"Putin Cakap Iran Tak Perlukan Pertolongan Dia, Iran Berdikari?"
Ramai terkejut bila Putin sendiri kata Iran tak minta tolong dari Rusia. Dunia sekarang penuh muslihat geopolitik dan kenyataan begini bukan benda kecil. Ia datang dari mulut Presiden Rusia sendiri. Kalau Iran berani berdiri sendiri, itu bukan perkara biasa.
Putin kata perjanjian Rusia dan Iran tak ada klausa pertahanan. Maksudnya kalau Iran diserang, Rusia tak wajib tolong. Tapi yang buat orang buka mata, Iran pun tak minta tolong. Tak hantar isyarat pun. Tak buka mulut pun. Seolah-olah dia tahu dia boleh uruskan semua sendiri.
Ini bagi gambaran yang Iran yakin dengan sistem pertahanan sendiri. Yakin dengan keupayaan tentera sendiri. Yakin dengan strategi dan aset yang mereka dah lama bina. Dalam erti kata lain, mereka dah lama bersedia.
Putin juga kata Iran tolak kerjasama dalam sistem pertahanan udara. Benda ni pelik sebab mana-mana negara pun biasanya nak bergabung dengan kuasa besar kalau diserang. Tapi Iran tolak. Ini petunjuk besar mereka nak kawal pertahanan mereka sendiri, tanpa campur tangan luar.
Kenyataan ini keluar waktu tekanan terhadap Iran makin kuat. Serangan udara, peluru berpandu, ugutan ekonomi semua datang serentak. Tapi Iran masih tenang. Masih bergerak ikut rentak sendiri. Macam tahu apa dia buat.
Orang mula tertanya-tanya, adakah Iran betul-betul buat semua sendiri? Atau ada bantuan belakang tabir? Sebab prestasi ketenteraan Iran dalam beberapa bulan ni sangat luar biasa. Tepat, tersusun, dan memberi kesan besar.
Iran juga tak gopoh nak pamer kekuatan. Mereka main diam, tapi bila bertindak, dunia terkejut. Ini tanda ada tahap disiplin dan kawalan strategi yang tinggi. Negara macam ni bukan calang-calang boleh jadi berdikari.
Kita tengok macam mana Iran guna peluru berpandu balistik dengan keberkesanan tinggi. Guna drone jarak jauh yang boleh tembus pertahanan udara canggih. Semua ni bukan teknologi level permulaan. Sampai Hesrool pasang banner minta tolong abang besar.
Tapi kenapa Iran tolak bantuan? Adakah sebab nak elak keterikatan? Atau sebab mereka tahu bantuan dari kuasa besar boleh ganggu imej mereka sebagai kuasa bebas? Atau mungkin sebab Iran tahu yang bantuan tu datang dengan syarat yang berat?
Apa pun sebabnya, keputusan Iran ni beri mereka kelebihan dari segi naratif. Di mata dunia, Iran nampak berdiri atas kaki sendiri. Tak bergantung. Tak merayu. Malah, bertindak lebih kemas dari negara-negara yang dapat bantuan berbilion dolar.
Dalam dunia yang penuh persepsi, imej ni sangat kuat. Bila musuh tuduh Iran dapat bantuan dari China atau Rusia, Iran dengan mudah balas, "Mana bukti? Kami tak pun panggil sesiapa." Dan bila Rusia sendiri akui, persepsi dunia mula condong ke Iran.
Ini bukan cerita dongeng. Bukan retorik media. Ini dari lidah pemimpin besar dunia sendiri. Putin kata Iran berdikari. Dan itu menukar pentas geopolitik hari ini.
Sebenarnya, kebolehan Iran berdikari ni dah lama diperhatikan. Waktu mereka berdepan sekatan ekonomi besar-besaran, mereka cari jalan sendiri. Dari ciptaan drone sampai ke sistem pertahanan peluru berpandu, Iran hasilkan semua dari dalam negara.
Kalau korang nak tahu ada seorang rakyat Malaysia yang dah pergi sana dan tengok sistem mereka dan akui memang power. Dia ada buat status.
Tapi itu bukan bermakna Iran sendirian sepenuhnya. Mereka mungkin ada saluran teknologi, ada pertukaran maklumat, ada jaringan logistik dari sekutu tak rasmi. Tapi dari segi operasi ketenteraan langsung, Iran masih kawal sendiri.
