Utama » , , , , , » 16 kesalahan syariah dalam enakmen Kelantan batal, tak sah: Mahkamah Persekutuan

16 kesalahan syariah dalam enakmen Kelantan batal, tak sah: Mahkamah Persekutuan

 

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, adalah terbatal dan tidak sah.

Panel lapan hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas membenarkan petisyen dikemukakan seorang peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman.

Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid hadir di mahkamah bagi mendengar keputusan cabar undang-undang syariah di Mahkamah Putrajaya. - Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah
Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid hadir di mahkamah bagi mendengar keputusan cabar undang-undang syariah di Mahkamah Putrajaya. - Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah

Tengku Maimun dalam penghakiman panel berkata, mahkamah membenarkan petisyen itu kerana DUN membuat undang-undang yang ia tidak mempunyai kuasa untuk membuatnya.

Bagaimanapun panel memutuskan dua lagi peruntukan kesalahan adalah sah.

Keputusan berkenaan dicapai melalui penghakiman majoriti 8-1 di mana Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli, membuat keputusan berbeza.

Kedua-dua pempetisyen memohon Mahkamah Persekutuan membatalkan 18 kesalahan syariah dalam enakmen Kelantan atas alasan Dewan Undangan Negeri (DUN) terbabit bertindak melangkaui bidang kuasanya.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli.

Turut menganggotai panel sama, Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri P Nalini, Datuk Mary Lim Thiam Suan, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais.

Nik Elin dan anaknya selaku pempetisyen diwakili peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar manakala Kerajaan Negeri Kelantan dinamakan selaku responden tunggal, diwakili peguam Datuk Kamaruzaman Muhammad Arif.

Berikut adalah senarai enakmen yang batal

16 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 yang diisytiharkan Mahkamah Persekutuan sebagai batal dan tidak sah

Seksyen 11: Memusnahkan atau mencemarkan tempat ibadat

Seksyen 14: Liwat

Seksyen 16: Persetubuhan dengan mayat

Seksyen 17: Hubungan seksual dengan bukan manusia

Seksyen 31: Gangguan seksual

Seksyen 34: Memiliki dokumen palsu, memberikan keterangan, maklumat atau kenyataan palsu

Seksyen 36: Apa-apa yang memabukkan

Bahagian 39: Mengurangkan skala, ukuran dan berat

Seksyen 40: Melaksanakan transaksi yang bertentangan dengan 'hukum syarak' (undang-undang syariah)

Seksyen 41: Melaksanakan urus niaga melalui riba

Seksyen 42: Penyalahgunaan label dan konotasi halal

Seksyen 43: Menawarkan atau menyediakan perkhidmatan maksiat

Seksyen 44: Tindakan persediaan menawarkan atau menyediakan perkhidmatan maksiat

Seksyen 45: Perbuatan maksiat sebagai persediaan

Seksyen 47: Perbuatan sumbang mahram

Seksyen 48: Muncikari (lelaki berpakaian wanita atau sebaliknya, bertentangan dengan hukum syarak)

Yang diisytiharkan sah

Seksyen 13: Menjual atau memberikan anak kepada bukan Islam atau Muslim yang tercela dari segi moral

Seksyen 30: Perkataan yang boleh memecahkan keamanan

Petisyen dakwa enakmen langkau bidang kuasa DUN Kelantan

Pada 22 Mei 2022, peguam terbabit Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman memohon Mahkamah Persekutuan membatalkan 18 kesalahan syariah dalam enakmen Kelantan atas alasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bertindak melangkaui bidang kuasa.

Mereka juga memohon mahkamah mengisytiharkan DUN Kelantan tidak mempunyai kuasa membuat enakmen berkaitan kesalahan jenayah syariah yang terpakai kepada orang Islam saja.

Petisyen yang penuh kontroversi berkenaan sebelum ini mendapat perhatian banyak pihak terutama bantahan daripada badan bukan kerajaan (NGO) Islam.

Pada awal November tahun lalu, 300 NGO Islam menyerahkan memorandum diterima wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) di Parlimen, yang mendesak pindaan Perlembagaan segera bagi mengelak peruntukan jenayah syariah di negara ini dicabar atau lebih buruk lagi berisiko dibatalkan.

