Sementara syarikat seperti YouTube dan Netflix masih tidak menawarkan aplikasi khusus untuk Apple Vision Pro, pihak TikTok mengambil peluang ini dan memperkenalkan aplikasi rasmi mereka secara rasminya untuk set kepala terbaru Apple berkenaan.
Dengan penawaran aplikasi TikTok ini, pengguna boleh menonton pelbagai kandungan di TikTok menggunakan Apple Vision Pro, disamping menawarkan antaramuka yang khusus untuk membaca komen atau berinteraksi.
Penawaran ini sekaligus memudahkan pengguna Apple Vision Pro terus menggunakan set kepala berkenaan dalam menikmati kandungan TikTok – dan untuk TikTok sendiri menerima peluang awal dalam mendapatkan lebih ramai pengguna menggunakan platform mereka rentas jenis peranti.
Untuk makluman, Apple Vision Pro buat masa ini ditawarkan terhad di Amerika Syarikat sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah akan ditawarkan di luar negara tersebut. Di Amerika Syarikat, ia dijual pada harga bermula sekitar RM18,000 setiap satu.
-amanz.my
No comments:
Post a Comment