“𝙆𝙚𝙣𝙖𝙥𝙖 𝙃 𝙎𝙚𝙩𝙪𝙟𝙪 𝘿𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 21 𝙎𝙮𝙖𝙧𝙖𝙩 𝙍𝙖𝙣𝙘𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙏𝙧𝙪𝙢𝙥?“
Esok dijangka menjadi titik perubahan besar dalam sejarah G apabila rundingan damai antara Isewel dan P yang diwakili H akan berlangsung di Arish, Mesir.
Persiapan sedang giat dilakukan dengan penglibatan terus mediator antarabangsa, termasuk Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat yang diwakili Jared Kushner serta Steve Witkoff.
Menurut laporan Channel 12 dan 14 Israel, pasukan delegasi Isewel sudah diarahkan bersedia untuk berlepas, lengkap dengan draf senarai tawanan Palestin yang akan dibebaskan dalam fasa awal rundingan ini.
Apa yang mengejutkan dunia ialah kenyataan rasmi H yang mengesahkan penerimaan sebahagian daripada 21 Rancangan Damai Presiden Donald Trump.
Dalam respons rasmi yang dikongsikan sendiri oleh Trump di media sosial, H menyatakan kesediaan mereka untuk melaksanakan beberapa perkara utama seperti pembebasan dan pertukaran tawanan, penghentian perang serta-merta, kemasukan segera bantuan kemanusiaan, penarikan keluar IDF dari G serta penyerahan pentadbiran G kepada sebuah kerajaan teknokrat sementara yang disokong negara Arab dan Islam.
H menekankan bahawa keutamaan kini adalah menyelamatkan nyawa rakyat G daripada kebuluran dan penderitaan akibat perang, sementara isu-isu lain yang lebih kompleks seperti status negara P dan penubuhan angkatan tentera baru akan dibincangkan kemudian.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memberikan reaksi berhati-hati.
Beliau menegaskan bahawa Malaysia tidak menyokong keseluruhan 21 Rancangan Damai Trump kerana terdapat beberapa bahagian yang jelas berat sebelah.
Namun, Malaysia akur bahawa keutamaan mutlak sekarang adalah untuk menghentikan pertumpahan darah dan memastikan bantuan kemanusiaan masuk segera.
Di pihak Isewel pula, Setanyahu dikatakan terkejut dengan kesediaan H menerima sebahagian daripada rancangan ini.
Baginya, kenyataan H sebenarnya adalah satu penolakan kerana masih banyak perkara yang perlu dirundingkan.
Namun, Presiden Trump segera mengarahkan IDF menghentikan serangan dan Ketua Turus IDF Leftenan Jeneral Eyal Zamir turut mengesahkan semua operasi ketenteraan di Semenanjung G kini diturunkan ke tahap paling minimum.
Laporan Radio Tentera Israel pagi tadi menyebut bahawa serangan terakhir IDF berlaku sekitar jam 9 pagi waktu Malaysia sebelum gencatan sepenuhnya dikuatkuasakan.
Bagi rakyat G, keputusan H ini adalah satu nafas lega. Mereka sudah terlalu lama lapar, kehilangan rumah dan berdepan kematian akibat kekurangan air serta ubat-ubatan.
Prinsip Maqasid Syariah jelas yang perlindungan nyawa mesti diutamakan. Sebab itu, walaupun ada kelemahan dalam perjanjian Trump, H memilih jalan realistik dengan hentikan perang dulu, masukkan bantuan segera, isu lain bincang kemudian.
Dalam masa yang sama, Misi Freedom Flotilla Coalition + Thousands Madleen tetap akan diteruskan. Dijangka tiba ke G dalam tempoh 24 jam akan datang, misi ini membawa ratusan lagi aktivis dan bantuan kemanusiaan sebagai kesinambungan kepada usaha memecahkan sekatan.
Dari Malaysia, sembilan wakil termasuk Dr Fauziah Mohd Hasan, Prof. Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali, Dr Noorhasyimah Ismail, Prof. Dr Mohd Afandi Salleh, Syafik Shukri Abdul Jalil dari Astro Awani, Dr Hafiz Sulaiman, Dr Maziah Mohamad, Dr Lili Syakira Mohd Suhaimi, dan Norsham Abu Bakar sudah berada dalam gelombang ketiga misi flotilla itu.
Jika rundingan ini berjalan lancar, perang Gaza yang sudah menghancurkan puluhan ribu nyawa akhirnya mungkin benar-benar tamat.
Dunia kini menunggu sama ada Isewel akan patuh dengan fasa pertama gencatan senjata yang dipersetujui. Dan yang paling penting, rakyat G akhirnya boleh menarik nafas lega, walaupun perjuangan sebenar untuk menubuhkan negara P yang berdaulat masih jauh dari selesai.
Oleh: Azizul Farhan
No comments:
Post a Comment