Mereka juga menggesa kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyelesaikan kemelut didakwa tekanan terhadap bidang kuasa DUN dalam menggubal peruntukan berkait dengan kesalahan jenayah syariah bagi orang Islam.

Jadual Kesembilan Perlembagaan kuasa buat undang-undang

Tengku Maimun berkata, melalui Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan menggariskan perkara-yang Parlimen boleh membuat undang-undang dan perkara yang Badan Perundangan Negeri boleh membuat undang-undang.

Kuasa perundangan Persekutuan dan Negeri ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan di dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri, dan Parlimen mahu pun Badan Perundangan Negeri tidak boleh membuat undang-undang melangkaui senarai masing-masing.

Prinsip undang-undang adalah mantap

Berhubung 18 peruntukan yang dicabar, Tengku Maimun berkata, prinsip undang-undang adalah mantap bahawa untuk menentukan sama ada undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Badan Perundangan Negeri adalah sah dan termasuk dalam batasan kuasa perundangan masing-masing, ujian yang terpakai adalah inti pati peruntukan tersebut.

Menurut Tengku Maimun, jika dari segi inti patinya, peruntukan dibuat Badan Perundangan Negeri itu adalah perkara yang termasuk di dalam Senarai Persekutuan, maka Badan Perundangan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang berkenaan.

Beliau berkata, ujiannya bukanlah dengan membandingkan peruntukan yang dicabar itu dengan peruntukan sedia ada dalam undang-undang Persekutuan untuk menentukan sama ada terdapat ciri-ciri perbezaan pada kedua-duanya

16 enakmen dibatal kerana hanya Parlimen ada kuasa

Selepas meneliti hujahan, mahkamah memutuskan Seksyen 13 dan Seksyen 30 adalah sah kerana ia berkenaan perkara yang Badan Perundangan Negeri Kelantan mempunyai kuasa untuk membuatnya, manakala seksyen lain yang dicabar adalah tidak sah kerana intipati peruntukan itu berhubung perkara di bawah Senarai Persekutuan yang mana hanya Parlimen mempunyai kuasa untuk membuatnya.

Seksyen 13 adalah berhubung kesalahan menjual atau memberikan anak kepada bukan Islam atau Muslim yang tercela dari segi moral manakala Seksyen 30 membabitkan perkataan yang boleh memecahkan keamanan.

"Intipati seksyen 13 adalah berkenaan penjagaan dan untuk mengawal pengembangan doktrin dan kepercayaan dalam kalangan orang yang menganut agama Islam, yang termasuk di bawah Butiran 1 Senarai Negeri.

"Ia juga berkaitan dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa negeri-negeri boleh membuat undang-undang bagi tujuan mengawal atau menyekat pengembangan doktrin atau kepercayaan agama dalam kalangan orang yang menganut agama Islam.

"Demikian juga inti pati seksyen 30 adalah untuk mengawal atau menyekat pengembangan doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganut agama Islam, bukannya untuk semata-mata memecah keamanan.

"Justeru, kami membenarkan permohonan pempetisyen untuk suatu deklarasi bahawa seksyen 11, 14, 16, 17, 31, 34, 36, 37(1)(b), 39, 40, 41, 42, 43, 44, 45, 47 dan 48 Enakmen 2019 adalah batal dan tidak sah atas alasan Badan Perundangan Negeri Kelantan membuat undang-undang berkenaan hal perkara yang ia tidak mempunyai kuasa untuk membuatnya," katanya.

Tengku Maimun berkata, selaras Seksyen 83 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, mahkamah tidak membuat sebarang perintah mengenai kos.

-BH Online

Share:

No comments:

Post a Comment

Posting Popular

Carian Blog

Powered by Blogger.

