OLEH: Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi
Pada siang Ramadan, suami wajib menahan nafsu kemaluan daripada bersetubuh dengan isteri sendiri, dan berdasarkan hukuman bagi yang melakukannya sehingga berpuasa dua bulan berturut-turut, larangan ini sangat kuat. Dan meskipun seluruh tubuh isteri halal untuk dilihat dan dipegang, namun suami tetap dilarang daripada menyetubuhi mereka melalui dubur.
Dalam masalah menjilat atau menghisap kemaluan pasangan – yang dimusykilkan ramai tetapi malu untuk bertanya – pula, ramai ulama termasuk ulama-ulama Salafฤซ mengharamkan dengan alasan utamanya, kenajisan mazi. Mazi najis mengikut jumhur (sebahagian mengatakan ijmak, tetapi sebenarnya tidak), dan pendapat ini sangat kuat berdasarkan hadis dan athar. Apabila najis, ertinya haram ditelan, dan perbuatan menjilat dan menghisap melazimkan tertelan.
Seandainya mazi ketika bersetubuh dianggap najis yang dimaafkan kerana sukar dielak atau ‘umลซm al-balwฤ pun, masalahnya menelan mazi kerana menjilat dan menghisap boleh dielakkan. Sebahagian ulama, termasuklah Syeikh al-Albฤnฤซ dan Wahbah al-Zuแธฅaylฤซ, mengemukakan alasan lain untuk menghalang, iaitu perbuatan ini bercanggah dengan adab, menyerupai haiwan, atau luar tabii, namun semua ini tidak sekuat ‘illah kenajisan mazi tadi.
Sebahagian ulama pula membenarkan. Terdapat nas daripada fuqaha mutaqaddimฤซn yang mengharuskan suami menghisap faraj isteri, namun tidak disinggung pula berkenaan mazi. Syeikh ‘Alฤซ Jum‘ah mengatakan hukumnya mubah bahkan mendakwanya “dilakukan oleh majoriti salaf soleh.”
Syeikh al-Qaraแธฤwฤซ pula mengatakan “dan fuqaha mengharuskan isteri mencium kemaluan suami dan sekiranya suami mencium kemaluan isteri pun, ini tidak ada masalah. Jika yang dikehendaki daripadanya adalah inzฤl (keluar mani), perkara ini mungkin ada unsur makruh, dan saya tidak mampu mengharamkan kerana tidak ada dalil yang mengharamkan secara qaแนญ‘ฤซ.”
Sambungnya lagi, “ini bukan tempat kotor seperti dubur dan tidak ada nas khusus mengenainya. Ia cuma sesuatu yang dianggap jijik oleh manusia. Sekiranya manusia menikmati melalui mulut maka itu perbuatan yang tidak elok. Kita tidak mampu mengharamkannya terutamanya apabila ia dilakukan dengan reda dan nafsu isteri.”
Saya bertawaqquf dalam masalah ini dan mencadangkan bagi yang berminat supaya melakukan dengan lapik. Wallahualam.










No comments:
Post a Comment