“Nashi Lemark Sherdap.”
Inilah peluang emas untuk Menteri KDN membuktikan bahawa dia tidak berbohong di Parlimen dan bahawa FIFA yang menipu - bukan Malaysia berkenaan perkara sepenting Perlembagaan, kewarganegaraan serta maruah dan integriti negara kita.
Pada Oktober lalu, Menteri KDN beritahu Parlimen bahawa dia telah menggunakan kuasa menteri untuk memberi kewarganegaraan kepada tujuh pemain warisan kerana mereka memenuhi semua syarat, termasuk kefahaman Bahasa Melayu.
Dia siap kata penguasaan BM mereka “mencukupi”, bahawa bila kita cakap, mereka faham.
Tetapi dalam keputusan bertulis yang dikeluarkan FIFA baru-baru ini, tujuh pemain itu sendiri mengaku mereka langsung tidak faham Bahasa Melayu.
Pada Mac 2024, menteri ini pernah siarkan video dia menguji BM warga emas - tanya soalan mudah seperti “kamu duduk di mana?” dan “kamu suka makan apa?” sebelum meluluskan kewarganegaraan.
Jadi kini terbukalah peluang terbaik untuk Menteri KDN menebus maruah dirinya dan maruah negara - dengan membuktikan bahawa dia bercakap benar dalam parlimen dan ianya FIFA yang berbohong.
Caranya mudah dan murah: buat siaran langsung, Zoom atau apa saja podcast online, bersama tujuh pemain warisan itu - tak kira mereka berada di mana - cukup ada telefon dan internet.
Menteri boleh tanya dalam BM, pemain jawab dalam BM, dan seluruh dunia boleh saksikan secara live bagaimana FIFA kononnya telah memfitnah Malaysia.
Tapi siaran ini mesti dibuat segera. Kalau lambat, nanti orang tuduh kerajaan bagi masa untuk pemain-pemain itu belajar BM dulu.
Jadi tunggu apa lagi, wahai menteri?










No comments:
Post a Comment