Kuala Lumpur: Kadar bayaran haji untuk seorang bakal jemaah Muassasah kumpulan B40 yang kali pertama menunaikan ibadah itu ditetapkan pada RM15,000, manakala RM23,500 untuk kumpulan M40 dan T20 perlu membayar penuh iaitu RM33,300.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Syed Hamadah Syed Othman berkata, kos haji bagi seorang bakal haji Muassasah untuk musim haji 1446H/2025M masih kekal pada RM33,300.
Katanya, surat tawaran kepada 31,600 jemaah bagi musim haji 1446H/2025M akan dikeluarkan secara berperingkat bermula hari ini.
-myMetro
No comments:
Post a Comment