Mossad tak perlukan roket bila ejen dia dah duduk dalam bilik mesyuarat kita
Apa yang berlaku kat Iran baru-baru ni bukan sekadar sabotaj. Tapi pengkhianatan dari dalam sistem.
Iran sahkan 28 ejen risikan is***l ditahan. Siap dengan dron, bahan letupan dan rumah selamat.
Letupan serentak berlaku kat beberapa lokasi penting Tehran. Termasuk sistem air dan kumbahan.
Bukan letupan rawak. Tapi dirancang, tepat, dan dalam masa sama.
Iran percaya ini bukan kerja luar semata. Tapi kerja dalam sistem sendiri yang bocor.
Antara yang ditangkap, rakyat Iran sendiri. Ada yang kantoi bocor lokasi ketenteraan.
Ismail Fikri kena hukuman mati. Tapi ramai percaya, lebih ramai lagi belum tertangkap.
Bila sistem pertahanan sibuk hadap roket dari luar, musuh dah duduk dalam pejabat kawalan.
Inilah taktik Mossad. Sejak 1949, dia beroperasi dalam senyap.
Pernah culik Eichmann, bunoh saintis nuklear Iran, sabotaj kem reaktor.
Ejen dia menyamar jadi wartawan, NGO, pelajar dan pelancong.
Konsep dia senang: bunuh dulu sebelum diserang. Biar musuh tak sempat nafas.
Sekarang tak main pistol dan tali gantung je. Mossad guna gabungan serangan fizikal dan siber.
Radar diganggu, komunikasi diputus, sistem keselamatan lumpuh.
Iran kata ini ‘cyber-human hybrid attack’. Tak nampak, tapi merosakkan.
Al-Quran dah lama pesan. Musuh kadang datang dengan senyuman. Tapi gigit jari belakang kita.
وَإِذَا لَقُوا۟كُمْ قَالُوٓا۟ ءَامَنَّا ۖ وَإِذَا خَلَوْا۟ عَضُّوا۟ عَلَيْكُمُ ٱلْأَنَامِلَ مِنَ ٱلْغَيْظِ ۚ
Bila jumpa kita, dia cakap manis. Tapi bila bersendirian, dia marah sampai menggigit jari.
Inilah perang bentuk baru. Perang tanpa bunyi. Tapi impak dia lagi hancur.
Bila maklumat dalam sistem dah bocor, satu negara boleh runtuh dari dalam.
Sebab tu Nabi SAW pesan, munafiq ada 3 tanda. Bila cakap dia tipu. Bila janji dia mungkir. Bila diberi amanah dia khianat.
Iran sekarang sedang bersih sistem. Tapi tekanan global makin kuat.
USS Nimitz dah belayar ke Teluk Parsi. G7 tuduh Iran nak buat senjata nuklear.
Trump pula terus ke Timur Tengah. Katanya nak runding. Tapi realitinya nak tekan.
Iran jawab tegas. Takkan tunduk. Mereka kata rakyat Iran tak boleh dipaksa ikut kehendak asing.
Kita dekat Malaysia kena ambil iktibar.
Musuh zaman sekarang bukan datang pakai uniform dan kereta kebal.
Tapi masuk pejabat, masuk mesyuarat, masuk server komputer.
Kalau iman kita lemah, sistem pun mudah dikhianati.
Inilah peringatan yang patut hidup dalam diri kita.
No comments:
Post a Comment