YUSOFF RAWTHER: DI MANA SUARA KETUA PEMUDA UMNO DAN PEMIMPIN UMNO?
1. Yusoff Rawther bukan orang kaya, bukan tokoh politik, bukan bangsawan.
2. Dia hanyalah seorang anak muda biasa, berusia 32 tahun, yang cukup berani untuk berdiri menentang orang paling berkuasa di negara ini, Perdana Menteri ke-10 Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim – kerana dia ada maruah diri, kerana dia menjaga maruah keluarga, serta percaya pada kebenaran dan prinsip.
3. Dia tidak ada kuasa. Tidak ada parti. Tidak ada perlindungan. Yang dia ada hanyalah keberanian untuk berkata benar. Dan kerana itu – dia didakwa, dituduh, ditekan dan diperlakukan seperti penjenayah besar atas sesuatu yang didakwa sebagai penganiayaan ke atas dirinya.
4. Dia dianiaya dengan jenayah DADAH dan SENJATA. Ini bukan dakwaan yang kecil, tapi melibatkan nyawa dan hukuman penjara.
5. Bayangkan kalau Yusoff disabitkan bersalah. Tuduhan terhadapnya boleh membawa hukuman penjara seumur hidup. Seumur hidup! Kerana apa? Kerana dia berani menolak nafsu serakah pemimpin politik tertinggi negara? Bagi anak muda pada usianya, tidakkah sia-sia kehidupannya hanya kerana pemimpin Umno yang berada di dalam kerajaan tidak berani bersuara.
6. Dan hari ini, setelah Mahkamah Tinggi membebaskannya tanpa perlu membela diri – satu tamparan besar kepada kredibiliti pasukan penyiasat dan pendakwaan, peliknya mengapa Ketua Pemuda UMNO masih diam membisu?
7. Takkan sebagai Ketua Pemuda, kamu tidak nampak sebarang kejanggalan sepanjang kes ini berjalan?
– Siasatan yang longgar.
– Pendakwaan yang penuh keraguan.
– Bukti yang dipertikai dan gagal membentuk kes prima facie.
8. Bukankah ini suatu bentuk penindasan menggunakan institusi penguatkuasaan dan pendakwaan serta proses undang-undang?
9. Kalau pemimpin-pemimpin Umno dan Ketua Pemuda UMNO sendiri tak mampu membezakan di antara keadilan dan kezaliman, kebenaran dan kebatilan, maka jelaslah bahawa kepimpinan Pemuda Umno dan pemimpin-pemimpin Umno hari ini:-
- Sudah mati rasa.
- Sudah tiada empati dan simpati.
- Sudah hilang prinsip.
- Sudah tidak ada maruah.
10. Atau, apakah semuanya diam kerana:
• Takut hilangan jawatan?
• Takut kena pangkah dari senarai projek?
• Takut hilang kerja, elaun, gaji dan imbuhan?
• Atau kamu kini terlalu kenyang dengan habuan dunia, sehingga empati pun telah mati dalam diri kamu?
11. Bukankah dulu, kamu di dalam Umno sanggup melawan Anwar bermatian-matian kerana dia pemimpin yang didapati bersalah, bukan sahaja melakukan jenayah liwat, tetapi juga rasuah salah guna kuasa?
12. Yusoff Rawther adalah simbol rakyat biasa yang berani. Yusoff Rawther adalah simbol anak muda yang berprinsip dan bermaruah. Simbol bahawa walaupun hanya seorang diri, seorang rakyat boleh berdiri menentang penindasan. Manakala kamu yang kononnya mewakili pemuda – memilih untuk menjadi syaitan bisu mungkin kerana terlalu selesa dalam dakapan kuasa...
#YusoffRawther
#KeadilanUntukYusoffRawther
#PemudaUMNOBacul
#SyaitanBisu
#RCIUntukYusoffRawther
Ps: Kes Abang Belon dah selesai ke belum? Kalau Akmal ikut nasihat saya dulu, rasanya Abang Belon dah lama dapat pampasan dan pembelaan yang sewajarnya.
No comments:
Post a Comment