KUALA SELANGOR – Bekas Menteri UMNO, Tan Sri Noh Omar menyelar Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi apabila secara terbuka mahu masuk mana-mana jika dipecat Bersatu.
Beliau berkata, sekalipun Zulkafperi dipecat Bersatu akibat tindakannya yang menyokong kepimpinan Perdana Menteri Ke-10, namun Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor itu masih terikat dengan Akta Lompat Parti 2022.
“Dia yang bodoh, dia tak faham ker Akta Lompat Parti? Itu sebab orang bodoh tak tahu bercakap, (tetapi) nak bercakap pasal peraturan.
“Itu yang bodoh, eh kalau kau dah bebas sekali pun, bila kau masuk mana-mana parti, kau sudah dianggap lompat parti,” katanya pada sidang media khas di pejabatnya di Pasir Penambang hari ini.
Semalam, MalaysiaGazette melaporkan Zulkafperi mendakwa sekiranya dipecat Bersatu, beliau bebas untuk menyertai mana-mana parti, dipercayai ia merujuk kepada komponen Kerajaan Perpaduan.
Ia susulan tindakan Bersatu dijangka meminda Perlembagaannya pada 2 Mac ini dan bakal menentukan nasib enam ahli Parlimennya yang bertindak menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Noh juga berkata, meskipun mana-mana individu bertanding atas tiket bebas, namun dia masih terikat dengan Akta Lompat Parti 2022.
“Kena ingat Akta Lompat Parti ini, kalau dia tanding calon bebas, dia menang calon bebas, dia masuk parti, itu pun tak boleh, itu pun kena kosongkan kerusi kalau lompat parti.
“Tambahlah macam dia, katalah dia dipecat, memang dia jadi calon bebas, kalau dia kata boleh masuk mana-mana (parti).
“Itu dia tak faham, kalau dia umum masuk mana-mana parti, kerusi Tanjong Karang kosong,” katanya.
Katanya lagi, sekiranya Bersatu mahu memecat beliau, parti itu boleh berbuat demikian kepada lima ahli Parlimen yang lebih awal menyokong Kerajaan Madani.
“Kalau Bersatu ini tak tahu undang-undang, (sudah lama) dia pecat lima orang yang awal itu, tapi dia tak ada pecat.
“Diorang tahu bila pecat, dia tidak kosong kerusi, atau calon bebas,” katanya.
Sementara itu, Noh tidak menolak kemungkinan nasib Zulkafperi tidak sebaik seperti lima ahli Parlimen Bersatu yang lain kerana akuan bersumpah.
“Saya dapat maklum bahawa yang lima orang yang asal ini dia belum tandatangan akuan sumpah.
“Tapi ahli Parlimen Tanjong Karang ini saya dimaklumkan sebelum dia isytihar Kerajaan Madani, dia ada tandatangan akuan bersumpah,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
No comments:
Post a Comment