TANPA SEURAT BENANG DALAM GEBOR
Di Johor Bahru, Penguatkuasa JAINJ membuat satu tangkapan di sebuah bilik hotel jam 2.00 pagi.
Pintu dibuka oleh seorang wanita selepas diketuk selama 7 minit.
Cahaya bilik terang dan penguatkuasa memperkenalkan diri dan menunjukkan kad kuasa tanpa mengeluarkan lampu suluh yang dibeli di Shoope.
Penguatkuasa bertanya wanita ini sama ada seorang atau berdua di dalam bilik itu.
Wanita ni terkejut bagai nak gugur jantung kerana yang datang itu adalah tetamu tak dijangka seramai 6 orang. Pada mulanya wanita ini tak dapat menjawab soalan itu seolah-olah lekat biji buah duku Kesang kat tekak dia.
Wanita itu memakai baju t-shirt berseluar panjang dan menutup rambut dengan tuala.
Penguatkuasa terus masuk dan di atas katil, ditemui seseorang sedang baring dan berselimut hingga ke atas. Dulu masa kecil-kecil, nenek marah selimut macam tu sebab nenek kata macam selimut orang mati.
Kemudian wanita itu menjawab, itu adalah teman lelaki dia. Lelaki yang baring itu membuka sedikit selimut di bahagian kepala dan mendapati dia berlenggeng tidak pakai baju.
Penguatkuasa minta dia bangun tetapi dia tetap tidak mahu bangun.
Di dalam almari terdapat seluar, baju dan seluar dalam lelaki. Dia akhirnya mengaku tidak berpakaian dan meminta diberikan tuala.
Penguatkuasa wanita diminta keluar dari bilik semasa lelaki itu bangun kerana bimbang terlihat sesuatu yang amat-amat dahsyat yang boleh menjejaskan kesihatan mental.
Lelaki ini umur 20-an, masih bujang, bekerja dengan gaji duit dollar dan hari tersebut dia cuti. Wanita pula umur 20-an, tidak bekerja dan atas kertas masih anak dara.
Mereka adalah berendut dah lama dan ada rancangan nak berkahwin tapi masalahnya dia orang dah lunyai dulu sebelum dihalalkan oleh Tok Kadi.
"Sebelum diijabkabulkan,
Syariat tetap membataskan.
Pelajari ilmu rumahtangga.
Agar kita lebih bersedia.
Menuju hari yang bahgiaa.
Kau tahu ku merinduimu.
Ku tahu kau menyintaiku oh kasih.
Bersabarlah sayang,
Saat indah kan menjelma jua"
Lelaki tinggal menyewa bilik di Johor Bahru manakala wanita tinggal dengan ibubapa. Hari itu wanita beritahu keluarga yang dia berjalan ke rumah kawan wanita tapi rupanya merancang satu adegan senak dan seram di bilik hotel pula.
Mereka dibawa ke balai polis oleh penguatkuasa untuk dibuat laporan polis. Seterusnya proses jaminan ahli keluarga atau ditahan di dalam lokap.
Pasangan ini akan dituduh di mahkamah syariah di bawah seksyen 24 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor iaitu persediaan melakukan zina yang boleh membawa hukuman denda sehingga 3 ribu ringgit atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali
Penguatkuasa JAINJ
No comments:
Post a Comment