OLEH : Ustaz Ahmad Fauzan Yahaya
Musim tengkujuh telah tiba. Setiap tahun di antara November hingga hujung Disember, rakyat Malaysia di Pantai Timur khususnya akan berhadapan ujian banjir yang sebhagiannya kehilangan nyawa dan harta benda. Kedengaran pula esok lusa akan datang diramalkan gelombang kedua yg bakal melanda negri negeri Pantai Timur.
Mungkin telah ramai para ilmuan atau asatizah yang mengingatkan perihal ini sebelum ini. Saat kita sedang berhadapan dgn musibah alam ini, mungkin ada baiknya untuk kita manfaatkan syariat Allah melalui sunnah Nabi saat kita berhadapan dengan hujan lebih lebih lagi musim hujan yg membawa kepada banjir.
Sungguh Allah sentiasa ingin memudahkan hambaNya utk mengingatiNya. Bagi mereka yg belum tahu, tulisan ini mungkin menjadi rujukan kepada mereka yang ;
1. Sedang sibuk dengan urusan perpindahan banjir yang terpaksa berhadapan situasi pakaian yg kurang selesa dan dlm keadaan kkrgn bekalan makanan
2. “Frontliner”. Petugas dari kalangan Tentera, Bomba, Polis, barisan kakitangan perubatan , JPAM, RELA atau sukarelawan yang sentiasa sibuk untuk membantu mangsa banjir.
3. Mereka yang sakit akibat kesan daripada banjir ini atau mereka yang terpaksa bermalam ni Pusat Perlindungan Banjir Sementara lalu berhadapan dgn kekurangan air, ruang yang terhad untuk solat, kekurangan pakaian yg bersih dan sebagainya.
Atau sesiapa sahaja yang menghadapi KESULITAN, GANGGUAN, KEKANGAN atau KESUSAHAN maka bagi mereka RUKHSAH atau kelonggaran yang diberikan “HADIAH” @ SADAQAH oleh Allah untuk menjamakkan (gabung) solat walau bukan bergelar MUSAFIR. ( atau dalam keadaan safar/ perjalanan yg selalu dikaitan dgn 2 marhalah@ 81km). Ini sebagaimana hadith dalam Sahih Muslim تصدق الله بها عليكم فاقبلوا صدقته
Oleh itu, mari kita merujuk kepada nas -nas yang memberi kemudahan kepada 3 kelompok di atas dalam menunaikan Solat mereka saat menghadapi Musibah ;
Dalil Pertama:
أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ إِذَا جَمَعَ الْأُمَرَاءُ بَيْنَ الْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ فِي الْمَطَرِ جَمَعَ مَعَهُمْ
“Sesungguhnya Abdullah Ibn Umar , apabila Imam menjamakkan (gabungkan) solat antara maghrib dan isyak’ pada waktu hujan, maka beliau juga menjamakannya bersama mereka.” (Al-Sunan Al-Kubra oleh AlBaihaqi, no. 5556. Dinilai sahih oleh Syeikh Al-Albani).
Dalil Kedua :
Di dalam riwayat yg lain;
أَنَّ عُمَرَ بْنَ عَبْدِ الْعَزِيزِ كَانَ يَجْمَعُ بَيْنَ الْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ الْآخِرَةِ إِذَا كَانَ الْمَطَرُ، وَأَنَّ سَعِيدَ بْنَ الْمُسَيِّبِ وَعُرْوَةَ بْنَ الزُّبَيْرِ، وَأَبَا بَكْرِ بْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ وَمَشْيَخَةَ ذَلِكَ الزَّمَانِ كَانُوا يُصَلُّونَ مَعَهُمْ وَلَا
يُنْكِرُونَ ذَلِكَ
“Bahawa Umar Abd Aziz beliau menjamakkan solat maghrib dan Isyak saat ditimpa hujan. Dan begitu juga Saied bin Al-Musayyib, Urwah bin Az-Zubair, dan Abu Bakr bin Abdrurahman, para masyaikh pada zaman mereka , mereka solat bersama-sama para imam dan mereka tidak mengingkarinya.” (As-Sunan Al-Kubra oleh Al-Baihaqi, no. 5558. Telah Dinilai sahih oleh Syeikh Al-Albani)
Dua dalil di atas menjadi hujjah bahawa Solat fardhu untuk digabungkan atau dijamakkan oleh sesiapa sahaja yang memerlukan tanpa melalui fasa musafir mahupun safar (perjalanan jauh).