Labels

1 Syawal 1MDB 3R 7E A & W Abdullah Hj Jaafar Abu Ubaida Adun Gurun Aeronautik AES Agama Islam Agamawan Agenda Politik Agihan Keuntungan Ahli Akademik Ahli Parlimen Ahli Perniagaan Ahli Politik Ahli Sukan Ahmad Terrirudin Salleh AHTV AI AI Generatif Aidil Adha Aidilfitri AIM AISHM Ajaran Sesat AJL Akad Nikah Akaun Fleksibel Akaun Ke-3 Akta Hasutan Akta Lompat Parti Aktivis Aktivis Politik Al Fatihah Al Imam Al Quran Al-Aqsa Alam Haiwan Alam Laut Alhamdulillah Allhuakbar Alternatif Aman Palestin Amanah Amanat Tersirat Amaran Amazon Ambalat Amerika syarikat Amirudin Shari AMLA Anak Bulan Anak Derhaka Anak Istimewa Anak Perempuan Anak Syurga Anak Yatim Analisis Ancaman Bom Android Angeline Tan Angkat Sumpah Antarabangsa Antonio Guterres Anugerah Anugerah Oscar Anugerah Sukan APDP APK Aplikasi APM APMM Apple Applikasi Apungan Harga Arab Saudi Arafah Artis Antarabangsa Artis Cerai Artis Duda Artis Janda Artis Kahwin Artis Nasyid Artis Tempatan Artis Veteran ASB Aset ASN Astro Awani Asyairah ATM Audit Audit Negara Aurat Wanita Awas Axia Ayahanda Azmin Ali B40 Baby Shima Baddrol Bakhtiar Badminton Bahan Larangan Bahan Sejarah Bahanapi Bahasa Melayu Bajet 2023 Bajet 2024 Baling Banduan Banglo Bangunan Runtuh Banjir Bank Bantahan Bantuan Bantuan Banjir Bantuan Kemanusiaan Bantuan Khas Barangan Impot Barisan Kabinet Barjoyai Bardai Basikal Bateri Bayaran Insentif Bayaran Pencen Bayi Bazar Ramadhan BDB Bebas Pertuduhan BEC Bekalan Elektrik Beku Akaun Belanjawan Belanjawan 2024 Belasungkawa Bencana Alam Benjamin Netanyahu Beras Beras Impot Beras Madani Beras Seludup Beras Tempatan Berita Palsu Berlian BERNAS Berpantang Maut Sebelum Ajal Berpencen Bersatu BERSIH Beta Bil elektrik Bilal Bilionaire Billionaire Binaan Haram Bintang Bolasepak Bisnes Bisnes Online BJAK Blackpink Blackwing Blog Bloggging BN BNM Boeing Boikot Bolasepak Bom Bomba Bonus Boss James BossKu Box Office Brazil Briged Al Qassam Buahan Tempatan Bubur Lambuk Buka Minda Bukan Islam Buku Bulan Islam Bulan Rejab Bumiputera Bundle Bung Moktar Bunuh Diri Bursa Malaysia C4 Center CAAM Cabul Cabutan Bertuah Calon Calon Bebas Caprice Casio Cauvinis Cegah Maksiat CelcomDigi Ceramah Agama Cerita Rakyat Ceritera Cermin Mata Pintar Chatbox ChatGPT CheGuBard China Cina Muslim Claim Codi Cafe Coldplay Content Covid19 Cristiano Ronaldo Critiano Ronaldo CUEPACS Cukai Jalan Cukai Jualan Cukai Perkhidmatan Curang Cuti Sekolah Cuti Tambahan Cybercab Daftar Pemilih Dajal Dakwah Dalam Negara DanaBantu DAP Dapat Anak Dari Seberang Darjah Kebesaran Dasar Ekonomi Baru Dato Onn Jaafar Datuk Dr Adnan Mat Datuk Jamal Abdillah Datuk K Datuk Mahfuz Omar Datuk Mohd Nassuruddin Daud Datuk Rosyam Nor Datuk Seri Ayob Khan Datuk Seri Suhaily Mohd Zain Datuk Yusry Abd Halim Daulat Tuanku DBKL DCT DEB Deepavali Demokrasi Berparlimen Demonstrasi Denda Desas-Desus Dewan Negara Dewan Rakyat Diabetes Dialisis Diana Danielle Didie Alias