Billionaire India mati sebab seekor lebah.. Dan dunia belajar 1 perkara...
1
Sunjay Kapur…
Bukan orang biasa. Pewaris empayar alat ganti automotif terbesar India. Hidup dikelilingi kemewahan, akses ke teknologi perubatan terbaik, makan makanan premium, naik jet peribadi, bersukan di kelab eksklusif.
2
Tapi semua itu…
Tak mampu halang seekor lebah. Ya… bukan barah, bukan kemalangan. Tapi renjatan anafilaksis akibat sengatan lebah. Jantungnya terhenti sekelip mata. Dunia hilang seorang billionaire… bukan dalam board meeting, tapi di padang polo.
3
Ironinya…
Beberapa jam sebelum itu, beliau sempat tulis ucapan takziah atas tragedi Air India.
Hari ini dia beri takziah.
Beberapa jam kemudian, dunia beri takziah kepada dia.
4
Mesej dia jelas:
Mati tak tunggu orang kaya selesai mesyuarat.
Mati tak tunggu orang miskin habis struggle.
Mati tak tunggu anak kita grad, isteri kita bersalin, loan rumah kita settle, atau business kita profit RM1 juta.
5
Ajal tak pernah tanya:
– “Dah cukup ready ke?”
– “Dah ada simpanan cukup?”
– “Dah taubat ke belum?”
Ia datang... dan tamat lah segala urusan.
6
Ramai kejar dunia hari-hari…
Bangun pagi terus fikir duit, sale, followers, branding, expansion, legasi. Tapi lupa… dunia bukan tempat tinggal. Dunia cuma tempat singgah.
Singgah isi bekalan.
Singgah buat amal.
Singgah buktikan taqwa.
Ya Allah…
7
Jangan terlalu bangga dengan status hari ini…
Hari ni orang panggil kau CEO, billionaire, influencer, founder, Dato’.
Esok… orang cuma akan panggil kau “jenazah”.
Tak kisahlah siapa kita semasa hidup, semua akan dibungkus kain putih juga akhirnya.
Kita semua bakal jenazah…
8
Berapa ramai hari ini…
Kaya harta, tapi papa jiwa.
Ramai cari pahala viral, tapi tak pernah minta ampun dari Allah.
Ramai tinggal anak berjuta, tapi tak pernah didik anak faham dan hafal surah Al-Mulk.
9
Satu lebah boleh tamatkan satu nyawa.
Macam Namrud dan satu nyamuk.
Satu degupan terakhir boleh tamatkan seluruh empayar.
Satu status terakhir boleh jadi penghujung cerita.
Soalannya: kalau hari ni status kita yang terakhir, apa yang tertulis di situ?
10
Jangan tunggu tua baru nak taubat.
Jangan tunggu kaya baru nak sedekah.
Jangan tunggu lapang baru nak solat tepat waktu.
Kerana ajal tak menunggu siapa.
11
Hidup ni bukan siapa paling kaya…
Tapi siapa paling bersedia untuk mati.
Bukan siapa paling ramai follower…
Tapi siapa yang paling Allah redha bila roh dicabut.
12
Satu nasihat:
– Bekerjalah seolah-olah kita hidup 100 tahun…
– Tapi beramallah seolah-olah esok pagi kita dah tak bernyawa.
13
Pernah tak kau fikir…
Kalau malam ni kita tidur…
Dan Allah tak izinkan kita bangun esok pagi…
Siapa yang akan update status terakhir kita?
14
Harta boleh diwariskan.
Empayar boleh dibahagi.
Tapi amal dan husnul khotimah… itu tak boleh diganti.
Melainkan anak yang soleh.
Itu kena usahakan sendiri. Sekarang.
15
Ya… dunia ni tempat usaha.
Tapi akhirat tempat rehat.
Dan bila masa kita dah tamat…
Semoga kita pergi bukan dengan tangan penuh dunia,
Tapi hati yang kembali kepada Allah…
Tenang. Redha. Penuh harapan.
"Tiap-tiap umat mempunyai ajal; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak pula mendahulukannya."
(Surah Al-A’raf, ayat 34)
Hari ni kita baca berita dia…
Esok orang mungkin baca berita kita.
Bersedialah.
Bekalan akhirat lebih penting dari keperluan hidup dunia.
No comments:
Post a Comment