Kalaulah hujan pun kita diberi rukhsah ( kelonggaran) untuk menjamakkan solat TANPA Qasar (pendekkan), inikan pula situasi Banjir yang teruk yg boleh membawa kepada kehilangan nyawa dan harta benda. Bahkan ada hadith yang lain menyebut bahawa boleh sesekali ( bukan berterusan) utk menjamakkan solat tanpa hujan dan takut.
صَلَّى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الظُّهْرَ وَالْعَصْرَ جَمِيعًا بِالْمَدِينَةِ، فِي غَيْرِ خَوْفٍ، وَلَا سَفَرٍ. قَالَ أَبُو الزُّبَيْرِ: فَسَأَلْتُ سَعِيدًا، لِمَ فَعَلَ ذَلِكَ؟ فَقَالَ: سَأَلْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ كَمَا سَأَلْتَنِي، فَقَالَ: أَرَادَ أَنْ لَا يُحْرِجَ أَحَدًا مِنْ أُمَّتِهِ.
Telah solat Rasulullah SAW zohor dan asar secara jama’ di Madinah dalam keadaan tiada ketakutan dan juga bermusafir. Telah berkata Abu Zubair: Aku telah bertanyakan Sa’id: Mengapa dilakukan sebegitu? Maka jawab Sa’id: Aku telah bertanyakan Ibn Abbas soalan seperti yang kamu tanyakan, maka jawab Ibn Abbas: Rasulullah SAW mengkehendaki untuk tidak menyusahkan umatnya. Riwayat Muslim (705)
Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata:
جَمَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ، وَالْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ بِالْمَدِينَةِ، فِي غَيْرِ خَوْفٍ، وَلَا مَطَرٍ فِي حَدِيثِ وَكِيعٍ: قَالَ: قُلْتُ لِابْنِ عَبَّاسٍ: لِمَ فَعَلَ ذَلِكَ؟ قَالَ: كَيْ لَا يُحْرِجَ أُمَّتَهُ، وَفِي حَدِيثِ أَبِي مُعَاوِيَةَ: قِيلَ لِابْنِ عَبَّاسٍ: مَا أَرَادَ إِلَى ذَلِكَ؟ قَالَ: أَرَادَ أَنْ لَا يُحْرِجَ أُمَّتَهُ
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjamakkan (gabungkan) solat antara zohor dengan Asar dan maghrib dengan Isyak di Madinah bukan kerana takut, dan bkn juga disebabkan hujan.”
Dalam hadis Wakii’, beliau berkata, aku bertanya kepada Ibnu Abbas kenapa beliau berbuat demikian?” Lalu beliau ( Ibn Abbas)men jawab, “Yang demikian kerana Baginda tidak mahu menyulitkan umatnya.”
Dan pada hadis Abi Muawyh, ditanyakan kepada IbnAbbas, “Apa yang dikehendaki (oleh Nabi) dengan berbuat begitu (menjamakkan) Jawab Ibnu ‘Abbas:
“Beliau mahu agar tidak menyulitkan umatnya.” (Sahih Muslim, hadis no. 705)
Jelas sekali athar athar mauquf ini tetapi marfu’ (sampai) kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم.yang menjadi hujjah yang kuat bg kita semua mempraktikkanya.
Saya amat berharap agar hal ini dapat disampaikan di mimbar Jumaat agar ia sedikit sebanyak memberi keringanan kepada umat Islam yg terlibat situasi banjir yang melanda negara kita.
Semoga kita semua yakin utk mengamalkan apa yg diamalkan oleh generasi terbaik iaitu sahabat Nabi Radiyallahu anhum Ajmain.
Oh ya, ini bukan ajaran Wahabi, ini praktis sahabat Nabi. Bukan apa, selalunya, yang selalu guna Rukhsah dari Nabi senang digelar Wahabi. “Wahabi” datang memahamkan dan memudahkan umat untuk beramal dgn dalil.
Selamat beramal especially buat mereka yang terkesan dengan Hujan dan Banjir! Semoga bersabar!
No comments:
Post a Comment