Wakil Rakyat PAS Parlimen Pasir Mas Hulu Dibunuh
1. Samad Gul seorang pemidato yang hebat…
2. Personaliti menarik (hensem).
3. Keluar dari Pejabat Pas Kelantan pada 3 Julai 1967 jam 12.15 malam.
4. Menghadiri perjumpaan sempena Maulud Nabi SAW.
5. Berjalan menuju ke keretanya.
6. Ditetak dari belakang di bahagian telinga hingga ke leher menggunakan kapak kecil.
7. Ketika sedang kesakitan berhampiran keretanya, seorang anggota polis berbangsa cina melihatnya.
8. Anggota polis menghampirinya dan bertanya khabar.
9. Anggota polis itu membawanya ke hospital.
10. Pendarahan yang banyak hingga menyebabkan kecederaaan otak.
11. Samad Gul meninggal dunia jam 6.00 pagi di hospital.
12. Walaupun ada suspek ditangkap dan dibicarakan tetapi tidak boleh disabitkan kerana cerita hanya berbentuk spekulasi.
13. Sehingga ke hari ini belum ada tertangkapnya suspek yang membunuh Samad.
14. Samad meninggal dunia ketika berusia 32 tahun dan meninggalkan lima orang anak.
15. Al Fatihah untuk Allahyarham Samad Gul.
16. Itulah secebis kisah perjuangan pendahulu.
17. YB-YB zaman hari ini turun pejabat atau turun kereta, pegawai ramai kiri kanan iring berjalan.
18. Zaman dulu, orang kaya apabila jadi YB ada yang sampai jadi miskin tau….
19. Zaman sekarang orang berebut hendak jadi YB sampai lobi melobi dan lebih teruk, siap guna bomoh lagi.










No comments:
Post a Comment