Serangan Mengejut AS ke Atas Iran – Apa perlu anda tahu setakat ini pt2.
1. Iran dah kosongkan tapak nuklear
IRIB (Islamic Republic of Iran Broadcasting), media penyiaran rasmi kerajaan Iran, lapor tiga tapak nuklear utama termasuk Fordow dah lama dikosongkan. Stok uranium pun dah dialih awal‑awal.
Maknanya, serangan Amerika tak lumpuhkan apa‑apa yang kritikal.
2. Tak ada kebocoran radiasi pun
IRNA (Islamic Republic News Agency), agensi berita rasmi Iran, sahkan tapak yang dibom tu tak ada bahan radioaktif merbahaya.
Tak pasti ini taktik atau benar, yang pasti Iran nak tunjuk: “Kami masih kuat. Serangan tu tak sentuh jantung kekuatan kami pun.”
3. Khamenei muncul dengan mesej keras
Laman rasmi Ayatollah Ali Khamenei siar semula petikan ucapannya dari 18 Jun:
“Amerika masuk perang, 100 % rugi diri sendiri.”
Post tu muncul beberapa minit lepas serangan. Sangat ‘on time’.
4. TV Iran balas siap tunjuk peta
Seorang penyampai TV Iran tayang peta semua pangkalan Tentera AS di rantau Timur Tengah.
“Tuan Presiden, awak yang mulakan. Kami yang akan tamatkan.”
Bukan main‑main cara Iran balas.
5. IRGC umum perang baru bermula
Pasukan elit tentera Iran, IRGC, keluar kenyataan rasmi:
“Bagi kami, perang baru bermula.”
Ayat pendek, tapi jelas mereka nak all in.
6. Trump tak rancang serangan susulan tapi simboliknya jelas
CNN laporkan Trump buat masa ini tak merancang serangan atau penempatan tambahan tentera ke atas Iran .
Tapi dia tukar gambar profil ke bendera Amerika, satu simbol yang pernah digunakan semasa operasi besar sebelum ini (contohnya selepas serangan ke atas Soleimani) .
Melihatkan Trump yang selalu menipu, wajar kita perhatikan apa next move dia.
Akhir kata,
Bom dah dilepaskan.
Bendera dah dikibarkan.
Sekarang dunia cuma tunggu siapa yang sanggup bawa perang ini sampai habis.
Source
No comments:
Post a Comment