Diesel Dilema Wanita Dilepas Tanpa Dibebaskan Diskriminasi Dividen DJ Radio DNAA Doa Dokumen Palsu Dominic Lau Donald Trump Dos Penggalak Dr Akamal Saleh DR Zaliha Mustafa Dr.MAZA Drama DRB-HICOM DS Ahmad Maslan DS Ahmad Samsuri DS Azlan Man DS Dr Ahmad Samsuri DS Dr Dzulkefly Ahmad DS Hamzah Zainudin DS Ismail Sabri DS Mohamad Sabu DS Najib DS Sanusi DS Siti Nurhaliza DS Takiyuddin Hassan DS Wan Azizah DSAI DSNR DSSK DSZH DUN Jitra DUN Kelantan DUN Perlis DUN Sabah DUN Selangor DUN Terengganu Durian Duta Bertaraf Menteri e_Farmasi E-Motor Ebit Lew Ego EIA Ekonomi Ekonomi Digital Ekopelancongan El Nino Elon Musk eMADANI Emel Enot EPL Era IT Erling Haaland Etherscan EV eWallet Exco Perak Exco Perlis Facebook Faekah Husi Fahmi Fadzil Faisal Halim FAM FAQ Faraq Nikah Farid Kamil Femomena Alam Fenomena Alam FIFA Filem Animasi Filem Baru Final Fiqh Fitnah FOMCA Food Delivery Foodpanda Forbes Forest City Forum Perdana Francais Free Palestine G-Shock Gabenor BNM Gadjet Gaji Game Online Gamuda Land Garmin GASIS Gaza Geely Gempa Bumi Gen Z Gencatan Senjata GERAKAN GIATMARA GLC GLIC Gmail Google Google Adsense Google Pay Gosip Artis Grab GRO GRS Gula Gunung Marapi Hadis Haiwan Liar Hajarul Aswad Hak Asasi HAKAM Halalan Tayyiba Hamas Hamba Allah Hani Fadzil Hannah Yeoh Harga Ayam Harga Emas Harga Kayangan Harga Kereta Harga Makanan Harga Rumah Harga Syiling Hari Guru Hari Kebangsaan Hari Kekasih Hari Pahlawan Hari Raya Hari Wilayah Harimau Belang Harimau Malaya Haruan Makan Anak Harumamis Hattan Hawa Rizwana Redzuan Hiburan Hidupan Liar Himpunan Aman Himpunan RXZ Hina Agama Hina Allah Hina Islam Hina Melayu Hina Negara Permohonan Maaf Hishamuddin Rais Hotel Hotel St Regis HotFM Houthi Yaman Huawei Hubungan Songsang Hubungan Sulit Hukum Hakam Hukum Islam Hukuman Husnul Khotimah Ibadah Ibadah Haji Ibu Bapa ICJ Icon ICU ID Digital ID Khas Identiti Idola Ifa Kazar IJN Ikan Buntal IKUT Imam Imbuhan Ina Naim Indeks PMI Indonesia Inflasi Influencer Info Auto Info Herba Info IT Info Kesihatan Info Rumahtangga Info Sihat INSAN Insentif Insp Sheila Inspirasi Instagram Institusi Kehakiman Insuran Integriti Internet iOS iPhone IPTS IPU Ira Kazar Irfan Khairi IS Isham Jalil Islam Liberal Islamophobia Ismail Haniyeh ispace Israel Istana Negara Istilah Isu Agama Isu Akidah Isu Beras Isu Gaji Isu Judi Isu Kerakyatan Isu Minyak Isu Panas Isu Pencen Isu Rasuah Isu REE Isu Sekolah Cina Isu Semasa Isu SMG Isu Telur Isytihar Harta J-Kom Jabatan Alam Sekitar Jackpot JAIPk JAIPs JAIS Jakel JAKIM Jalur Gemilang Jalur Lebar Jam Mewah Jana Wibawa Janji Politik Janna Nick Jawatan Kosong JDT Jemaah Haji Jemaah Menteri Jenama Makanan Jenayah Jepun Jerebu JHEAIPP Jho Low JIM Jimat Belanja JIPS JKDM JobStreet Jocelyn Chia Joe Biden Johan As'ari Johor Jordan JPJ JPN JSJK JSPT Juadah Berbuka Jual Beli Jualan Murah Jualan Terbuka Jualan Tiket JUPEM Jurgen Klinsmann Jurucakap Juruhebah Jurulatih Jutawan