"Genap 10 Hari Lagi, Lautan Hindi Bakal Jadi Saksi Pencarian Terakhir Yang Mungkin Menjawab Misteri 11 Tahun."
Ramai yang ingat fail MH370 ni dah lama simpan dalam stor berhabuk.
Kita ingat dunia dah lupa.
Tapi rupa-rupanya ada satu syarikat gergasi yang hati kering dan masih tak puas hati.
Nama syarikat tu Ocean Infinity.
Diorang ni memang degil tahap lain macam.
Selepas gagal dalam misi tahun 2018, diorang tak balik tidur.
Sebaliknya diorang balik ke makmal, perah otak dan kaji balik mana silapnya selama bertahun-tahun.
Dan pada 30 Disember 2025 ini, iaitu 10 hari saja lagi dari sekarang, diorang akan turun sekali lagi ke lokasi di Selatan Lautan Hindi tu.
Kenapa kali ini Malaysia yakin sangat nak bagi lampu hijau?
Sebab kali ini, persiapan diorang memang lain macam.
Diorang bawa satu teknologi baru bernama Armada 7806.
Kapal canggih ni bawa robot penyelam (AUV) yang jauh lebih bijak daripada robot tahun 2014 dulu.
Dulu kita guna sonar yang ibarat menyuluh dalam gelap guna lilin.
Nampak samar-samar dan kabur.
Dasar Lautan Hindi tu pula bukan padang rata macam padang bola.
Kat bawah sana ada gunung-ganang yang tingginya sama macam KLCC.
Ada lurah dalam dan cenuram yang sangat bahaya.
Masa pencarian dulu, sonar kita tak mampu beza antara batu karang dengan besi pesawat.
Banyak kali misi gagal sebab terkeliru dengan bentuk muka bumi yang ganas tu.
Tapi kali ini ceritanya lain.
Robot baru ni dilengkapi teknologi Synthetic Aperture Sonar atau SAS.
Resolusi "mata" robot ni tajam gila.
Dia boleh nampak dan petakan objek sekecil 10 sentimeter di dasar laut yang gelap gelita tu.
Bayangkan kalau ada tayar kapal terbang, kerusi atau serpihan sayap yang dah tertimbus dalam lumpur laut pun dia boleh kesan dengan tepat.
Ditambah pula dengan bantuan Kecerdasan Buatan (AI) yang boleh baca ribuan imej dasar laut tu secara real-time tanpa perlu tunggu manusia tengok satu-satu.
Sebab kedua kenapa kita yakin ialah konsep "No Find, No Fee".
Kerajaan Malaysia tak perlu bayar satu sen pun kalau kapal tu tak jumpa apa-apa.
Kita cuma akan bayar kalau bangkai pesawat ditemui.
Logik akal mudah je.
Syarikat bisnes mana yang sanggup bakar duit minyak berjuta-juta ringgit sehari kalau diorang tak yakin boleh jumpa?
Tindakan Ocean Infinity sanggup tanggung risiko rugi buta ni menunjukkan diorang ada "lead" atau petunjuk baru yang sangat kukuh.
Lokasi kali ini pun lebih "tajam" dan spesifik.
Diorang tak cari merata-rata kawasan luas sampai 120,000 kilometer persegi macam dulu.
Tumpuan kali ini hanya pada kawasan seluas 15,000 kilometer persegi berhampiran garisan "Seventh Arc".
Kawasan ini dipetakan hasil gabungan data satelit Inmarsat dan analisis hanyutan serpihan (debris) yang ditemui di Madagascar dan Afrika sebelum ini.
Malah ada teori baru dari pakar seperti Richard Godfrey yang guna gelombang radio WSPR turut diambil kira untuk kecilkan lagi skop carian.
Semua data ni menunjuk ke satu arah yang sama.
Kita sebagai rakyat Malaysia hanya mampu berdoa.
Misi yang bermula hujung bulan ini mungkin adalah peluang terakhir untuk kita noktahkan misteri terbesar abad ini.
Ia demi memberi jawapan kepada waris yang dah 11 tahun menanti tanpa kubur dan nisan.
Semoga Allah permudahkan urusan pencarian ini.
MasyaAllah. Hebatnya perancangan Tuhan. Dia sembunyikan sesuatu itu bersebab dan mungkin dengan teknologi yang Dia ilhamkan kepada manusia hari ini, rahsia itu akhirnya akan terbongkar jua dengan izin-Nya.
Kita doakan yang terbaik buat semua wira yang bakal berjuang di tengah lautan ganas tu nanti.
___
Korang dah ada ke buku saya ni?
Buku Keajaiban-Keajaiban Dunia membawa pembaca mengembara ke tujuh bahagian menakjubkan yang menggabungkan sains, sejarah dan keindahan alam. Dari keajaiban bumi purba hingga teknologi moden, setiap bab ditulis dengan gaya santai yang mudah difahami tetapi sarat ilmu. Buku ini mengajak kita menilai semula ciptaan Allah yang luar biasa, dari lautan terdalam hingga langit yang tidak bertepi, sambil membuka rasa kagum terhadap kebijaksanaan manusia yang diilhamkan oleh-Nya.
Dapatkan buku ini di Shopee: https://s.shopee.com.my/2g24zyvuWB












No comments:
Post a Comment