WAHAI MENTERI MADANI, ADAKAH SEMUA YANG MEMBANTAH PERJANJIAN ART TIDAK MEMBACA?
Baru ni Menteri Digital "sekolahkan" YB Ahmad Fadhli Shaari bila dia tanya soalan pasal Perjanjian Perdagangan Malaysia-Amerika (ART).
YB Fadhli Shaari tanya perkara berkaitan dengan Kementerian Digital yang ada dalam ART. Tapi Menteri melenting dan tak jawab pun soalan. Dia kata YB Fadhli tak baca perjanjian tu.
Eh dia tanya tu maksudnya dia bacalah. Kalau tak baca, macamana dia boleh jumpa mengenai Artikel 3.3 dan 3.4 tu?
Satu lagi bukan YB Fadhli Shaari jer yang persoal mengenai ART ni. Setakat aku baca hanya Kerajaan Madani dan Walanon je yang sokong.
Selebihnya, rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang dan juga masyarakat dunia semuanya pertikai ART ni.
Adakah semua orang yang pertikai ni boleh dilabel sebagai "TAK BACA"? Bolehkah Menteri "SEKOLAHKAN" mereka semua?
Apalah sikap Kerajaan Madani dan Menteri macam ni. Memalukan!!!
Senarai mereka yang respon mengenai ART ni;
(1) Tan Sri Azhar Azizan Harun (bekas Pengerusi SPR/bekas YDP Dewan Rakyat) berkata ART adalah “ancaman jelas terhadap kebebasan ekonomi Malaysia” dan “Perjanjian ini terang-terangan menggugat kedaulatan kita!”
(2) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar (penasihat Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia) sebut bahawa ART menyentuh teras perlembagaan dan hak bangsa, “akan memberi kesan kepada hak istimewa orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak sebagaimana yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.”
(3) Prof. Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose (Presiden Majlis Profesor Negara) kata bahawa walaupun istilah “timbal-balik” digunakan, perjanjian ini menunjukkan komitmen Malaysia yang tidak seimbang, Malaysia dipaksa membeli barangan AS, manakala AS tidak beri akses setara kepada Malaysia.
(4) Prof. Tan Sri Noor Azlan Ghazali (Pengarah Institut Pembangunan & Kemajuan Inklusif Malaysia) menyifatkan ART sebagai sangat berat sebelah, “I view this pact as very monopsony-like… less reciprocal, as there’s more giving by Malaysia than the other party.”
(5) Dr Muhammed A. Khalid pula tulis bahawa ART bukan sahaja bertentangan dengan dasar luar negara yang tidak berkecuali, malah adalah satu “penyerahan besar autonomi dasar negara kita demi konsesi yang sangat minimal… jelas, perjanjian ini menggadai kedaulatan pada harga yang sangat murah.”
(6) Tan Sri Dr Rais Yatim (bekas Menteri, bekas YDP Dewan Negara) kata perjanjian ini “malapetaka diplomatik terbesar buat Malaysia”, “Fasal 5.1 ART merosakkan sentraliti ASEAN… kedaulatan negara kita cair.”
(7) Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong kata: “Artikel 5.1 menyebut Malaysia perlu ikut sekatan atau tarif AS… Maka kita terpaksa tanya: Mengapa … Kita tak boleh?”
(8.) Hassan Abdul Karim (Ahli Parlimen PKR) kata: “Ini pengkhianatan ekonomi… penggadaian negara kita… ini memalukan.”
(9) Datuk Seri Rafizi Ramli (bekas Menteri PKR) mengakui perjanjian Malaysia–AS lebih lemah berbanding dengan perjanjian Kemboja–AS, kerana Kemboja secara jelas nyatakan “apa-apa dasar tak boleh langgar kedaulatan Kemboja” manakala kita tidak ada.
(10) THE GUARDIAN (UK) kata perjanjian itu sebagai “tidak seimbang” dan berisiko terhadap kedaulatan Malaysia. Laporan ini menekankan klausa yang boleh menyebabkan Malaysia terpaksa ikut sekatan dan kawalan eksport AS terhadap negara lain (seperti China atau Rusia).
(11) THE BUSINESS TIMES (SINGAPORE) kata perjanjian ini boleh membolehkan AS mengembalikan tarif lama atau menekan Malaysia supaya ikut dasar AS. Ia turut memetik pandangan bahawa Malaysia seolah-olah “ditolak” ke arah kepentingan Washington.
(12) AL JAZEERA (QATAR) kata lawatan Trump ke Asia meninggalkan soalan besar tentang arah perdagangan Asia Tenggara, dengan Malaysia mendapat sedikit kelonggaran tarif tetapi masih tidak jelas apa balasan yang AS mahukan dan berapa lama kelebihan itu akan kekal.
(13) REUTERS (INTERNATIONAL) kata perjanjian ini sebagai sebahagian daripada strategi tarif besar AS, menunjukkan bahawa Malaysia berunding di bawah tekanan dan menimbulkan kebimbangan tentang halangan bukan tarif serta konsesi kedaulatan
(14) FINANCIAL TIMES (UK) kata Malaysia akan berada di bawah vassal state Amerika Syarikat atau negara di bawah telunjuk US. Perjanjian ART ini lahir daripada tekanan tarif, bukan kerjasama perdagangan sebenar.
(15) ELINA NOR (Senior Fellow di Carnegie Endowment for International Peace) beliau menyatakan bahawa perjanjian itu adalah “amat berat sebelah”, malah mengingatkan Malaysia perlu lebih berhati-hati supaya tidak secara tidak sedar terseret ke dalam sekatan dan kawalan eksport negara lain atas nama perjanjian.
(16) CHUNG CHINYI penulis kertas analisis “Sovereignty, Sanctions, and Strategic Alignment: An Analysis of the Malaysia-US Trade Pact (2025)” yang mengkritik bahawa perjanjian itu secara berpotensi mengorbankan kedaulatan Malaysia dan memaksa penyesuaian dasar luar negara ke arah Washington.
Salam Hormat,
Ir. Ts. Dr. Nurul Islam Mohamed Yusoff
Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi
Lajnah Penerangan PAS Pusat










No comments:
Post a Comment