Segera K-Pop Kad Debit Kad Kahwin Digital Kad Kredit Kafir Kajian Kajiselidik Kak KM Kakitangan Awam Kalimah Allah Kamal Adli Kanak-Kanak Kanun Keseksaan Kapal Selam KASA Kawalan Harga Kazar KDA FC KDN KDNK Keajaiban Kebakaran Kebebasan Bersuara Kedah Kedaulatan Negara Kedutaan AS Kehakiman Kejar Rating Kejujuran Kekayaan Kekejaman Kekeluargaan Kekuasaan Allah Kelantan Kelantan FC Kelayakan Piala Asia Kelayakan Piala Dunia Keldai Akaun Kelebihan Bulan Islam Keluar Parti Keluar Pati Keluar Sekejap Keluarga Keluarga Besar Kemalangan Kemalangan Maut Kemalangan Udara Kemasyarakatan Kematian Kembara Kenali Borneo Kemelut Politik Kementerian Digital Kementerian Kewangan Kementerian Komunikasi Kementerian Pengangkutan Kemerdekaan Kemewahan Kemiskinan Kempen Pilihanraya Kempen Politik Kemudahan Rakyat Kenaikan Cukai Kenaikan Harga Kenali Rasul Kenali Tokoh Kenangan Kenderaan Bermotor Kenduri Kenyataan Palsu Keperluan Asas Keputusan Keracunan Makanan Kerajaan Kerajaan Kedah Kerajaan Kelantan Kerajaan Madani Kerajaan Malaysia Kerajaan Melaka Kerajaan Perlis Kerajaan Perpaduan Kerajaan PN Kerajaan Pulau Pinang Kerajaan Sabah Kerajaan Selangor Kerajaan Terengganu Kereta Baharu Kereta Elektrik Kereta Mewah Kereta Terbang Kerja Luar Negara Kes Buli Kes Bunuh Kes Nik Elin Kesehatan & Perubatan Keselamatan Kesihatan & Perubatan Ketagihan Ketam Keterangan Saksi Ketua Hakim Negara Ketua Pembangkang Ketua Polis Negara Kewartawanan Khairul Aming Khalwat KHTP Kim Pan-gon Kim Pang Gon Kisah Benar Kisah Cinta Kisah Dan Teladan Kisah Rumahtangga KJ KK Mart KKD KKDW KKM KKR KLCC KM Melaka KM Pulau Pinang KM Sabah Koleksi Doa Koleksi Resepi Kolumnis Komentar Komputer Komputer Riba Konflik Hamas Zionis Konflik Israel Palestin Kongsi Gelap Konsert Kontinjen Malaysia Kontrak Kontroversi Korea Selatan Korum Kos Haji Kos Sara Hidup Kosmetik Koyak KP Kesihatan KP Perak KP Selangor KP SPRM KP UMNO KPDN KPM KPN KPT KRC Kreatif Krisis Beras Krisis Makanan Krismas Kristian Kritik Kritikan Kronisme Kronologi Ku Li Kuasa Allah Kufur Kulim Hi Tech Kupasan KWSP KXP Lagenda Lagenda Bolasepak LailatulQadar Langgar Syarat Langkah Dubai Langkawi Lantikan Baru Lantikan Politik Lantikan Secara kontrak Laporan Laporan Polis Laqporan Lato-Lato Laut Lawatan Rasmi LCS Lebuhraya Lelongan Lembaga Pengampunan Lenovo Letak Jawatan Levi's LGBTQ LGE LHDN Liga Europa Liga Juara-Juara Liga M Liga Malaysia Liga Perdana Inggeris Liga Super Liku-Liku Kehidupan LIMA LIMA'23 LKAN Loghat Logo Lokman Noor Adam Lompat Parti LPF LPT Luar Negara M40 MA63 Macam-Macam Madad Madanifobia Madinah MAE Maghribi Mahkamah Mahkamah Majistret Mahkamah Persekutuan Mahkamah Pilihan Raya Mahkamah Rayuan Mahkamah Rendah Syariah Mahkamah Sesyen Mahkamah Sivil Mahkamah Syariah Mahkamah Tinggi Mahkamaha Majistret MAIS Majikan Mak Cik Kemboja Mak Nyah Makanan Laut Makkah Maksiat Malaysia Malaysia Madani Malaysian Malaysia MalaysiaNow Manchester