JABATAN PEGUAM NEGARA PERLU BUKTIKAN KEWUJUDAN MESYUARAT LEMBAGA PENGAMPUNAN DIRAJA
1. Jabatan Peguam Negara mesti tampil segera memberikan bukti yang sahih dan meyakinkan berhubung dakwaan bahawa Mesyuarat Lembaga Pengampunan Diraja yang kononnya memutuskan pengampunan terhadap Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim, benar-benar diadakan mengikut prosedur perlembagaan dan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
2. DAKWAAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD ADALAH AMAT SERIUS. Tun M, Perdana Menteri ke-7, telah mengesahkan secara terbuka bahawa:
i. Tiada Mesyuarat Lembaga Pengampunan Diraja diadakan pada 16 Mei 2018, dia hanya menerima surat YDPA; dan
ii. Tiada Peguam Negara ketika itu kerana beliau sedang bercuti.
3. Ini bukan dakwaan kecil. Ia adalah satu tuduhan serius yang menimbulkan persoalan besar mengenai kesahihan proses pengampunan dan seterusnya, sah atau tidaknya pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
4. Ada sejumlah PERSOALAN YANG MASIH BELUM TERJAWAB. Jika benar Mesyuarat Lembaga Pengampunan diadakan, Jabatan Peguam Negara wajib tampil dan menjawab:
i. Kewujudan Mesyuarat
- Di manakah minit rasmi mesyuarat?
- Adakah mesyuarat benar-benar berlangsung pada pukul 11 pagi, 16 Mei 2018?
ii. Kehadiran YDPA
- Adakah YDPA hadir dan mempengerusikan mesyuarat tersebut? Di manakah YDPA berada pada tarikh dan masa berkenaan?
iii. Kehadiran Menteri Wilayah Persekutuan
- Menteri Wilayah Persekutuan belum dilantik ketika itu. Kehadiran Menteri Wilayah Persekutuan adalah wajib. Siapa yang hadir mewakili Kerajaan Pusat? Adakah Tun M hadir sebagai pengganti?
iv. Di manakah Tun M berada pada waktu mesyuarat kerana Tun M mengatakan dia hanya menerima surat daripada YDPA, bukan menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengampunan Diraja tersebut.
v. Kehadiran Peguam Negara
- Peguam Negara sedang bercuti secara rasmi ketika itu. Siapa yang menggantikan beliau?
- Betulkah Peguamcara Negara hadir? Jika ya, sila buktikan kehadirannya.
vi. Anggota Lantikan dan Urusetia
- Siapakah tiga anggota lantikan lain dalam Lembaga Pengampunan?
- Siapa pula yang menjadi urusetia mesyuarat?
5. Tanpa dokumen rasmi, tanpa senarai kehadiran, dan tanpa sebarang bukti kukuh, kenyataan Jabatan Peguam Negara ini diragui dan seolah-olah cuba mengelirukan rakyat.
6. Sekiranya Jabatan Peguam Negara gagal memberikan bukti yang sah, maka persoalan tentang:
i. Kesahihan pengampunan Anwar Ibrahim; dan
ii. Sah atau tidak pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri
akan terus menghantui dan merosakkan kredibiliti institusi Jabatan Peguam Negara dan sistem Perlembagaan Persekutuan.
7. Rakyat berhak mendapatkan fakta yang benar. Negara ini tidak boleh dibina atas dasar pembohongan, manipulasi undang-undang dan eksploitasi institusi Diraja. Jabatan Peguam Negara TIDAK BOLEH BERDIAM DIRI. Kebenaran mesti didedahkan, dan jika benar dakwaan Tun Dr Mahathir, maka ini adalah salah satu skandal perundangan dan perlembagaan paling besar dalam sejarah negara.
No comments:
Post a Comment