السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kaum Yang Pengecut
Zionis seperti kaum yang disebut dalam al-Quran. Golongan Yahudi yang sombong, bongkak dan akhirnya ditimpa azab, terus takut, terhina, terbuang dan menyesal.
Firman Allah SWT;
هُوَ الَّذِيْٓ اَخْرَجَ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا مِنْ اَهْلِ الْكِتٰبِ مِنْ دِيَارِهِمْ لِاَوَّلِ الْحَشْرِۗ مَا ظَنَنْتُمْ اَنْ يَّخْرُجُوْا وَظَنُّوْٓا اَنَّهُمْ مَّانِعَتُهُمْ حُصُوْنُهُمْ مِّنَ اللّٰهِ فَاَتٰىهُمُ اللّٰهُ مِنْ حَيْثُ لَمْ يَحْتَسِبُوْا وَقَذَفَ فِيْ قُلُوْبِهِمُ الرُّعْبَ يُخْرِبُوْنَ بُيُوْتَهُمْ بِاَيْدِيْهِمْ وَاَيْدِى الْمُؤْمِنِيْنَۙ فَاعْتَبِرُوْا يٰٓاُولِى الْاَبْصَارِ
Dialah yang mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab dari kampung halamannya pada saat pengusiran yang pertama. Kamu tidak menyangka, bahwa mereka akan keluar dan mereka pun yakin, benteng-benteng mereka akan dapat mempertahankan mereka daripada (siksaan) Allah; maka Allah mendatangkan (siksaan) kepada mereka dari arah yang tidak mereka sangka-sangka. Dan Allah menanamkan rasa takut ke dalam hati mereka; sehingga memusnahkan rumah-rumah mereka dengan tangannya sendiri dan tangan orang-orang mukmin. Maka ambillah (kejadian itu) untuk menjadi pelajaran, wahai orang-orang yang memerhati!
Ayat ini menceritakan bagaimana kehebatan dan kekuasaan Allah SWT, kaum Yahudi yang ingkar berjaya dihalau dari bumi Madinah atas salah laku mereka sendiri.
Pengusiran 1 dilakukan Rasulullah SAW terhadap bani Qainuqa’ selepas peperangan Badar diikuti pengusiran 2 yang melibatkan bani Nadhir dan Quraizhah selepas peperangan Ahzab. Yang terakhir dilaksanakan oleh Saidina Umar al Khattab terhadap seluruh Yahudi yang berada di bumi Madinah kerana PELANGGARAN terhadap KESEPAKATAN DAMAI.
Mereka yakin dengan benteng yang ada dapat bertahan, namun dengan perasaan takut yang dicampak dalam jiwa mereka, akhirnya mereka sendiri yang menghancurkan rumah-rumah mereka dan kekuatan umat Islam yang mengepung benteng-benteng Yahudi.
P/s: Sejarah seperti berulang hari ini yang menyaksikan tentera Zionis melakukan pelbagai usaha menakluk Gaza termasuk melanggar segala perjanjian. Rupa-rupanya ketakutan mereka telah menjadi senjata yang memusnahkan mereka sendiri ditambah kekuatan Pejuang Palestin yang dibantu seluruh dunia yang menginginkan keadilan tertegak. Sungguh, kita sedang menyaksikan! Kemenangan semakin hampir!
Firman Allaah Pilihan Hari Ini
اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمُ (٦) صِرَاطَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّآلِّيْنَ (٧)
(QS Al-Fatihah 1:6-7)
6. “Tunjukkilah kami jalan yang lurus*.”
7. “(Iaitu) orang-orang yang telah Engkau beri nikmat dengan hidayah kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.“**
Huraian
* Jalan hidup yag lurus,Iaitu jalan hidup yang benar, yang dapat membuat bahagia di dunia dan di akhirat.
* Mereka yang dimurkai adalah mereka yang sengaja menentang ajaran Islam (Yahudi).
Mereka yang sesat adalah mereka yang sengaja mengambil jalan lain selain ajaran
Islam (Nasrani).
ربنا اٰتنا فى الدنياحسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار. وصل الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين. والحمد لله رب العالمين.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
الحمد لله الذي احيانا بعد ما اماتنا واليه النشور
Allah SWT berfirman: Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah.
(Ali-Imran 3:103)
Hazrat Abu Darda R.Anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Mahukah aku khabarkan kepadamu sesuatu yang lebih baik daripada puasa, solat, dan sedekah?" Para sahabat R.Anhum berkata, "Bahkan Ya Rasulullah!" Baginda SAW bersabda, "Bersatu (hati) adalah lebih baik kerana perselisihan dan perbalahan akan menghapuskan agama."
(HR Tirmizi)
Semoga dirahmati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan..
آمين ,آمين,آمين يا رب العالمين
No comments:
Post a Comment