City Manchester United Mangsa Mangsa Banjir Mangsa Nahas Manifesto Mantan KPN Mantan Pengarah Kesihatan Mantan Perdana Menteri Maraton Mas Idayu Masa Dan Waktu Masalah Air Masalah Air Masalah Kesihatan Masalah Sosial Masjid Mat Rempit Matawang Mawi Maybank MB Kedah MB Kelantan MB N.Sembilan MB Perlis MB Selangor MB Terengganu MBI Selangor MCA Media Media Online Media Sosial Mee Segera Mekah Melaka Melayu Memeluk Islam Menara Ilham Meninggal Dunia Menteri Menteri Agama Menteri Ekonomi Menteri JPM Menteri KBS Menteri KDN Menteri Kesihatan Menteri Kewangan Menteri KKD Menteri KPDN Menteri KPKT Menteri MITI Menteri Pendidikan Menteri PKM Menu Rahmah Mercu Tanda Mesir Messenger Meta AI MetMalaysia MFL Mi Segera MIC Michelle Yeoh Microsoft Mikrocip Minda Presiden PAS Mindef Mini Dhaka Minyak Diesel Minyak Masak Misi Angkasa Misi Rakyat Misteri MK K-Clique MKT UMNO MN MOF Mohamad Sabu Mohamed Salah Mohd Shukri Ramli Mohd Zaman Goh Mohon Maaf MoT Motivasi Motosikal MoU MPC MPM Mr H MTUC Muafakat Nasional Muallaf MUDA Mufti Kedah Mufti P.Pinang Mufti Perlis Mufti Pulau Pinang MUI Munafik Murid Sekolah Murtadha Dakwah Centre Musim Perayaan MyHSR MyKad MySejahtera MySJ Nabi Adam AS Nabi Ayub AS Nabi Daud AS Nabi Harun AS Nabi Hud AS Nabi Ibrahim AS Nabi Idris AS Nabi Ilyas AS Nabi Ilyasa' Nabi Isa Al Masih Nabi Ishaq AS Nabi Ismail AS Nabi Lut AS Nabi Muhammad SAW Nabi Musa AS Nabi Nuh AS Nabi Saleh AS Nabi Sulaiman AS Nabi Syu'aib AS Nabi Ya'akub AS Nabi Yahya AS Nabi Yunus AS Nabi Yusuf AS Nabi Zakaria AS Nabi Zulkifli AS Nabil Ahmad Nadhir Nasa Nadia Brian Nadir Al Nuri Nafsu Serakah Nahas Elmina Nahas Helikopter Nahas Udara Naimi Daini Narkotik NASA Nasihat Doktor Neelofa Negara Arab Negara Islam Negara Sekular Negarawan Nepotisme Netflix Netizen NGO Nilai Matawang Niqab Nisa Ai Non Muslim Norman Hakim Nostalgia NPRA Nurul Izzah NVIDIA OIC Omicron XBB On Negaraku Online Oppo OPR Orang Awam Orang Hilang Orang Islam Orang Kafir Orang Kaya P.Ramasamy PAC PADU Pajakan P.Pinang Pakaian Isteri Rasulullah Pakar Ekonomi Pakar Perubatan Pakatan Harapan Pakej Umrah Paku Dulang Paku Serpih Palestin Pamalsuan Dokumen Pameran Pertahanan Pandora Papers Panduan Panglima Perang Parlimen Marang Parti Melayu Parti Politik PAS Pasaraya Pasca PRN Pasukan Perubatan PATI Patriotik PAU Pawagam PBB PBT PDRM Pecah Amanah Pecah Panggung Pegawai Masjid Pegawai Polis Peguam Peguam Negara Pejuang Melayu Pekerja Asing Pekerja IT Pelabur Asing Pelaburan Pelaburan Palsu Pelajar Pelajar Sekolah Pelajar Tahfiz Pelancongan Pelanduk Dua Serupa Pelantikan Pelik Tapi Benar Pelupusan Sampah Pemakaian Muslimah Pemandu Bas Pemansuhan Pembaca Berita Pembangkang Pembangunan Pembekuan Akaun Pembela Tanah Air Pemborong Pembubaran Pembunuhan Pemecatan Pempengaruh Penafian Penagih Dadah Penahanan Penang FC Pencarum Penceramah Bebas Pencerobohan Pendaftaran Pendakwa Raya Pendakwah Pendakwah Selebriti Pendapat