Dan itu yang Putin maksudkan. Tiada koordinasi terus. Tiada arahan bersama. Tiada kebergantungan kepada Moscow. Semua gerak kerja Iran datang dari keputusan dalaman mereka.
Kalau kita letak situasi ni dalam konteks Timur Tengah sekarang, ia beri mesej keras. Iran bukan sekadar lawan. Iran jadi acuan untuk negara lain. Negara yang berani ambil risiko untuk berdiri tanpa tongkat kuasa besar.
Inilah yang buat musuh Iran gelabah. Sebab mereka tahu Iran bukan jenis tunggu greenlight dari sesiapa. Mereka bertindak bila perlu, dan hasilnya jelas kelihatan di medan perang.
Maka bila kita tengok naratif Hesbiol dan sekutu-sekutunya cuba spin cerita, cuba tuduh Iran dapat senjata dari luar, cuba kata Iran main belakang, semua itu datang dari rasa takut. Sebab musuh dah mula sedar mereka berdepan kuasa yang benar-benar bebas.
Iran jadi cermin kepada dunia Islam dan dunia ketiga. Kalau negara ni boleh tahan serangan ekonomi dan ketenteraan, dan tetap berdiri, apa alasan kita?
Dan bila dunia lihat kenyataan terbuka macam ni dari Putin, dunia mula persoal semula siapa sebenarnya yang berdikari. Siapa yang cuma kuat sebab disuap. Siapa yang cuma berani sebab ada pelindung di belakang.
Masa depan geopolitik akan banyak berubah. Tapi satu perkara dah jelas. Iran tak tunggu sesiapa. Mereka dah bergerak. Dan dunia sedang tengok, langkah demi langkah, bagaimana sebuah negara yang pernah disisih, kini jadi fokus kekaguman dan ketakutan sekali gus.
Subhanallah. Kita sedang hidup di zaman di mana kebenaran dibungkam, kezaliman dipuja, dan pelaku jenayah dijulang sebagai wira. Lihat sahaja bagaimana binatang Hesbiol dan Amerika meratah dunia tanpa belas. Menjarah tanah, membunuh anak kecil, dan mencipta undang-undang sendiri atas nama ‘demokrasi’.
Ini bukan soal mazhab. Ini bukan soal fahaman. Ini soal kemanusiaan. Kita tidak menyokong Iran atas dasar ideologi, tapi kerana mereka hari ini sedang berdiri menentang penjajahan, penindasan, dan kekejaman. Ramai ulama dan tokoh Islam sudah angkat suara. Mereka tahu bila musuh sudah melampaui batas, kita wajib bersama sesiapa yang menentang kezaliman, walau berbeza pandangan.
Inilah ibrah besar dari episod ini: Jangan terlalu bergantung pada kuasa luar. Bila negara sendiri diserang, belum tentu sesiapa akan datang bantu. Setiap negara jaga perut sendiri. Setiap pemimpin fikir undi dan ekonomi sendiri. Tapi Iran sudah buktikan bila kita kuasai teknologi sendiri, bila kita bina kekuatan sendiri, kita tak perlu merayu pada sesiapa.
Kalau kita nak umat ini selamat, kita mesti mula dari sekarang. Bangkitkan generasi baru yang bukan saja tahu bercakap, tapi tahu mencipta. Bukan sekadar berceramah, tapi mampu bangunkan sistem radar, dron, satelit dan persenjataan moden.
Kalau tidak, kita akan terus menjadi penonton kepada kisah kejatuhan demi kejatuhan. Kita akan terus ditipu, diinjak dan dilupakan oleh dunia yang hanya hormat pada yang kuat. Sebagaimana dahulunya kita pernah dijajah dan dijarah, berapa banyak lagi bukti kita perlu lampirkan?
Semoga kita tak hanya marah di bibir, tapi mula berubah dalam tindakan. Kerana musuh-musuh Islam hari ini bukan hanya menyerang tubuh kita, tapi mahu matikan akal dan semangat kita sekali. Dan bila itu berlaku, kita akan kalah sebelum peluru pertama dilepaskan.
___
No comments:
Post a Comment