KENYATAAN MEDIA
ISU ART, PAS PERTIMBANG TINDAKAN UNDANG-UNDANG DAN GERAKAN RAKYAT
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memantau dengan dekat dan serius perkembangan berkaitan The Malaysia-US Agreement on Reciprocal Trade (ART) yang kini mendapat tentangan meluas daripada pelbagai pihak, termasuk cendekiawan, ahli akademik dan pakar undang-undang.
PAS tidak menolak kemungkinan untuk mempertimbangkan beberapa langkah bagi memastikan tindakan menggadaikan kedaulatan negara melalui perjanjian ini dapat dihentikan, antaranya ialah:
1. Menggerakkan tindakan memfailkan semakan kehakiman (judicial review);
2. Mengadakan forum menghimpunkan tenaga profesional dan ahli akademik bagi membongkar implikasi perjanjian tersebut; dan
3. Menggerakkan Himpunan Mega “Turun Anwar 2.0” sebagai suara rakyat mempertahankan kedaulatan negara.
PAS menyeru seluruh rakyat Malaysia agar kekal peka dan bersama mempertahankan maruah serta kedaulatan negara daripada sebarang bentuk penjajahan ekonomi baharu yang terselindung di sebalik nama “perdagangan dan digitalisasi”.
“KEMBALI KEPADA PENYELESAIAN ISLAM”
AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Bertarikh: 6 November 2025










No comments:
Post a Comment