Pendedahan Penderaan Pendidikan Pendidikan Agama Pengacara Pengadil Pengalaman Pengamal Media Pengamal Undang-Undang Pengampunan Penganalisis Penganalisis Ekonomi Penganalisis Politik Pengaruh Pengasas Pengebumian Pengeluaran Pengganas Penghantar Makanan Penghormatan Terakhir Pengisytiharan Pengkid Penguatkuasa Pengumuman Pengundi Pengundi Hantu Pengusaha Makanan Penilaian Penipuan Penjawat Awam Penjelasan Penjenamaan Penutupan Penyakit Berjangkit Penyakit Buah Pinggang Penyakit Kronik Penyata Akaun Penyatuan Ummah Penyelewengan Penyelidik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Peperangan Perancis Peratusan Perbankan Online Perbicaraan Percuma Perdana Menteri Pergaduhan PERHILITAN Perhimpunan Aman Perikaian Perikatan Nasional Perisian Perkahwinan Perkara 153 Perkataan Perkataan Kafir Perkauman Perkhidmatan Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlis Perlis Baharu Perlu Bantuan Permainan Permohonan Maaf Permotoran Perniagaan Perodua Persempadanan Kawasan Pilihanraya Persidangan Pertandingan Pertuduhan Perubatan Perubatan Tradisional Perumahan Peruntukan Kewangan Pesawat Pesawat MAS Pesawat Ringan Pesta Seks PETA Petisyen Pilihanraya Petrol Petronas Petua PGA PH PH-BN Phone Scam Piala AFF Piala Asia Piala Malaysia Pilih Bulu Pilihanraya PBT Pinjaman Pinjaman Bank Pink WhatsApp PJSJ PKIBM PKR Plat Fancy PLUS PM PM Israel PMX PN PNB Podcast Poligami Polis Politik Politik Wang Popular Portal Poster Boy PPM PPS Prakazel "Pras" Michel PrayForGaza Premis Judi Presiden AS Presiden Cuepacs Presiden MUDA Presiden UMNO Prestasi Prihatin PRK Jepak PRK Kemaman PRK Pelangai PRK Pulai PRK Simpang Jeram PRN Kedah PRN Kelantan PRN N.Sembilan PRN Pulau Pinang PRN Selangor PRN Terengganu PRN15 Pro-Bono Program Reliti Project Kuiper Projek PSI Proklamasi Promediatajdid Promosi Propaganda Protes Proton PRU 15 PSAP PTI PTPTN PU Syed Puasa Pulau Batu Putih Pulau Perhentian Pulau Pinang Pusat Servis PUSPAKOM Putera Mhakota Saudi Puteri Sarah PUTRA PUTRI Qatar Qiddiya Rafah Rafizi Ramli Raja Berperlembagaan Raja Pop Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia Ramadan Ramadhan Ramalan Ramalan Cuaca Ranking FIFA Rantau Panjang Rare Rasis Rasuah Raya RCI Realiti Kehidupan Realme REE Reformasi Rejim Zionis Rekod Rekod Dunia Guinness Remaja Remy Ishak Rencana Repot Polis Restoran Restoran Mamak Restoran Nasi Kandar Pelita RETVec Rezeki RFID Riba Ribut Rider Rider Delivery Ringgit RM To USD RMK-12 Roda Kehidupan Rokok Seludup Rombakan Kabinet Rona Kehidupan Ronaldinho Ronnie Liu RoS Rosyam Nor RPK RSAF RTB Rumah Mewah Rumah Terapung Rumah Terbuka Rumahtangga RUU Kawalan Merokok Sabah Sabah FC sabri Yunus SADA Saham Saifuddin Nasution Sains Saintis Salah Faham Salah Laku Salahguna Saman Saman Fitnah Samsung Sarawak Sarimah Ibrahim Saudara Baru SaveGaza SavePalestine Scammer Seafood Search Sejarah Sekatan Sekolah Agama Sekolah Rendah Sekolah Vernakular Seksual