PUTRAJAYA: Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak akan disalurkan pada 23 Februari ini.
Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan bulanan bersama warga Kementerian Kewangan di sini, hari ini.
"Turut disalurkan sebanyak RM1,000 kepada semua jawatan utama sektor awam membabitkan polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.
"Bayaran insentif RM1,000 turut disalurkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen," katanya.
Anwar berkata, bayaran Insentif Awal ini akan dibayar sekali gus bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal.
Pada pembentangan Belanjawan 2024 tahun lalu, kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah.
Bayaran insentif awal itu turut diberikan kepada penjawat awam lantikan kontrak.
Malah, kerajaan bersetuju memberikan RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata serta seluruh anggota beruniform.
-BH Online
No comments:
Post a Comment