Jarak antara Makkah dan Madinah adalah kira-kira 450 km.Bermaknanya, jika anda memandu dengan kelajuan berterusan 80 km sejam, anda akan tiba dalam anggaran 5 jam.
Bayangkanlah wahai orang yang beriman, bahawa Rasulullah ﷺ telah menempuh separuh daripada jarak ini dengan menunggang unta dan separuh lagi berjalan kaki, selama lapan hari, bersama Abū Bakr aṣ-Ṣiddīq رضي الله عنه, dalam panas terik pada siang hari dan kesejukan yang mencengkam pada malam hari.
Nabi ﷺ memikul barang-barang dan bebanan yang bahkan gunung-gunung tidak mampu menanggungnya, setelah Baginda meninggalkan rumahnya dalam keadaan tergesa-gesa di bawah lindungan malam, berhijrah demi agamanya daripada kaum Quraisy yang telah bertekad untuk membunuh Baginda ﷺ.
Mengapa semua kepayahan, keletihan, dan penderitaan ini?
Semua ini adalah agar agama ini dapat ditegakkan, agar alam semesta disinari dengan cahaya kebenaran, menghalau kegelapan kejahilan dan jahiliah, serta supaya orang-orang beriman dapat hidup dalam cahaya iman.
Demi engkau wahai Rasulullah, jiwa dan keluargaku menjadi tebusan untukmu.
Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad ﷺ. 🤲
Itulah sebab kami suka syorkan naik bas untuk jemaah yang pertama kali mengerjakan Umrah, walaupun tidak dapat menyamai suasana dan perasaan berhijrah seperti Rasulullah, tapi jemaah berkesempatan melihat diluar tingkap dan boleh bayangkan keadaannya.
credit: posting group fb










No comments:
Post a Comment