"Bagaimana Bukit Golan Jatuh ke Tangan Isbiol: Pengkhianatan Seorang Pengintip!"
MasyaAllah, kisah kejatuhan Bukit Golan ialah peringatan pahit tentang bagaimana tipu daya boleh menundukkan sebuah bangsa tanpa perlu sebutir peluru pun.
Bukit strategik milik Syria itu jatuh ke tangan Isbiol hasil pengkhianatan seorang perisik yang menyamar sebagai sahabat. Di sebalik wajah mesra dan dermawan, dia membawa maklumat yang membuka jalan kepada penjajahan yang masih kekal hingga kini.
Nama lelaki itu ialah Eli Cohen, seorang perisik Mossad kelahiran Iskandariah, Mesir. Pada awal 1960-an, dia direkrut oleh agensi perisikan Isbiol untuk menyusup masuk ke Syria di bawah identiti palsu bernama Kamel Amin Thabet, kononnya seorang ahli perniagaan kaya yang baru pulang dari Argentina. Dengan imej yang meyakinkan dan jaringan sosial yang luas, Cohen berjaya menembusi lapisan elit politik dan ketenteraan Syria.
Dia bukan sekadar mengumpul maklumat secara rahsia tetapi melakukannya dengan penuh strategi sosial. Cohen sering menganjurkan jamuan mewah dan menghadiri majlis rasmi bagi mendekati pegawai kanan tentera. Dari situ, dia mendapat akses kepada pelan pertahanan, lokasi kubu dan kedudukan meriam yang menghadap wilayah utara Isbiol. Setiap maklumat dihantar ke Tololviv melalui pemancar radio yang dipasang di rumah sewanya di Damsyik.
Salah satu kisah paling terkenal ialah ketika Cohen melawat Bukit Golan atas alasan meninjau peluang pelaburan. Dalam kunjungan itu, dia dilaporkan mencadangkan supaya pokok ditanam di sekitar kedudukan meriam bagi memberi teduhan kepada askar Syria. Cadangan itu nampak seperti niat baik, tetapi kemudian pokok-pokok tersebut dilaporkan dijadikan penanda sasaran bagi pesawat pejuang Isbiol semasa perang.
Maklumat yang dihantarnya menjadikan Isbiol mempunyai kelebihan besar apabila Perang Enam Hari tercetus pada tahun 1967. Tentera mereka sudah tahu dengan tepat di mana kubu, parit dan jalan masuk tentera Syria di Bukit Golan. Dalam tempoh tidak sampai dua hari, kawasan yang menjadi benteng pertahanan Syria itu jatuh sepenuhnya ke tangan penjajah.
Bukit Golan bukan sekadar wilayah biasa. Kawasan tinggi itu memberi kelebihan strategik kepada sesiapa yang menguasainya. Dari puncak Golan, Isbiol dapat memantau hampir seluruh wilayah utara Syria dan Lembah Jordan. Kawasan ini juga kaya dengan sumber air yang membekalkan hampir satu pertiga bekalan air bersih ke wilayah Isbiol hari ini.
Namun akhirnya, kisah Cohen berakhir dengan penangkapan. Pada Januari 1965, pihak keselamatan Syria mengesan isyarat radio asing yang dikesan dari kawasan kediamannya. Cohen ditangkap ketika sedang menghantar maklumat rahsia ke Tololviv. Selepas disoal siasat dan dibicarakan, dia dijatuhkan hukuman mati dan digantung di Damsyik pada 18 Mei 1965 di hadapan ribuan orang awam.
Walaupun nyawanya berakhir di tali gantung, maklumat yang ditinggalkan sudah cukup untuk mengubah peta Timur Tengah. Dua tahun selepas kematiannya, Perang Enam Hari meletus dan Bukit Golan jatuh ke tangan Isbiol. Sejak itu, wilayah itu kekal di bawah penjajah manakala ribuan rakyat Syria diusir dari tanah mereka sendiri.
PBB telah menolak penguasaan itu dan menganggap Bukit Golan sebagai wilayah Syria yang diduduki secara haram. Namun pada tahun 2019, Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Trump mengiktiraf Golan sebagai sebahagian daripada Isbiol dimana ianya satu tindakan yang menentang undang-undang antarabangsa dan menambah luka kepada dunia Arab.
Dari sudut geopolitik, peristiwa ini membuktikan bahawa kemenangan moden tidak lagi bergantung sepenuhnya pada senjata. Ia bergantung pada risikan, manipulasi dan permainan diplomasi. Mossad menggunakan strategi yang memadukan kecerdikan manusia dan kelemahan sosial untuk memerangkap musuh dari dalam. Cohen tidak menawan Golan dengan kekerasan tetapi dengan kepercayaan yang dikhianati.
Sejarah ini menjadi pengajaran besar buat dunia Islam. Kejatuhan Bukit Golan tidak hanya berpunca daripada kekuatan musuh, tetapi juga kelalaian umat sendiri. Musuh tidak selalu datang dengan senjata di tangan, kadang-kadang mereka datang dengan senyuman, pakaian kemas dan janji kerjasama ekonomi. Itulah bentuk penjajahan yang paling berbahaya, halus, tersusun dan berselindung di sebalik nama keamanan.
Bukit Golan hari ini menjadi simbol kehilangan yang masih belum ditebus. Syria masih menuntut kedaulatannya tetapi kuasa besar dunia menutup telinga dan mata. Kawasan itu kini dipenuhi penempatan haram dan pangkalan tentera, manakala bendera Syria hanya tinggal dalam sejarah.
MasyaAllah, kisah ini mengingatkan bahawa penjajahan tidak pernah berakhir dengan perjanjian. Ia hanya berubah wajah. Apa yang dilakukan Cohen hanyalah sebahagian kecil daripada rancangan besar untuk menundukkan dunia Islam melalui pengaruh, maklumat dan diplomasi.
Dunia Islam mesti belajar daripada peristiwa ini. Kelemahan bukan sekadar pada senjata tetapi pada kurangnya perpaduan dan kecerdasan strategik. Selagi umat Islam terus berpecah, musuh akan terus menyusup melalui politik, ekonomi dan propaganda.
Subhanallah, semoga kisah Bukit Golan menjadi peringatan bahawa pengkhianatan dari dalam lebih berbahaya daripada serangan dari luar. Allah telah berfirman dalam Surah Ali-Imran ayat 120: “Jika kamu bersabar dan bertakwa, tipu daya mereka sedikit pun tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu.”
Kita perlu sedar bahawa kekuatan sejati umat Islam tidak terletak pada senjata, tetapi pada kesatuan, ilmu dan kebergantungan kepada Allah. Sejarah ini bukan sekadar tentang masa lalu, tetapi cermin kepada masa depan yang perlu dijaga agar tragedi Bukit Golan tidak berulang lagi.
Kredit: Mazlan Syafie
---
Buku Mossad di Hujung Jari membongkar bagaimana agensi perisikan paling berpengaruh di dunia menundukkan musuh melalui maklumat, propaganda dan manipulasi psikologi. Ia menyingkap strategi licik yang pernah mengubah sejarah Timur Tengah serta taktik halus yang masih digunakan hingga kini. Fahami cara mereka mengawal dunia melalui naratif dan minda manusia: https://s.shopee.com.my/8zwN7GhfSK










No comments:
Post a Comment