Seksyen 498 Sektor Pekerjaan Selangor Selebriti Semakan Pemilih Semangat Kemerdekaan Sembang Politik Semikonduktor Senario SEO Sepak Takraw Separuh Akhir Serah Terima Tugas Serangan Masjid Serangga Serbuan Setel Shah Radhi Sheila Rusly Shila Amzah Shopee ShopeePay Shuib Sepahtu Siak Siasatan Sidang Parlimen Side Hustle Silaturahim Simbolik Sindiket Sindiran Singapura Sirah Islam Sissy Imann Sita Siwak SJKC SJKT Skandal LCS Skandal Rasuah Skandal Seks Skim Berpencen Skim Harga Maksimum SKMM Skuter Sokong Israel Sokongan Sokongan Kepada PM Solana Solat Jamaah Solidariti Solidariti Palestin Solscan Sombong SOSMA SpaceX Speaker Dewan Rakyat Spekulasi SPM SPR SPRM Sputnik SRC SRC International SSPN SST Starlink Statistik Storan STR SU Agong PBB Suami isteri SuamiIsteri SUARAM Subhanallah Subsidi Suhaimi Saad SUHAKAM Suhu SUK Terengganu Sukan Sukan Bolasepak Sukan SEA Sultan Johor Sultan Kedah Sultan Selangor Sunnah Support Palestine Boycott Israel. Survey SUV Syamsul Yusof Syed Saddiq Syria T/KPN T20 Tabung Haji Tafsir Al-Quran Tahniah Tahun Baru 2024 Tamat Tempoh Tan Sri Acryl Sani Tan Sri Azam Baki Tan Sri Johari Abdul Tan Sri Razarudin Husain Tan Sri Robert Kuok Tanah Rizab Melayu Tanah Runtuh Tanah Suci Tanda Kiamat Tarawih Taska Tauliah Tawaran Tayar Tazkirah Tebusan Teknologi Teknologi Automotif Teknologi Maklumat Telco Telefon Pintar Telekomunikasi Tema Tempatan Temuramah Tentera Amerika Tentera Zionis Terengganu Terenggganu FC Terkini TESLA TFC TGHH TH Thailand The Hague Tik Tok Tikel Kapal Terbang Tiket Tilawah Al Quran TIME Tip Dan Trik Tips N Triks Titah Diraja Titan Titanic TITM TKPN TLDM TM TMJ TNB Tok Duku Tok Mat Tokoh Tokoh Korporat Tokoh Ulama' Tokoh Wartawan Tol Percuma Top Ten Tottenham Hotspur Touch N Go TPM Tragedi Trending TS Annuar Musa TS Dr Noor Hisham TS Musa Hassan TS Rafidah Aziz TS Zeti Akhtar Aziz TSAM TSLKS TSMY Tsunami Tuah Tuduhan Tular Tun M Tunjuk Perasaan Tuntutan Tuntutan Sulu Turkiye Turliye Tutorial Tutup Kedai TV Pertiwi TV3 TV9 Twitter U Mobile UAI Ugutan Jenayah UiTM Ulama Ulangtahun Ulasan Ultra Kiasu UMMAH UMNO Umrah Undang-Undang Undang-Undang Tubuh Negeri Undang-Undang Syariah Undi Awal Undi Percaya Undi Tak Percaya UNGA Unik Universal Music UPM Urus Niaga Usahawan USD Ustaz Abdullah Khairi Ustaz Azhar Idrus Ustaz Don Daniyal Ustaz Wadi Annuar Ustaz Yaakob Yusra UWA Vaksin Velentine Day Vendor Veteran Politik VGK Video Video Call Video Lucah Viral Wacana SH Wahab Wakil Rakyat Wan Ahmad Fayshal Wanita Wany Hasrita Waranti Warga Asing Warga Asing Wanita Warga Emas Wawancara WhatsApp WHO Wikipedia Windows Wisk Aero Wisma Putra Wukuf X X Corp X90 Xiaomi Yahudi Yaqazah Yasin Sulaiman Yayasan Akalbudi Yayasan Al-Bukhary Yayasan AlBukhary YB Baddrul Bakhtiar YDP Agong Youtuber Yusof Haslam Zarina Anjoulie Zarina Zainuddin Zayn Zayyan Zizie Izette Zuraida Kamaruddin

Recent Posts

Copyright © BETUL BRO | Powered by Blogger