakan video yang menunjukkan teknik penanaman, video itu ada untuk melengkapkan tips.Namun kandungan artikel itulah yang dibaca oleh pembaca.
- Halaman Produk: Sebagai contoh, korang mempamerkan produk kamera di halaman blog. Di halaman tersebut korang mungkin menyertakan video ulasan atau tutorial. Video itu memberikan maklumat tambahan tetapi bukanlah sebab utama seseorang mengunjungi halaman itu.
- Halaman Kategori Video: Jika blog korang mempunyai halaman khas yang menyenaraikan pelbagai video (seperti koleksi tutorial memasak), setiap video adalah sama penting, dan tiada satu pun yang menonjol sebagai fokus utama halaman keseluruhan.
Hanya halaman di mana video adalah kandungan utama yang akan layak untuk diindeks oleh enjin carian, yang bermaksud mereka boleh muncul dalam hasil carian. Jika video hanya bersifat tambahan, enjin carian mungkin tidak memberi keutamaan kepada halaman itu dalam proses pengindeksan mereka.
No comments:
Post a Comment